Showing posts with label NuqmansBiz. Show all posts
Showing posts with label NuqmansBiz. Show all posts

13 June 2016

Seminggu Meniaga di Bazaar Ramadhan



Amboooii skemanye tajuk.
macam karangan budak darjah enam.
kena tambah tu..
Pengalaman Seminggu Berniaga di Bazaar Ramadhan.

bwahahahaaaa...

Alhamdulillah Allah berikan Ramadhan sebagai bulan yang dipenuhi ketenagan dengan rezeki yang melimpah ruah.
apa yang perlu adalah usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t.

disebabkan aku pakai camera DSLR cap tangan.. maka terimalah gambar hodoh kemain ni.
hahahaah

seperti yang dimaklumkan sebelum ni.. Nuqmans Biz berniaga di Bazaar Ramadhan Dengkil.
kat dengkil ada 2 bazaar. kami ambil yang dekat tapak pasar malam tu. bukan yang depan UiTM.


sekali gambar kelabu plak

abang ensem bancuh kopi

mula-mula sales ada tapi biasa la Slow sikit. boleh rileks2 tengok orang lalu lalang.
hari sabtu slow la jugak maybe sebab orang masak kat rumah. so ada masa aku pon snap2 la gambar.

kitorang tambah menu jugak mula-mula jual sotong dengan ayam aje. pahtu tambah Sosej dengan Telur Sotong. Sosej sebab ramai yang tanya. Telur sotong tu produk baru, saja nak introduce.
Ahad pagi tu aku hantar gambar  kat group komuniti dengkil. bagitau menu jualan kitorang 

*ayam gunting
*sotong raja
*Sosej JumboOriginal
*sosej Jumbo Cheese
*Telur Sotong

***Owsem Big Cup**

pahtu bagi gambar2 kat atas tu dengan gambar air.

sekali petang tu Alhamdulillah aku sampai masa tu dalam 5.30. lambat sebab tunggu Asar dulu kat rumah. Ajim je pi awal pukul 4.
sekali sampai terus orang ramai datang tak banyak tanya terus order aje. Sosej 3, Sotong 1. Ayam 2.. Allahu.... sangat2 mudah... 
Allah dengan doa hambanya.

Air panas untuk big cup sampai habis. ada orang nak beli lagi air tak cukup. alahai siann..
takpa la.. next time ya... inshaAllah akan perbanyakkan stok lagi.

Big Cup aku dah ada regular customer.
hari2 diorang datang beli air. ada peniaga-peniaga area situ jugak yang lagi 10 menet nak buka datang order sampai 5-6 cawan.
Alhamdulillah... asalkan produk kita berkualiti mesti orang cari lagi.

turun naik sales tu adat la dalam berniaga.
kita usaha la sebaiknya.

sape nak meniaga big cup?
inshaAllah next post aku bagitau detail ya...
cara bancuh. dengan pembekal dia sekali.
kita share rezeki sama-sama.



06 April 2016

Nuqmans Beverages


orang jual air ko pon nak jual air.
orang buat sticker ko pon nak buat.
orang buat satu-satu ko buat sekali harung.

hahahahaha

nak buat cemno.. aku takler kreatif. modal pulak sangat ciput.
upah design Rm30 aje.. tu pon berkira..
nak buat sekali harung


yeayyy dah siap brand simple Nuqmans.

aku jual Big Cup kat kedai kat Bagan Lalang tu.
tapi aku jual smoothies jugak.
aku nak pakai sticker yang sama...
maka beverages ajela..
sekali harung.

takmo tulih kopi ke teh. sebab aku jual perasa coklat mango dan strawberry jugakk.


bunting pon dah siap.
saya sukaaaaa...

memang aku mintak yang simple dan orang tengok pon nampak sedap.
hahahahah

maka terhasillah.. big cup yang seksi sekdsa semuanya..

hat ni esklusif sebab pakai Kopi Purple.
request dari member aku. aku layankan aje.
sekali aku pulak terjebak.
eh sedap jugak big Cup Collagen ni kan?

sambil minum sedap. sambil sihat jugak.
sape requet aje aku buat ni... kalau tak tak buat..
Coco Lejen pon bulehh



ni Chocolate flavour.
rasa dia macam air kotak duutch lady sikit. lemak-lemak sedap


ni of course la peberet utama.
Mango dan Strawberry.
gambar strawberry tak ada pulak.

apa lagi yang sedap??
Hazelnut dan Mocha banyak jadi pilihan. siap orang dah beli datang repeat kata tak cukup.

cafe latte pon diorang puji sebab coffee dia Kaw! 
setengah Latte cair.. tapi hat ni memang terasa Cafe dia.

Smoothie minggu ni baru start.
nanti aku share gambar ye..

apa lagi selain tu??

selain Big Cup dengan smoothie aku jual gak Waffle.
next inshaAllah ada Takoyaki.

terer kan aku masak???

hahahaha
yang instant ni memang bagi kat aku..
kalau masak ayam masak merah kompem takboleh hadam.

ya.. aku lagi terer buat duit dari buat lauk masakan.
*lari campak badan atas katil tekup muka kat bantal* 

krikk krikk krikk

eh korang datang Pantai Bagan Lalang Sepang tu singgah kat kedai Nuqmans Biz ya...
selain ada Barang runcit. ada foodstall dan juga ada barang-barang vendor.

next inshaAllah barang kesihatan,
Kopi Purple
Coco Lejen 
Elite S7

Barang penjagaan Baby brand Tropika

Caliph Suplement

Jubah Abaya dan Shawl jugak.

sapa yang mencari vendor kat tepi pantai mehla letak kat kami.
sewa serendah Rm35 aje.

apa kelebihan kedai kami?

ia sebelah kedai Ikan Bakar Senandung Malam.
tempat tumpuan pelancong-pelancong yang menginap di hotel-hotel seperti Avani, LKIM, Hotel Seri Malaysia, dan Cabin Chalet juga.
kedai kami ni centre kat tengah-tengah.

InshaAllah... lokasi strategik 



Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™