07 November 2014

PIIACUF - Putrajaya International Islamic Arts & Cultural Festival 2014

korang dah pegi PIIACUF??

macam2 program ade. 
yang paling best tentulah ada info perkembangan Islam,

kalau nak tau aktiviti terkini boleh folo page Perbadanan Putrajaya atau folo hashtag Piiacuf ni

https://www.facebook.com/hashtag/piiacuf

Aku pegi sabtu lepas dengan mak ngan adik Ajim sekali pergi.
tunggu Nuqmans bangun tidur lepas asar siap2 pergi sane.
sebab kompem lama.. kita bawak telekung siap2 nak maghrib kat Masjid Besi aje.

 masuk bangunan pertama sebelah Maynbank Presint 3 tu banyak gak ada pameran, aktiviti, jualan suma best.

aku snap mane yang sempat aje sebab nak control Nuqmans lagi.. nak cuci mata lagi..

ni antara info penting yang kita kena tahu...
buku2 berkaitan agama yang diluluskan dengan tak lulus.

 Al Quran pon ada yang tak lulus ya.. baru aku tau.
selama ni ingat suma buku agama betul dah.
kitab kemain tebal kita bukan semak sangat time beli. bila balik baru tengok.

yu alat MP3 bagai tu.. ada bacaan Quran jugak. tapi cara bacaannya ada yang salah. maka tak diluluskan. hat ni risau ni.. takut kita yang jahil ni main beli dengar hafaz rupanya selama ni salah bacaan. ni kes orang-orang dah takmo jumpe ustaz / ustazah la ni... nak menghafaz sendiri kununnya.


tanya macam mana nak tau yang lulus dengan tak??
so encik tu bagi info.


cara mudahnya...
semua buku yang diluluskan ada cop KDN macam kat bawah ni.

maknanya telah disemak dan diluluskan.
termasuk Al-quran sekali tau... kang tersalah beli bacaan jadi lain.. banyak silapnye pulak.
 

jalan depan sikit ada booth makanan Iran.
perghhh bau kemain wangi.
macam-macam jenis makanan iran ada jual.


sebelum masuk dewan ada khidmat tulis khat.
best nii... buat nama kami berempat ngan blanje Mak 1.
total 5 nama Rm20.
murah kan???

1 nama Rm4 aje. balik boleh laminate

jom masuk dewan!
opss.. free of charge ye...
ilmu free ni.. datang la tengok.


sini ada pameran tentang masjid Al-Aqsa, usaha2 menjaganya dan info2 berharga.
pahtu dipamerkan arca seni jugak.



cantik tak?? besi yang digumpal dari huruf2 jawi membentuk ayat.

adik ipar tolong snap gambar.
tengok muka tension Afiq tu nak turun tak dapat.
oh tidakk kemain banyak barang2 berharga kat sini.. aku tak berani amek risiko..
nanges aku kena gadai bodi bayar gantirugi kang.



bu, kak... kak.... *tunjuk tali soh bukak*




bahagian ke 2 adalah tempat artifak2 berharga
semua ada ukiran2 dan ayat Quran.


ni bahagian ke 3.
banyak keris dalam ni.. aku snap 1-2 ajela. banyak jugak barang-barang lain seramic la pinggan la.. ada yang digunakan untuk perubatan ada yang buat hiasan.





keris zaman dulu bukan calang-calang..
besinya ditempa dengan besi terbaik. then diukir pulak dengan ayat2 quran.


ayat pulak bukan calang-calang.
sebab tu dulu ahli silat memang sangat-sangat dihormati dan ilmu kebatinan tinggi. berdamping rapat dengan agama. 





dalam-dalam bekas tu sume keris-keris.
zaman sekarang keris banyak besi kosong aje. orang salah guna ilmu silat, bunuh orang. menurun bagai..
no no nooooo

aku suka gambar ni...
simbolik


masjid kristal terengganu


Masjid dekat China
 ni kat Pakistan
  ni kat Rusia

kincir air terengganu


lepas keluar dewan dah dengar azan maghrib..
huih.. dah abeh 2 jam baru round 1st floor. kebetulan belakang dewan ada toilet ngan surau. aku ajak solat situ aje. tak larat menapak pi masjid besi kat belakang nuuu pahtu datang balik dewan ni sebab tingkat 2 tak round lagi. diorang pon ok.. kita solat sini aje.

lepas maghrib naik atas pulak tengok ada pameran fesyen islamic. 
tapi diorang tengah rehat maghrib.

sini korang nak beli teros pon ade jual jugak.
fesyen dari pelbagai negara



disebabkan waktu rehat, dewan kosong. so kita tengok-tengok aje pahtu nak keluar nampak Imad. tapi tak dan nak kejo.
Ajim suka tengok Imad. nak snap gamba ngan dia.

kat luar ni ada Alquran tulis tangan yang sangat lama beso plak tu..

mentua aku kan ustazah..
maka ustazah tanya anak-anak bleh baca tak??
ha masing-masing baca la... ni kitab lama takde tanda macam kita blaja sekarang tau.

berterima kasih kita pada ulama-ulama yang membuat tanda bacaan pada al-quran supaya memudahkan kita mengeja dan membaca.

mak teror la pandai baca kitab lama.

rezeki Ajim dapat terserempak ngan Imad dalam lift.
tros snap gamba biarpon gelap. hahaha

amoboih Imad.. lawanye kulit diaaa....
kalah kulit aku.

dah habis 1 dewan jo keluar pi makan.

kat lorong tengah perbadanan menghala ke Masjid besi tu banyak booth makanan.
macam-macam adooooo

aku pilih sate la...

satay in cup.. 10cucuk Rm7 aje. rasa pon not bad.
so bagi aku takla mahal.

sebelah dia ada air.  depan tu ada kerusi meja.
maka kita lepak makan sini terus.

lepas makan kitorang balik sebab dah pukul 9.
Afiq dah start buat perangai nak tido. aku ngan mak dah lenguh.
tak masuk pon dewan ke 2 tu.
siti ada jualan buku-buku islamis terbesar. banyak sales jugak.

selama ni tengok hat laghaa aje.. mehla datang bli buku pasal agama pulakkkk...

aku bajet nak pegi wiken ni pulak...

korang yang free minggu ni meh datang meh!


No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™