so I wish her good luck & pesan ape2 yang patut la.
sebab dah second baby die mesti la bleh agak dari pengalaman lalu.
ntah macam mane terkeluar bab Mandi Wiladah.
seriously I agak tergezut jugak die cakap apo tu??
haaaa?? melopong I.
ok owWW
tu mandi lepas bersalin.macam mandi wajib lebih kurang.
dulu U tak ade buat ke mase first baby?
non ado la... x tau pons...
errkkkkk......
da tau ni jgn tinggal plak!!.
Pagi ni masuk opis I tanye opismet I.
okeh ramai kaum2 muslimah yang tak tau lagi isu ni rupenye.
dari 20 org.. dalam 5-6 orang je yang tau.
ramai yang tau habis darah nifas kena mandi wajib.
tapi tak ramai yang tau lepas bersalin juga kena mandi wajib.
so I nak kongsikan maklumat yang I gugel untuk uolls yang blom tau.
InsyaAllah.. kite kongsi Ilmu Akhirat bersame ye..
Wiladah
Mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
Diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing
Nifas
Bukan semua wanita apabila melahirkan anak akan keluar nifas. Ada yang keluar nifas, setelah 2 atau 3 hari selepas melahirkan anak. Maka apabila, seseorang wanita, merasai tidak ada sebarang darah yang keluar mengiringi bayi yang dilahirkan, dia mesti bangun dan mandi wajib untuk mengerjakan solat. Walaupun masih lemah, maka dia boleh mengerjakan solat secara duduk sahaja, mengikut keupayaan diri ketika itu. Ini termasuk wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caecerian. sekiranya selepas 2, 3 hari nifas keluar maka berhenti lah dia solat, sehingga nifasnya kering semula untuk mandi wajib sekali lagi.
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.
Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.
Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.
so harap info ni membantu.
InsyaAllah..
kalau ade kemusykilan bleh tros tanya Ustaz & Ustazah yang uolls lebih maklum
Wallahualam..
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
No comments:
Post a Comment