No matter HOW MUCH we consider the future, No one can see the TRUTH
03 March 2014
Mari Bercerita
selama ni I banyak beli buku aktiviti untuk Adeeb. macam buku mewarna.. kira2 etc..
tapi kali ni barula nak belikan buku membaca kat dia.
Adeeb dah pandai mengeja dan mengenal. tapi tak pandai membaca lagi.
tengok gaya macam keliru dengan 2 suku kata dan 3 suku kata.
so takpe.. I target dalam Jun ni dia boleh membaca even tak lancar.
selama ni banyak jumpa buku2 teladan dengan cerita dongeng.
baru2 ni jumpa set koleksi kisah dari Al Quran dengan koleksi Kisah Nabi.
okeh.. lets try beli
mula2 membaca dan bercerita kat Adeeb memang I agak janggal.
sebab sebelum ni tak pernah buat.
I pulak jenis yang membaca laju2 sambil dalam diam
tak pernah nak membaca kuat2.
so bila dengar suara sendiri membaca dan bercerita rasa macam funny la pulak.
tapi Adeeb suka I bercerita kat Dia. dia rasa perhatian I untuk die.
dia tau I memang agak bizi dan kalau ade free kadang2 melayan kerenah Afiq pulak. mujur Adeeb pandai bawa diri. die suka tengok tv dan kadang2 main sorang2 or main skali dengan Afiq.
I cakap ngan Ajim.. I risau.. anak I dah pandai bawak diri.. dan I takmo die jauh hati macam I tak layan die.
lepas search aktiviti dengan anak2 I rasa membaca dan bercerita adalah salah satu yang baik untuk Adeeb.
tapi I agak selective jugak. sebab selama ni super heroes menjadi pujaan dia. siang malam dok la nak main lawan2. kejap nak jadi otromen. kejap spiderman. kejap boboboii
pitammm
skang pilih kisah2 Nabi kasi die kagum dengan 'Hero' utusan Allah pulak.
baru je I mulakan aktiviti ni.. dalam 5 hari kot.
Adeeb rasa seronok sangat.
tiap2 hari mintak baca buku.. pagi petang malam..
I sengaja tak habiskan bagi die khatam kisah2 Nabi tu betul2.
lepas bercerita kami akan tanya balik..
Nabi Adam tu buat ape?
kenapa die turun ke Bumi?
etc
Dia tak reti bercerita lagi.. tapi main pointnye die tau...
Nabi Adam tu mungkir janji dengan Allah.. makan buah
Hawa tu perempuan.. Adam tu Lelaki..
Iblis tu syaitan. jangan kawan dengan Syaitan sebab die jahat. nanti masuk neraka.
semalam die borak dengan Ajim..
Cerita psl nabi Adam mkn buah larangan.
*buah tu xleh makan kan ayah.. tapi buah kelapa boleh kan?? Dah lama x makan buah kelapa kan ayah?
Kahkahkahhhh tensen Ajim nak esplen panjang lebar tetibe die masuk bab buah kelapa. I gelak tekup muka ngn bantal jela.
heeheheehehe
seronokkk
I agak lambat bercerita dengan anak kan??
tapi takpe la.. baik buat dari tak buat..
Ajim pon suka bercerita sebab Adeeb jenis banyak bertanya..
dia bercerita lagi detail dari I.
Afiq??
orang bercerita dia pi amek kerusi susun2 keliling kitorang pahtu langgar dengan basikal.
hahahahahaaha
takpe2.. taknak bagi perhatian pon takpe.
biar aje dia selalu dengar.
Adeeb teror bab menghafal.
kalau bagi surah2 pendek tu inshaAllah dalam 1 hari soh ulang2 die bleh hafal.
Afiq pulak creative.
kena sebut banyak kali baru dia paham.
tapi kalau bagi something kat dia. die boleh kerjakan benda tu dari sudut yang lain pulak.
jangan la mimpi bagi kereta mainan dia akan main kereta..
selalunye dia akan jadi pomen cabut tayar.. bukak pintu.. pasang skru ngan ape2 aje eksperimen dia nak buat.
No comments:
Post a Comment