08 April 2014

meratah


Semalam I ngan Ajim pi deting.
pi Setiawalk tengok cerita Sabotage lakonan Arnold.
ok la cite die.. memang tua sangat dah arnold nehh
tak suke cerita dia banyak sangat mencarut.
rasa nak lempang aje mulut sorang2.

eh.. lari tajuk pulak.
lepas detim masuk Tesco carik barang mentah.

lawa giler susun ikan camni..
nak amek ikan pun jadi serba salah. macam ganggu kitaran aje. hahahaa

mula2 nak cari lauk untuk makan malam kang.
pahtu terus gedik2 malas nak makan nasik pulak.

beli sotong amek 3 ekor baru rm3. amek part of peha ayam 2 part baru RM4.
kat rumah dah ada kambing marinated.
I beli pulak telur puyuh sebab Nuqmans suka makan.
then beli tauhu telur.

dah namanya nak meratah kita beli yang kita suka makan jela. kang tak abeh kembang tekak pulakk

ni masa bakar kambing snap gambar. lepas tu lupa nak snap sebab lepas masak terus makan.

peha ayam tu Ajim marinated dengan sos bbq Heinz. sedap jugak tapi rasanya kena tambah bahan2 sendiri jugak kasi menyengat lagi. pahtu die ingat sos ni All in.. memang letak sos semata la.
sekali lepas bakar rasa jugak bbq tapi tawar. wakakaka
so kena cicah sos banyak2 bagi tak rasa tawar sangat.

ni je menu sempat snap.

Tofu telor tu sedap potong nipis2 pahtu goreng macam tu aje.
nak tunggu makan dah tinggal separuh kena ratah.

telur puyuh nyesal beli 12biji aje.
Ajim makan 3 biji. balance Nuqmans makan semua. I tak rasa sebiji pon.
budak2 ni kalo bab telo rebus tak puas.
tu pon Afiq nak lagi. tunjuk mangkuk dah licin die sedihh..
ayam goreng tu yang segera punya sebab Adeeb request.
yang marinated punya lupe nak share sebab makan punye pasal.

sotong tu I buat goreng tepung aje.
saja potong sotong tak putus.
rendam dalam telur. then lumur tepung goreng Adabi tu banyak2.
I suke adabi sebab tak muak sangat. rasa rempah2 gitu.

Alhamdulillah semua habis licin kekenyangan.
Afiq tido minim susu tak habis. nak paksa pon tak sampai hati tengok perut dah ketat. Adeeb tolong perabeh susu Afiq pahtu die cakap takmo susu lagi dah.. Adeeb dah kenyang.

lenkali bleh buat steamboat la pulak.
tapi nak buat weekend.
boleh makan dari petang sampai malam. hihihihhh

No comments:

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™