1.Jika anak manja jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..
2.Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..
3.Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..
4.Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...
5.Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..
6.Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..
7.Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.
8.Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..
9.Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..
10.Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.
11.Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...
12.Anak gila artis dan gamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..
13.Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...
14.Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.
-Ebit Lew-
cepatnyela budak 2 orang ni beso...
tahun depan Adeeb dah darjah 1.
Aiq masuk pre school tahfiz.
InshaAllah...
rindu moment budak debab |
No comments:
Post a Comment