31 October 2014

Afiq Nuqman ber toilet train


asal jumaat petang aje.. aku apdet blog.. asal apdet blog aje.. dah jumaat petang.
sapela yang nak tengok ntah..

hahahahaha

nak buat guane... I bizi la U, mahapla yeeee
jumaat petang ajela freenye pon...

arini macam nak cite panjang2 tapi dah nak balik.
baik aku balik aje kan??

kahkahkahhh

arini nak cite sikit pasal budak debab ni..
18 hb aritu besday dia. dah masuk 4 tahun dah...

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 4 anak ibu Muhammad Afiq Nuqmans yang tersayang.

semoga Allah panjangkan umur Afiq, dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup, dikurniakan segala kehendak, dipermudahkan segala urusan, berjaya dalam dunia dan akhirat. membesar sebagai pejuang Islam dan pahlawan yang menarik ibu ke syurga nanti..
InshaAllah...


mana-mana ibu pon nak anak membesar sebagai orang yang soleh kan??
semua nak segala yang terbaik buat anak.
kita sebagai mak kenalah doa yang baik-baik buat anak...

itula istimewanya doa seorang ibu.. sangat berkat untuk anak,

dah umo 4 tahun ni Alhamdulillah Afiq dah tunjuk perkembangan positif..
makin menunjukkan minat nak berceloteh dan membebel.
pandai tiru-tiru orang bercakap.

so kami yang memang serumah ngan dia ni layankan aje bagi dia lagi mahir bercakap.
walaupun kadang-kadang keluar bahasa hujung-hujung aje, kadang-kadang keluar bahasa jerman tak tahu punca. hahahah memang lawak la Afiq neh.

perkembangan dia sekarang ni sama macam budak baru nak masuk 3 tahun.
punye la lambat.. tapi takpela.. pelan2.. asalkan berkembang.
risau aku dia tak bercakap sampai ke tua.
nangessss

Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.

walaupon tak bercakap, ko suruh apa semua dia paham tau..
dia tau apa ko buat. dia boleh tiru. haa jangan memain!!

tahun depan aku daftarkan dia masuk pre school tahfiz kat tempat Adeeb.
duit booking dah bayar.
takpela tak pandai cakap pon.. aku nak dia familiar dengan ayat2 mengaji tu. 
sok2 tetibe boleh bercakap dah terror baca Quran. tak ke best??

so tahun depan... trip aku..
7.30 adeeb darjah 1.
8.00 afiq preschool.
masuk keje 8.30
rehat pukul 1 Amek Adeeb balik tuka baju. 
sebelum pukul 2 anta adeeb pi tahfiz bagi makan ngan mandikan Afiq sekali.
5.30 balik keje amek afiq habis preschool.
6.30 adeeb abes transit.

perghh penat..
situ mungkin ade makan untuk budak. tapi takde mandikan or tuka pempes. tapi disediakan toilet & shower. budak2 pakai pempes kena ajar berak pagi2. tengahari parents datang tukakan pempes dan mandi. 

aku masih berusaha keras nak toilet train Afiq.
susah jugak sebab dia tak bercakap.
tapi 2-3 hari ni Alhamdulillah....

buuu.. yakkk *tunjuk bontot*
ok jommmm... cepat2 bawak pi jamban, dudukkan dan bagi dia berak.
Alhamdulillah, berjaya disiplinkan perut dia berak seawal 7.15pagi setiap hari.
kat taska dia tak berak dah.

petang pukul 6.30 balik rumah kadang-kadang dia berak kadang-kadang tak berak.
lagi 2 bulan aje neh...
kena blaja lagiii..

big problem jugak...
aku aja dia basuh bontot. dia tak sampai.
cuit-cuit sikit2 aje.
tapi dia dah tau amek sabun then gosok kat bontot.

huwaaa dugaannyee...

Ibu doakan Afiq akan terror pi toilet pahni.
wiken ni takmo pi mane-mane.

toilet train course kat rumah selama 2 hari.

semoga Allah permudahkan untuk anak aku yang sangat terang hati sorang neh..

caiyookk!!

***HKCC the Crazy Coffee****

yang nak iktiar Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah, rezeki Allah siapa tahu..

RM150 trial set untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.

salah satu contoh kehamilan yang Allah izinkan..



boleh whatsapp / telegram ya!





No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™