03 July 2014

Merapu


semalam standby kt opis sampai 9.30. balik rumah dah pukul 10. Nuqmans pon dah tido. Adeeb tengah mamai2 lagi sempat la borak2 kejap den peluk cium selamat malam. Afiq memang pukul 9 dah hanyut. cium pipi jelah.
balik siap2 tukar baju keluar pulak pi tesco puchong.
nasib baik tesco tutup pukul 1 so dapat ler aku beli lauk untuk sahur. sian kat ajim nak buka lauk takde kat rumah. gigih dia ngan anak2 pi pasar ramadhan beli juadah. aku buka puasa kat opis je.

barang2 dapur sume aku shoping dah kat tesco onlice.
tapi tulah kan.. kalo dah menyoping sambil kerja memang kelaut la.. mana yang terlintas aje aku order. pahtu kompiden pilih slot pukul 4 petang. sebelum pi keje semalam tinggal kad bank kat ajim sebab tesco tak amek cash. pesan kat dia ayam ngan ikan tu sampai tolong siang tau.. yang sejuk2 tu tolong masuk peti terus. nanti rosak.

pukul 5pm ajim wasap kata tesco tak sampai lagi. ooo takpela gitu. bulan puasa ni banyak order kot. tak sempat datang. Ajim tunggu sampai pukul 6 terus takde jugak. sebab tu la gigih dia keluar pi carik makanan pukul 6 tu. aku cakap kat ajim. biola tesco tu, malam kang saya balik kita pi puchong.

masa ontheway pi puchong tu ajim tanya.. awak order banyak ke kat tesco tu? apesal tak datang? kang malam ni kita beli2 sekali besok dia datang macam mane??
erkk....
gigih aku bukak emel check balik order tesco. Bhawaahahahaha dasar pompuan lapar.. pi buking slot ari kameh pukul 4-6pm. pahtu ade hati nak tunggu ari rabu. tang mane orang tu nak datang???
huuuuuuuuu maknenye petang ni la sampainye.

tapi dah alang2 sampai tesco beli jela juadah sahur pagi kang.
disebabkan aku dah keletihan. so pagi ni aku buat sup ayam letak kobis. 2 in 1 terus. pahtu aku gorengkan telo dadar. siapppp

Ajim suke je.. sebab dia kena makan makanan yang berkuah. lauk apa2 pon takpe. tapi 1 lauk kena ada kuah. first time aku tengok orang yang makan kalo kering2 ni otomatik dia sedu2. kih3.. laki sapa la neh??
lagi senang sup tu aku masak banyak2 untuk nuqmans makan tengahari nanti. diorang pon suka makan sup. letak je kicap banyak2 dengan nasi tu banjir dengan sup.. berebut masing2.

aku ni dah tintong kot.. tak cukup tido.
tido malam pukul 12tu paling awal. pukul 4.30 dah dok masak.
dulu aku sahur bangun 5.20am. ngam2 minum susu ngan kurma ngan air masak 2 gelas. 
skang dah berlaki kena la masak. Ajim nak sahur nasik jugak. dia kata tak kesah aku takmo makan. tapi die kena nasik. dah tu aku da penat2 masak takkan sengih je tengok die makan. aku kan masak memang sedapppp.. *panggg* tu pun dah mudah dah.. sebab ajim tengok bola so sebelum tido dia masak nasi siap2. aku tinggal bangun sediakan lauk dan senduk nasi je.
tapi memang seksa la.. aku bila sahur makn berat aje, pukul 10am perut aku dah nasyid dah.. pukul 12 dah heavy metal dah.
wuuuuuu... mintak2 cepatla perut aku serasi.
T___________T

sian korang baca ayat merapu aku.. ni masuk keje tengah ngantuk. nak tido tak buleh. sambil2 dok tunggu meeting nak start, korang jela tempat aku meluah perasaan.
mintak2 arini boleh balik awal. mintak2 balik sebelum buka puasa supaya sempat balik masak n makan kat rumah. kalo buleh malam ni nak tido sebelum pukul 10.. nak qada tidoo..

eh....






 malam jumaat la!!!!!!!!!!!!!!



opsss






No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™