17 July 2012

Lagi Pasal Darah

 
 
Darah jenis A - Baik hati, teliti, mementingkan kesempurnaan (Farmers)

Sifat positif : Konservatif, menepati masa, pemalu, diam-diam ubi berisi, penyabar, mementingkan            
                       kesempurnaan, berhati-hati
Sifat negatif : Degil, bersifat keterlaluan, ragu-ragu pada diri sendiri, mudah bosan

Orang jenis darah A boleh diklasifikasikan sebagai 'Petani'. Mereka seorang yang bertimbang rasa, penyabar, dan mementingkan kesempurnaan dalam segala hal (sangat keterlaluan). Oleh itu mereka kebiasaannya suka merancang sesuatu perkara secara terperinci sebelum membuat keputusan. Mereka sangat degil, dan sangat berhati-hati dalam segala hal. Mereka juga sangat sukar berpuas hati dan serius dalam hidup.

Mereka juga jenis yang malu-malu dan ragu-ragu dalam satu-satu situasi contohnya berada ditempat baru atau suasana baru. Mereka sangat sensitif dan sentimental apabila dikaitkan dengan perasaan. Mereka tak mudah menipu. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang perahsia dan tidak berapa suka berkongsi/bercerita masalah dan perasaan mereka dengan orang lain. Mereka ingin kelihatan tabah dan kuat walaupun hakikatnya mereka mempunyai sisi lemah didalam. Sering hanyut dalam mimpi sendiri.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Mereka terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah atau kecewa. Memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai dan sensitif kepada pandangan orang lain

Bagaimana mereka bekerja?
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, mampu membezakan antara kerja dan peribadi dan sangat bertanggungjawab. Memilih hobi yang mampu membantu mereka menenangkan perasaan.

Darah jenis B - Menyerlah, Menarik, Berterus terang (Hunter)
Sifat positif : Penyayang terhadap haiwan, kreatif, fleksibel, individualistik, optimistik dan bersemangat serta
                      bersungguh-sungguh
Sifat negatif : Pelupa, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri

Dirujuk sebagai 'pemburu', Darah jenis B mempunyai sifat yang sangat bebas dan cenderung untuk tidak mengambil berat tentang apa yang orang lain fikir tentang mereka. Walaupun sering digambarkan sebagai lemah, pemalas, dan kurang sabar, mereka juga boleh menjadi sangat bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka suka.

Mereka tergolong dalam kalangan orang yang periang, memiliki semangat dan mempunyai aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Pantas membuat keputusan dan boleh menjadi sangat fleksibel serta tidak kisah pada peraturan. Mereka cenderung untuk cemerlang dalam segala hal berbanding dengan pencapaian yang biasa-biasa sahaja. Mereka juga cenderung hidup dalam dunia mereka sendiri dan mengabaikan perkara-perkara lain. Mereka juga sebenarnya tidak berminat untuk mempunyai hubungan peribadi dengan ramai orang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun mereka selalu bergurau tetapi mereka juga boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja?

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


Darah jenis AB - Berbakat, Tenang, Rasional  (Humanist)

Sifat positif : Tenang, terkawal, tegas, pendiam, empati dan rasional
Sifat negatif : Menyendiri, kritikal, ragu-ragu dan tidak bertimbang rasa.

Dirujuk sebagai 'humanis'. Sukar untuk mengkategorikan mereka yang berdarah jenis AB kerana mereka mempunyai kedua-dua ciri darah jenis A dan B didalamnya. Mereka kadang kala pendiam dan pemalu dan kadang kala friendly dan outgoing. Mereka sering dilihat sebagai mempunyai personaliti yang pelbagai kerana mereka sering beralih daripada satu personaliti ke personaliti yang lain. Mereka seolah-olah mempunyai 2 personaliti, satu untuk orang dibahagian "luar" dan satu lagi untuk orang dibahagian "dalam". Apabila mereka sedang berseronok bersama rakan, mereka juga perlu masa bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri. Mereka juga selalu memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam (overthink). 

Dilihat sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa kerana terlalu tegas. Mereka yang berdarah jenis AB selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Mereka juga suka menyendiri. Selain itu, mereka sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala mereka juga bersikap talam dua muka. Pada masa yang sama, mereka yang  berdarah jenis AB sangat sensitif dan sangat berhati-hati

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja?

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami tetapi tidak terlalu bertanggungjawab dan tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin (Warriors)

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Sifat negatif : Angkuh, tidak sensitif, kejam dan cuai

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah bosan. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal, tetapi mereka juga tergolong dalam orang yang cuai. Mereka cenderung memulakan sesuatu perkara, tetapi jarang menghabiskan perkara yang mereka mulakan itu. Mereka juga cenderung menjadi seorang kekasih yang sangat obses dengan cinta. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O sering mengabaikan perkara terperinci/remeh.
 
 
PASANGAN DAN DARAH

A paling serasi dengan A dan AB

B paling serasi dengan B dan AB

AB paling serasi dengan AB, B, A dan O    

O paling serasi dengan O, dan AB

mekaceh kepada  sumber 
Penderma dan Penerima Darah



semoga segalanya lebih baik dari semalam..

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™