17 March 2014

Maybank2u Pay

Sekarang Maybank2u ada sistem baru khas untuk sape yang ada bisnes online dan sapa yang suka shopping online. sistem ni buat pengguna dah boleh semak payment senang sikit.
tiap2 hari boleh dapat statement harian through emel dah.

nama sistem ni Maybank2uPay

Syarat-syarat untuk pendaftaran. 
  1. Mestilah Maybank2u user
  2. Hanya dibenarkan individual dan Proprietary Customer
  3. Hanya dibenarkan daftar satu account sahaja
  4. Pemegang credit card yang tidak mempunyai Current dan Saving account tidak dibenarkan mendaftar
  5. Pekerja-pekerja Maybank juga tidak dibenarkan membuat pendaftaran

Cara Daftar Maybank2u Pay:

1. Login Maybank2u 

2. Klik pada Maybank2u Pay daripada Menu Utama

3. Klik pada "Apply for Maybank2u Pay ' utk daftar pada Maybank2u

4. Baca dan accept  Terma dan Syarat. Klik 'Continue'

5. Masukkan maklumat perniagaan termasuk nama perniagaan, e-mel perniagaan, nombor akaun, nombor telefon perniagaan, alamat perniagaan, URL perniagaan dan kategori perniagaan. then 'Continue' 

 6. Klik 'Request TAC' dan masukkan TAC 

7. Klik 'confirm' jika semua detail yang dimasukkan adalah betul atau klik 'Go Back' untuk edit detail 

8. Pelanggan akan menerima pengesahan permohonan telah diterima dan pelanggan akan dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh 1 hari bekerja pada status permohonan

Apa yang  Pembeli perlu buat??
  1. Klik pada icon Maybank2u di blogshop dan login Maybank2u 
  2. Nama Penjual secara automatik dipamerkan. Pembeli perlu memilih jenis akaun dan masukkan alamat e-mel anda, jumlah dan keterangan transaksi. Pembeli mesti membaca dan menerima Declaimers sebelum meneruskan ke skrin seterusnya 
  3. Klik 'Teruskan' 
  4. Click 'Request TAC 'akan dihantar ke telefon pembelih. Masukkan Nombor TAC dan klik 'Confirm' untuk meneruskan dengan pembayaran atau klik 'Go Back' untuk pergi ke skrin sebelumnya 
  5. Pembeli boleh printscreen dan simpan pengesahan pembayaran untuk rekod dan akan datang 
  6. Pembeli akan menerima e-mel pengesahan transaksi yang lengkap.

Bagus kan sistem ni?
lepas ni takde dah customer yang bank in duit kite tak tau.
selalunye I letak reminder minta customer letak emel I masa transaction.
sekarang tak payah dah...
duit masuk aje Maybank dah bagi tau.
senang keje I.


No comments:

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™