13 June 2016

Seminggu Meniaga di Bazaar Ramadhan



Amboooii skemanye tajuk.
macam karangan budak darjah enam.
kena tambah tu..
Pengalaman Seminggu Berniaga di Bazaar Ramadhan.

bwahahahaaaa...

Alhamdulillah Allah berikan Ramadhan sebagai bulan yang dipenuhi ketenagan dengan rezeki yang melimpah ruah.
apa yang perlu adalah usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t.

disebabkan aku pakai camera DSLR cap tangan.. maka terimalah gambar hodoh kemain ni.
hahahaah

seperti yang dimaklumkan sebelum ni.. Nuqmans Biz berniaga di Bazaar Ramadhan Dengkil.
kat dengkil ada 2 bazaar. kami ambil yang dekat tapak pasar malam tu. bukan yang depan UiTM.


sekali gambar kelabu plak

abang ensem bancuh kopi

mula-mula sales ada tapi biasa la Slow sikit. boleh rileks2 tengok orang lalu lalang.
hari sabtu slow la jugak maybe sebab orang masak kat rumah. so ada masa aku pon snap2 la gambar.

kitorang tambah menu jugak mula-mula jual sotong dengan ayam aje. pahtu tambah Sosej dengan Telur Sotong. Sosej sebab ramai yang tanya. Telur sotong tu produk baru, saja nak introduce.
Ahad pagi tu aku hantar gambar  kat group komuniti dengkil. bagitau menu jualan kitorang 

*ayam gunting
*sotong raja
*Sosej JumboOriginal
*sosej Jumbo Cheese
*Telur Sotong

***Owsem Big Cup**

pahtu bagi gambar2 kat atas tu dengan gambar air.

sekali petang tu Alhamdulillah aku sampai masa tu dalam 5.30. lambat sebab tunggu Asar dulu kat rumah. Ajim je pi awal pukul 4.
sekali sampai terus orang ramai datang tak banyak tanya terus order aje. Sosej 3, Sotong 1. Ayam 2.. Allahu.... sangat2 mudah... 
Allah dengan doa hambanya.

Air panas untuk big cup sampai habis. ada orang nak beli lagi air tak cukup. alahai siann..
takpa la.. next time ya... inshaAllah akan perbanyakkan stok lagi.

Big Cup aku dah ada regular customer.
hari2 diorang datang beli air. ada peniaga-peniaga area situ jugak yang lagi 10 menet nak buka datang order sampai 5-6 cawan.
Alhamdulillah... asalkan produk kita berkualiti mesti orang cari lagi.

turun naik sales tu adat la dalam berniaga.
kita usaha la sebaiknya.

sape nak meniaga big cup?
inshaAllah next post aku bagitau detail ya...
cara bancuh. dengan pembekal dia sekali.
kita share rezeki sama-sama.



No comments:

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™