KUALA LUMPUR – Berkahwin dengan lelaki tempatan berumur 50 tahun ke
atas dan kemudian memujuk suami mereka mengeluarkan wang yang terkumpul
dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum lari
menghilangkan diri.
Itu merupakan antara modus operandi terbaharu yang dikesan dan
dipelopori oleh wanita asing terutamanya dari Indonesia dalam usaha
memerangkap lelaki warga emas negara ini untuk hidup senang dengan jalan
yang mudah.
Dalam tahun ini sahaja, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO menerima tiga
aduan berhubung kes tersebut yang menggunakan taktik yang sama termasuk
kes terbaharu membabitkan seorang pengawal keselamatan, Nordi Adi, 57,
yang menetap di Pontian, Johor.
Lebih buruk lagi, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk
Muhd. Khairun Aseh berkata, wanita asing terlibat rata-rata berumur
20-an.
Menurutnya, wanita berkenaan secara terus-menerus memeras ugut
suami mereka untuk mendapatkan sumber kewangan secara tetap setiap
bulan.
Menceritakan lanjut mengenai kes penipuan tersebut, Muhd. Khairun
berkata, wanita muda terbabit bijak memanipulasi kasih sayang yang
diberikan oleh suami mereka dengan memujuk mengeluarkan wang KWSP
selepas berkahwin.
ok owww...
cian la kat mangsa jenayah cinta palsu ni..
Apolah diorang ni datang kat cni carik masalah.
bukan ke kerajaan Malaysia memang dah cukup baik kat uolls..?
abeh ke rakyatnye pon uolls jadikan mangse ye.
dah di bagi Betis nak Peha pulak...
montot tamo???
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
No comments:
Post a Comment