orang sekarang dah moden.
lagi suka jumpe kat luar dari jemput tetamu datang rumah..
tau tak tetamu adalah pembawa rezeki untuk kita??
meh nak review petikan yang I amek kat kat metro online.
Pada bulan lalu, selepas selesai satu program, saya didatangi seorang
lelaki berbangsa Tionghua. Dia menyatakan minatnya terhadap Islam dan
berusaha mendekati dan memahami agama ini sebelum benar-benar yakin
untuk melafazkan kalimah syahadah.
Dia pernah ke sebuah masjid dengan harapan dapat berjumpa seseorang bagi membincangkan beberapa kekaburan mengenai Islam.
Malangnya, apabila tiba di masjid, dia dihalau oleh seorang hamba Allah yang mengatakan dia tidak boleh masuk ke kawasan rumah ibadat itu dengan alasan bukan Islam.
Jelas terpancar kekecewaan pada raut wajahnya ketika menceritakan kejadian itu. Dia mempersoalkan kenapa ajaran Islam sangat cerewet dan menyusahkan hingga menyebabkan niat orang sepertinya yang ingin mempelajari Islam dengan lebih mendalam terbantut.
Ini antara realiti masyarakat kita. Walaupun tidak semua, segelintir masih mempunyai pemikiran seperti itu yang secara langsung memberi persepsi negatif terhadap Islam.
Sewajarnya kita meraikannya sebagai tetamu di rumah Allah, mudah-mudahan dia mendapat hidayah dan seterusnya memeluk Islam tanpa banyak soal.
Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah meriwayat sebuah hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim) Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya.
Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut. “Disebabkan ia bukan umatku yang beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.
Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.” Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Seterusnya Jibril bertanya: “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman iaitu: “Allah.” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas menyedari kesilapannya.
sedangkan Nabi Sulaiman Alaihi Salam juga ditegur. Inikan pula kita umat Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam sebuah hadis,
إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة
Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.
Antara adab-adab menyambut tetamu ialah :
1 – Niat yang betul
Tuan rumah perlu berniat mengharapkan pahala dalam menyambut kedatangan tetamu daripada makanan yang dihidangkan serta sambutan yang baik kepada mereka. Tetamu juga hendaklah meniatkan pahala daripada mendatangi undangan tersebut kepada tuan rumah. Dengan demikian, kedua-dua belah pihak akan mendapat pahala atas sebab itu.
2 – Memuliakan tetamu
Tuan rumah perlu menerima tetamunya dengan hormat dan memuliakan, iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengucapkan kata-kata selamat datang dan sambutan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Mslim)
3 – Menempatkan tetamu di tempat yang sesuai
Mempersilakan duduk di tempat yang paling selesa. Jika tetamu wanita, tempat yang tidak menyingkap aurat mereka. Tempat yang tidak tersebar bau yang kurang senang dan kotor.
4 – Menyegerakan hak tetamu
Tuan rumah perlu segera menghidangkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya. Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga tetamu hampir pulang.

5 – Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu
Makanan yang istimewa untuk tetamu pada hari pertama seelok-eloknya ialah daging sekiranya mampu.
tuan rumah tidak perlu memberatkan diri di luar
kemampuannya dalam menyediakan makanan kepada tetamu. Sabda Rasulullah
saw,
لا يتكلفن أحد لضيفه ما لا يقدر عليه
Maksudnya : “Janganlah seseorang itu membebankan dirinya untuk melayani tetamu dengan menyediakan apa yang dia tidak mampu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Namun, hidangan yang disediakan untuk tetamu perlu disertai dengan sikap memuliakan mereka.
6 – Layanan terbaik kepada tetamu
Antara layanan baik yang boleh diberikan kepada tetamu seperti menyediakan tempat tidur yang bersih, memastikan anak-anak tidak bising, tidak mengganggu tetamu dan sebagainya.
7 – Menghantar ke muka pintu
Apabila tiba waktu tetamu akan pulang, tuan rumah perlu menghantarnya sampai ke pintu rumah sebagai tanda memuliakan dan menghormatinya.
Tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar rumah kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah berjalan.
Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
* Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
* Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
* Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
* Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
* Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
* Mendapat dosa.
* Merenggangkan hubungan silaturrahim.
* Tidak dihormati oleh masyarakat.
* Menimbulkan fitnah.

I selalu niatkan sedekah untuk layan tetamu yang datang.
percayalah.. setiap yang kita sedekahkan kerana Allah S.W.T., past Allah berikan yang lebih baik..
rezeki yang kita kongsi bersama.. pasti Allah lipat gandakan lagi.
jom berbuat baik sesama kita...
Insha Allah... kita juga akan dilayan baik.
No comments:
Post a Comment