24 December 2013

5 Years Old

Selamat ulangtahun kelahiran Muhammad Adeeb Nuqman yang ke 5 tahun.
semoga Allah berikan segala yang terbaik buat anak sulung ibu neh.
semoga hidup anak ibu sentiasa di dalam redha Allah..
hidup dan mati dalam iman.

semoga dapat jadi Imam solat jenazah ibu nanti.
pejuang agama sekurang-kurangnya pembawa keluarga untuk ke syurga.. InshaAllah..

Arini ibu agak bizi sikit.
tapi tadi sempat wishing kat Fb dan lunch hour bawak Nuqmans makan kek.
gambar tak banyak sebab masing2 agak selekeh.

suke die dapat makan kek arini even 1slice aje pon..
nanti Ibu beli yang whole cake ye.. kite makan ramai2.



alhamdulillah Nuqmans sangat rapat even slalu bercakar.


ayah pon join sekali tapi die takmo posing sebab pakai baju keje
bagi tangan aje.

Alhamdulilah... Adeeb anak dan abang yang baik. sangat pintar dan cepat belajar.
sekarang bangun pagi2 terus kemas katil dulu. tak payah ibu membebel dah.
nak apa2 kat dapur semua seboleh2nya nak ambil dan buat sendiri.

malam tadi Putrajaya dilanda Ribut petir.
Afiq memang penakut kalau bunyi petir.
I tunggu jugak dalam bilik kot la dengar Afiq nangis ke ape.
tapi takde bunyi pulak.

dekat 20minit kitat n petir sabung menyabung I keluar jugak jenguk Nuqmans.
buka je pintu terus dengas suara Afiq.
rupanye die mamang dah terjaga tapi takut nak bergerak. terus sembunyi bawah ketiak Adeeb.
Adeeb pon layangkan aje pujuk Afiq.

masa I bukak pintu tu macam tengah tengok adegan cerita seram aje. dalam gelap2 cahaya kilat tu nampak 2 beradik ni tidur sebantal dalam 1selimut. Afiq hadap muka die kat Adeeb. Abeed peluk Afiq.
ahahahahah comeynye anak ibu...

lepas tengok I datang baru Afiq datang kat I rangkul leher I mata pejam celik. Adeeb pulak betulkan kedudukan die balik dan sambung tido.
bagusnyeeee..... sikitpon tak takut dan marah kat Afiq.
padahal masa kecik2 die pon takut petir jugak.
eh,.. skang pon kecik lagi.
cuma dah matang sikit.

I pernah menangis sambil usap perut bercakap dengan Adeeb.
mungkin sebab tu die macam paham perasaan I.
masa die baby pon I banyak nangis sambil peluk dan mengadu kat die.
samapi sekarang die tak boleh tengok I nanges.

sifat pelindung die memang terserlah. cuba keluarkan ayat2 yang baik untuk I berasa lega.
kat Afiq pon die pujuk camtu jugak.
matangnya anak I kan??

semoga sifat kelelakian Adeeb tu terus berkekalan.
lindungi  dan hormati  wanita dan keluarga selayaknya.
Ikhlas dari hati ibu...
salah satu keajaiban yang i alami sepanjang hidup I adalah melahirkan seorang Muhammad Adeeb Nuqman.





2 comments:

Anonymous said... [Reply To Comment]

HB Adeeb.
Teruskan jadi anak yg baik utk Ibu dan jaga Afiq ye.

Sedih pulak aku baca entri ni.

-Kakchikcantik-

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

sobsssss.. hahaha
tq aunty..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™