03 May 2012

Battleship

tayangan Batleship da nak abes baru I dapat menjejakkakn kaki kat panggung.
urrgghh..



disebabkan cite ni best dan bole masuk dalam fav list I, mestila I akan post jugak..
bleh sharing kat sape2 je yang tak tengok lagi kannn..

fuhhh...
cite ni best. sebab skill diorang fight ngan alien workshop tu pakai otak.
ade logiknye jugak bile perang tentera tak semestinye mempunyai peralatan yang terlampau canggih.
sesuwai la dengan kemudahan sedia ada yang diorang gunakan nak lawan alien yang doploh ratus kali lagi sanggeh teknologinye even alien tersebut adelah spesis amfibia dan takbleh kene sun light. hek3 *positip..positip!!


Filem ni arahan Peter Berg. pelakon2 muvi ni terdiri dari  Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard,,Brooklyn Decker, Liam Neeson dan Tadanobu Asano itu turut menampilkan lakonan mantap daripada penyanyi Rihanna yang memegang watak Cora Raikes.

pelakon peberet I adelah Liam Neeson (The A Team) ngan Taylor Kitsch (John Carter). tapi kali ni Liam Neeson da jadi pelakon pembantu dah.. zaman kegemilangan die  jadik hero da nak abes. *still tak lupe vesatile nye die dalam The A Team.. huu*
Lakonan Rhanna jugak beleh dipuji sebab takde imej pompuan gedik+ayu+ngengade yang die tunjuk.. Rihanna jadik Boyish Girl yang pakar handle sasaran nak ditembak mengikut arahan kapten... Rihanna Best!



alien yang takut sun burn hukk
**eh.. baru pasan sume poster tu not in english** 

bukan perang aje, kisah percintaan antara Alex (Kitsch) dan Samantha Shane (Decker), pengorbanan seorang abang  Stone (Alexander Skarsgard) kepada adiknya Alex, serta persahabatan antara Alex dan Kapten Nagata (Asano) pon ade selit gak..

Plot cerita pasal kes tersalah hantar transmisi gelombang komunikasi ke angkasa lepas yang menyebabkan pulau Hawaii berdepan masalah besar apabila isyarat yang dipancarkan menarik perhatian makhluk asing menyinggah kat bumi.

Seterusnya, objek yang terdampar di tengah lautan menjadi persoalan kepada angkatan tentera laut dari 13 negara yang berkumpul di Pearl Harbor sempena latihan marin.

Situasi jadi rumit bila objek macam bangunan kat tengah- tengah laut itu sebenarnye kapal angkasa dan bermulalah babak pertempuran antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jepun dengan makhluk asing dalam filem ni. 


filem ni pasal Kapten Alex Hopper yang sengal ubi dan tak dengar kate.
selalu aje timbulkan masalah..
die masuk Marin pon pasal abang die yang bawak.
perangai bermasalah tu die buat sampai die hampir2 nak kene buang dari latihan dah patutnye.
tapi masa sessi latihan kat tengah laut tula Alien datang mendarat dengan kapal canggih diorang. Alien tu ada kapal yang lebih canggih dan bila bertempur tu Abang die mati. so sad..

disebabkan sebenarnye diorang dalam sessi latihan, so tak ramai pegawai2 tinggi yang join. nak buat cite jadi best, pegawai2 beso tu sume terkorban. so tinggal yang paling tinggi pangkatnye adelah Alex. Nak taknak Alex kena amek alih tugas even die sendiri tak yakin dan anak2 buanye dah sah2 tak yakin dengan die. sume kate die gile.
hahahaha...

tapi gile die tu yang banyak selamatkan nyawa ngan negara diorang..

fav scene I adelah bila diorang da takde kapal perang sebab sume da hancur kena musnah dengan alien..
then decide nak guna Kapal Perang yang da bepuluh2 tawon jadi muzium kapal. dan scene ni sangat hebakk bile veteren2 marin yang senior membantu handle kapal 'antik' tu. whooaaa kalo kat rumah da bertempik ke'best'an dah neh..
plot cerita tak padat mane pon. senang nak paham. tapi scene perang diorang sangat best. ade gak selit lawak2 sengal yang agak logik dan tak keterlaluan.

so, 4 setengah bintang kat filem ni..

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

2 comments:

♥ dak pink said... [Reply To Comment]

Tolong jaga anak aku mi, aku nak pi tengok wayang =p

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

buleh je.. meh anta kt cni.
kalo stakat nk dating2 ni.. aku bb greenlight je..
=)

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™