02 October 2014

Innalillah...

malam tadi ada peristiwa ngeri berlaku kat Apartment aku ni.
bukan blok aku.. blok sebelah.
berita boleh tengok kat sini..

http://www.hmetro.com.my/articles/Budakmautjatuhbalkoni//Article

sedih...
anak tunggal. 
ibunya OKU.

ikut cerita.. mereka baru balik makan malam, then arwah dah tido dalam kereta bila sampai rumah. so ayah arwah ni angkat dia naik dulu letak dalam bilik. then ayah dia turun balik untuk uruskan pulak mak dia nak bawa naik.

nak jadi cerita ayahnya dengar orang kecoh ada budak jatuh. tapi tak sangka la anak sendiri sebab beliau yakin arwah tengah tido. sedihnye lahaiii...

rasanya arwah terjaga masa ayahnya turun tu. mungkin arwah terkejut tetiba mak ayahnye takda depan mata sebab masa tido kan dia dengan parents dia kat dalam kereta. jiran dengar suara dia meraung maybe tengah cari parents dia. then dengar suara meraung dia tu dari atas ke bawah. aku rasa tengah2 mamai tu dia cari parents takde.. dia meraung2 sambil bukak tingkap tu dan terjatuh ke bawah. 

bila jatuh tu arwah sedar lagi then meronta nak bangun pi kat mak dia. tapi dia takleh nak bangun. dia dengar je mak dia panggil2 dia. Allah sedihnya...

sebenarnya rumah tu takdela balkoni sangat pon... tingkap tu ada gril. then ada selak kecil. budak pon boleh bukak selak tu. lepas bukak grill ada tingkap yang sangat luas.. orang gemok pon kompem boleh lepas. then ada ruang kecik selalu orang pasang aircond letak compressor kat situ. ruang kecik camtu kalau salah langkah memang ke bawah la...

tujuan grill tu boleh bukak pon sebab tu la... nak pasang aircond ke astro ke senang.. tapi memang takkan ada orang keluar berdiri kat situ. 

dari cerita pengasuh yang jaga arwah ni, (transit sekali ngan Adeeb dulu). Arwah ni bukanla jenis yang lasak atau yang suka memanjat2 tak tentu hala. dan memang dia yakin, kalau tengah waras Arwah takkan panjat tingkap tu ape lagi nak terjun.

yela... benda kalau nak jadi kan??
semua tu asbabnya aje.. Allah dah tentukan pinjamannya hingga waktu tu aje.

aku ni la dok trauma terbayang2 kalau jadi kat anak aku camne la agaknye. budak tu sebaya Adeeb. 1 tabika kemas. cuma tahun ni dia dah masuk pra sekolah kat sekolah presint 5. Adeeb je aku teruskan kat tabika kemas lagi.

beringatla kita yang masih ada ni.. sedaya upaya elakkan kecuaian.. kalau dah ajal memang tak boleh elak. tapi aku takut kalau cara pergi tu hasil dari aku yang tak peka. keadaan macam ni bukan kita menyampai gosip.. tapi ambilla pengajaran dan iktibar dari kejadian.
amboi kemain masuk forum bagai cerita keluar merapu.. yang tak tahan siap soh check ntah2 budak tu masa dera tak?? bapak die campak dari tkt atas tu tak??

Allahuakhbar...
manela ko nak carik diorang kat akhirat sok mintak ampun???
mulut jangan negetip sangat ye..
dapatkan cerita dari sumber sahih dulu. jangan buat cerita melulu..

tingkap aku tu pon sama.. senang sangat nak bukak selaknye..
maka aku suruh Ajim ikat pakai cable tie.. ikat atas dan bawah.
rumah aku ni tingkat 2 aje.. kalau bukak tu terus jumpe bumbung.. yang aku pulak takut nuqmans tetiba panjang akal pi main lari2 atas bumbung tu. bawah tu jalan raya. buat tergolek kena ngadap kereta pulak. ya Allah Nauzubillahiminzalik...

bilik budak pastikan selamat ye korang..
Nuqmans pon setakat ni Alhamdulillah bukan hat jenis panjat memanjat..
tapi aku tak tau akan datang..

semoga Allah permudahkan penerimaan parents beliau.
berbanggalah kalian, sudah tentu syurga tempat anak kecil yang belum baligh..
Ahli syurga dah menunggu di sana.. inshaAllah..

1 comment:

Elya Roza said... [Reply To Comment]

Ya Allah kesiannye family tuuu..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™