Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan : |
|
A |
Ramah dan murah
senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun
begitu marahnya mudah reda.
|
B | Selalu tenang dalam
menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya
amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
tersinggung.
|
C | Ramah dan pandai
berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah
yang dihadapi adalah remeh.
|
D | Pendiam, bercakap hanya
bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah
yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya
adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
|
E | Pandai dan penuh
pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan
boleh membuatkan hati orang lain terluka.
|
F | Punya pendirian yang
teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar
memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
|
G | Kerap murung dan
bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika
rakannya sedang tekun.
|
H | Mudah simpati,
bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita-cita terlalu tinggi.
|
I | Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
|
J | Ramah dan murah
senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
|
K | Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
|
L | Ramah dan pandai
bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri
urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya,
tidak menepati masa.
|
M |
Pandai dan kreatif,
suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang
dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan
keras kepala.
|
N |
Baik hati dan rapi
dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain
tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.
|
O | Serba boleh. Suka
memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
|
P | Pandai berjenaka dan
selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan
sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
|
Q | Setia dan mudah
memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras
kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
|
R | Pendiam dan bercakap
hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar
mengawal bicara ketika marah.
|
S | Pandai dan tekun dalam
mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah
emosi marahnya meledak-ledak.
|
T | Sangat berdisiplin.
Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun
atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.
|
U |
Suka berterus-terang
dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan
kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai.
|
V | Tutur katanya lembut
dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai
menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak
suka berterus terang.
|
W | Ramah dan mudah
simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan
tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.
|
X | Budi pekertinya halus.
Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan
berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
|
Y | Pendiam dan tidak suka
menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
|
Z | Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. |
so.. ape huruf permulaan unutk uolls??
**panduan ni untuk mengenal diri aje tau. bukan mempengaruhi 100% pons..**
sumber
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
No comments:
Post a Comment