Selama ni bab puase pandang ringan je.
then baru tadi si dakpink cakap puase ganti tak boleh berbuka.
seriously tak terfikir nak amek tau.
Ya Allah.. jahilnye I.
thanks Ain tambah ilmu wajib tau untuk aku.
so ni info I share untuk uolss yang tak tau jugak mcm I.
same2 kite perbaiki diri
InsyaAllah...
1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah
Jika tuan tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna tuan wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama yaitu tidak bertambah teteapi tuan wajib membayae fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan.
Yang bertambah ialah bilangan fidhyah beras bukannya bilangan haris qadha .
2) Berdosa tak kalau saya buka puasa ganti Ramadan kerana malas?
Tidak boleh berbuka puasa ganti Ramadan, nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja setelah memulakannya. Sama seperti solat fardu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya melainkan jika keadaan darurat. Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain. Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat. (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383)
3) Saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti. Ada pendapat mengatakan apabila menggantikan puasa di bulan Syawal, secara automatik kita dapat pahala puasa sunat Syawal.
Ada juga pendapat menyatakan jika hendak puasa sunat Syawal, kita hendaklah habiskan dulu ganti puasa yang wajib.
Sunat dan wajib adalah dua perkara berbeza. Sunat ialah amalan yang sangat digalakkan kita melakukannya.Mereka yang membuat amalan sunat mendapat pahala dan tiada dosa jika tidak melaksanakannya.Berbeza pula dengan wajib yang mana seseorang itu berdosa jika meninggalkannya.Puasa ganti atau qada adalah wajib. Puasa enam Syawal pula sunat.Sebaik-baiknya puasa ganti dilakukan segera kerana ia bererti menyegerakan bayar hutang kepada Allah.Ini sikap seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Jika dibiarkan lama, bimbang terlewat sehingga Ramadan akan datang.
Bagaimanapun ada yang berpendapat jika puasa qada dalam syawal, keberkatan Syawal dan pahalanya akan berterusan. Wallahuaklam.
4) Apakah puasa ganti yang dilakukan pada hari Jumaat perlu dikembarkan dgn hari Khamis atau Sabtu?
Haram berpuasa pada hari jumaat sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas.
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
2 comments:
=)
Benda baik kena kongsi kan. Mi, aku nak copy paste ye. Tq sebab rajin google.
no problem. same2 kite sharing. =)
Post a Comment