Komodo ni nampak cam menatang lembap n terhegeh aje kan?
yela.. sume orang tau Biawak tak bahaya.
tapi!!! Komodo ni bahaya tau.
Biawak komodo adalah sejenis karnivorynag
yang mampu mengesan mangsanya dari jarak jauh dan memburu mangsanya dengan
mengendap secara senyap-senyap sebelum menyergah dengan cepat, ia mampu
berlari dengan kepantasan sehingga 20 km/jam.
Biawak komodo juga
mempunyai gigitan yang kuat, dan air liurnya mengandungi sekitar 50 jenis bakteria
menjadikan gigitan mereka mampu membawa maut kerena jangkitan
bakterianya. Pada kebiasaannya selepas mengigit biawak komodo akan
membiarkan mangsanya lemah dan mati dahulu sebelum memakannya. Ia dapat
mencari bangkai tersebut menggunakan deria baunya.
Komodo juga kadang
kadang berkelahi berebut hasil buruannya. Namun tidak seperti haiwan
lain, mereka tahan kepada jangkitan bakteria dari gigitan mereka
sendiri. Oleh itu terdapat kajian yang dilakukan bagi mengkaji ketahanan
antibodi biawak komodo bagi menghasilkan ketahanan yang sama pada
manusia.
Ada sekitar 6,000 ekor biawak komodo yang hidup sekarang, di kepulauan Flores di Indonesia, di antaranya di Pulau Komodo (1,700), Rinca (1,300), Gili Motang (100) dan Flores (sekitar 2,000 ekor).
Pada tahun 1980 Taman Nasional Komodo didirikan untuk melindungi komodo.
Penyelidikan terbaru mendapati rahang cicak raksasa itu mempunyai
kerandut racun yang boleh menyebabkan mangsa menjadi lumpuh dan kejang
serta pendarahan.
Bagi sebagian penduduk di Pulau Komodo, haiwan ini dianggap lebih merbahaya terhadap manusia daripada buaya, karena biawak komodo mampu memanjat pokok, sedangkan buaya tidak boleh memanjat pokok.
No comments:
Post a Comment