02 March 2012

Blackout kejap??


Macam biase tiap2 ari rabu ngan kameh malam I ade kelas kat Bangi.
Kat skola SRAI Bandar Baru Bangi.
sedang syok2 bajet rajin stadi tetibe dengar bunyik kuat.
cegu tengah bagi lecture pon tegur, eh bunyik ape yang kuat sangat neh?
kami plak siap buat lawak ade elikoptetttt nak mendarat.
yang bdk laki pon siap bajet UFOss nak landing atas bumbung skola.
kah3.. 

cegu tak puas ati sebab memalam begitu mane ade sebarang aktiviti memesin rumput yang perlukan bunyik kuat cenggitu.
siap kua dialog "eh saye nak g check kejap la, kang tak pasal Final Destination 5 jadik kang, haruuu"
cegu kami kah itu?
ahahaha
die pon bergegas keluar kelas check ape jadik.
takdan semenet die kelam kabut bertempik kat kami kata ada kilang terbakar.
then sume student bergegas keluar tengok.

api punye la menjulang tinggi siap dengan asap lagi gelap pekat dari langit.
hhuuuuuu.. takut I.
tapi lepas diamati btol2, bukan kilang yang trbakar, tapi pencawang besar TNB yang kat seberang jalan tu terbakar.
I kol 112 laporkan kecemasan.
then mereka bagitau pihak Bomba da amek maklum.


whooo... gegak gempita punye bunyik *cheh.. fiksyen lebey*
api marak sampai kat menara kabel tinggi die yang banyak 'tangan' tu *kecik2 arwah abah cakap menatang tu nama die Jin Aprit. kih3.*
then 1 letupan jadik, sekaligus 1 bandar blackout skali ngan bunyik bising tu skali ilang.
lepas 3 menet tengok 5-6 bijik jentera bomba berlari2 anak ke tempat kejadian. 
dalam kepala I da fikir kat Nuqmans aje. takut la stuck kat cni tak bleh balik.
naya la anak2 I.
then lepas tu api kelas kami menyala balik.
so kami lega dan bila tengok  keadaan terkawal kami masuk balik teruskan sessi kelas kami.

rupe2nye letrik kami tu adalah dari generator sekolah.
seluruh bangi dan putrajaya blackout.
aiyooo... kepanasan ler Nuqmans..
sorry dear, Ibu tak tau.

kejadian jadik dalam dekat2 9.30pm. I balik rumah 10.30pm. lalu kat kawasan tu tengok berterabur jentera bomba tengah tungkus lumus periksa keadaan. tapi api da takde, keadaan da terkawal.
sepanjang balik Putrajaya pon letrik da ade.

dan arini baru I tau keadaan sebenar lepas baca berita

Menara yang paling  tinggi tu namanye Jin Aprit. kih3

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.
Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.
Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.
"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

Berita dari Kosmo online.



semoga segalanya lebih baik dari semalam..

2 comments:

MaMaMiKaeL said... [Reply To Comment]

umah aku kul 12tgh malam br elektrik ok..aku n mikael dh tdo kt ruang tamu dh..sbb kepanasan...

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

lor yeke? ko presint brp ek? lmbt plak. kitorg kt presint 5 yg ujung tu pn 10.30 dh ade letrik

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™