04 July 2012

Komuniti Rakyat 5R6



Ha ni la kediaman rasmi yang Majikan I pinjamkan kat staff2 die.


 Apartment 5R6 Presint 5.
Blok Ade 4 je
15 tingkat
1 floor 12 unit rumah
*lengkap x?* =p

pesbuk komuniti pon ade.
search aje Apartment 5R6
Komuniti kami agak aktif tau..
Siap ada persatuan dengan Tshirt lagi


Tiap2 sabtu Pagi ade senamrobik.

ce teka.. mane I?? haha

 AJK pon komited jalankan tugas

 erk.. pic blur.. ni sume grab dari Internet je


Ni Projek kami yang terkini
*promote poster sendiri nampakk??* :p


Minggu ni AJK agak tenat sket la.
bertungkus lumus siapkan kenduri besar kami ni.
Harap2 dapat sambutan dan berjaya,
sape2 yang nak hulurkan bantuan tu silalah turun ke bilik gerakan.
Minggu ni operasi Start 9pm sampai ke tengah malam.
Yang tak dapat bantu pun harap boleh turut serta jayakan majlis tu nanti.


Semua Warga 5R6.. diharap dapat sesame aktif dalam komuniti kite.

meh nak share sket Ilmu

Surah An-Nisa ayat 36 yang bermaksud, “…dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

Menurut ulama, had lingkungan jiran itu ialah orang yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan (tanpa pembesar suara). Namun pendapat yang masyhur ialah yang pernah diriwayatkan oleh ‘Aisyah bahawa had lingkungannya 40 rumah dari segenap penjuru.

Bagi orang Islam yang benar-benar menghayati segala tuntutan Islam sudah tentu tidak timbul sedikitpun persoalan demikian. Ini kerana walau di mana tempat tinggal akan selalu bergaul mesra, berbuat baik serta menghormati jiran tanpa mengira darjat, bangsa dan agama. Inilah bukti keimanan seseorang sebagaimana dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.” (Hadis riwayat Muslim) 

Tanggungjawab yang perlu disempurnakan oleh setiap individu Muslim terhadap jirannya sebagaimana garis panduan yang pernah diutarakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu:
1.  Memulakan memberi salam kepada jirannya;
2. Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian atau mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan;
3. Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya;
4.  Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya;
5.  Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya;
6. Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya;
7. Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan;
8. Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan ber sikap yang buruk dengan jiran.” (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

**dulu I jahil gak. memang takde rase nak panjangkan silaturahim.. Tapi lepas bukak hati, I rase hidup jadi lagi best la. Kawan ade kat mane2 pon.Sekarang pon I dalam proses membaiki diri lagi.**
bila kita permudahkan urusan orang lain.. Allah akan permudahkan pula urusan kite. 
InsyaAllah..

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

2 comments:

Afrina Irdina said... [Reply To Comment]

Assalamualaikum, kat apartment 5r6 ni boleh bagi sewa yang bukan staf kerajaan ke? Macam pelajar

Lurvenuqmans said... [Reply To Comment]

@Afrina Irdina waalaikumsalam... ni kuarters utk staff kerajaan aje sis

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™