20 July 2011

Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana Abdul Aziz??

Kecoh juga negara bila kes Ashraf @ Aleesha ni diperdebatkan di mahkamah.
Terutamanya bila kes pertukaran jantina ni bukan aje melibatkan sensitiviti kita sebagai orang Melayu tapi jelas sekali ia bertentangan dengan hukum agama.

Bagi I pula kita sebagai masyarakat tak boleh kunci mulut dan sumbat telinga dengan situasi ni. Dunia dah akhir zaman bila masyarakat jelas sekali tak segan silu menegakkan benang yang basah. kalau ia diluluskan, tak semena-mena kite yang tanggung dosa sebagai subahat. Kalau tak diluluskan pula, jangan buat tak peduli pada masalah Ashraf ni. Pihak berwajib seharusnya turun padang membantu perbaiki kehidupannya.

Benarkah dia dilahirkan dengan lebih hormon wanita dari lelaki? atau Khunsa? jika ya, kita tak boleh salahkan ashraf. bukan dia pinta untuk dilahirkan dengan keadaan begitu. Setahu I, hukum agama juga membenarkan individu yang dilahirkan 'Khunsa' ni memilih untuk menjalani hidup mengikut hormon yang bersesuaian dengan jantina. Jika jantinanye cenderung kepada Lelaki, maka seharusnya die menjadi lelaki. macam jugak sebaliknya. Contohnye arwah Yasmin Ahmad yang dilahirkan khunsa membesar sebagai seorang lelaki. tetapi lebih cenderung sebagai seorang wanita. Justeru mati sebagai seorang wanita.

Tapi itu kalau khunsa. kalau tak??? Kalau Ashraf bukan khunsa, perlu diperbetulkan keadaan beliau. Biarpun dah buat pembedahan tukar jantina, kita dah susah nak mengubah keadaan. Perbetulkan agamanya dulu, kuatkan imannya, yakinkan die dengan Qada & Qadar Allah, tentang azab seorang lelaki yang dipandang sebagai perempuan. Keluarga & masyarakat jangan hanya tau mencaci. Kite juga akan terpalit dosa nanti. Selagi nyawa tak lekang dari badan, selagi itu pintu taubat luas terbuka untuk manusia yang ingkar. Mane tau bile taubatnye diterima nanti, die 1000 kali lebih baik dari orang yang caci maki die dulu.

Opismate I tengok pic ashraf kat paper..

sorang kate.. "Amboi.. cantiknye bulu mata die, kalah perempuan.."
 Nauzubillah... bile seorang lelaki dipuji sebagai wanita.
Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

sorang lagi kate "Orang macam ni patutnye rejam sampai mati".
Nauzubillah... siapelah kite untuk menghukum. Jangan cetek akal sangat. Kite ada agama.. sila rujuk pada hukum agama.

I tak kata pon I pandai & terror sangat hukum agama.
tapi kita ada orang yang lebih arif yang boleh dirujuk. Jangan hanya tau caci maki.. kita akan ada keturunan nanti. Allah cuma menguji sesuatu pihak kerana Dia tau pihak tu mampu tanggung ujiannya. Kalau kite yang menonton ni lebih menambah beban, gagallah kite sebagai hambaNya. Cuba bayangkan kalau perkara tu jadi pada keturunan kite nanti.

Sama2 kite doakan semoga kes Ashraf ni dapat menemui keputusan yang tepat. kalau betul apa yang keluarganya dakwa ada laporan perubatan yang menunjukkan hormon ashraf lebih kepada perempuan. Rasenye eloklah disegerakan uruskan perkara ni dengan pihak berwajib. Kes2 macam ni sedikit sebanyak menyumbang kepada persepsi negatif masyarakat. sedikit sebanyak bangsa dan agama juga akan terpalit kesan.

p/s:  yang caci maki tak hengat tu. Allah bayar cash aje ape yang uolls cakap tu. kot terkena batang idung sendiri nanti jangan baru nak menggelabah.. lebih baik same2 kite doakan kes mereka ni dapat diselesaikan tanpa membelakangkan hukum agama.

Wallahualam...


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™