
Showing posts with label Note. Show all posts
Showing posts with label Note. Show all posts
09 August 2016
Selamat lah Ye

03 December 2012
Planning & Gaji 2013
Sume orang dah ade planning untuk 2013?
I xde..
banyak berserah pada masa dan keadaan aje
tapi pasal uwang mestilah ade jugak planningnye..
kang lari tersasar jauh cemno nak kejar?
memandangkan jadual pembayaran gaji 2013 pon dah keluar..
moh kite buat planning yang santek..
kita hanya mampu merancang. tapi Allah yang tentukan..
so.. lepas buat planning tu jangan lupa mohon banyak2 pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan yang pastinya Allah tau mana yang terbaik buat kita semua.
amin..
gaji takat tu jugak..
rezki tak datang bergolek.. rezki kena pi carik.
so, I gunakan medan Bisnes nak jana pendapatan sampingan.
i target nak lebih berjaya dalam bisnes.
nak pastikan gaji yang masuk tetiap bulan tu xdan nak usik dan xdan nak fikir..
dalam erti kata lain.. I nak switch income I.
main income dari bisnes. xtra income dari gaji.
InsyaAllah.. I yakin boleh..
sebab I ada produk yang InsyaAllah menjana pendapatan sekaligus ukhuwah yang kuat di kalangan peniaga dan pengguna.
sape nak join bisnes? meh try meh..Kita buat sama2..
*hirup hkcc pahtu lipat jadual gaji*
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
07 October 2012
Quran Digital
Alhamdulillah...
Allah bagi rezeki lebih untuk dapatkan set Quran Digital ni.
I pnah tanya set Quran ni kat Cameron dulu..
harganya dalam Rm4++. tapi mase tu I takde kemampuan atau cash untuk beli.
tapi.. skang I seronok..
sebab impian dah jadi kenyataan... =)
dan memang rezeki I dapat pada harga lebih murah..
siap Gift lagi.
dapat beg Quran yang santek..
dapat Sejadah berkompas..
buku Iqra'
kamus Arab,
Buku haji & Umrah
pen bacaannya juga tak perlu guna Bateri lagi. skang dah boleh caj..
untung kann??
I nak perbaiki bacaan.
skang dah trlalu lemah rasenye..
kalo org merangkak..
I dah macam mengengsot..
owww xmo la jadik camtu.. sok nak ajar Nuqmans ape??
kena siapkan diri semula..
I pon xtau.. ntah esok ntah lusa Allah panggil mengadap..
mase tu nak report cemno??
buku report pon x reti nak bace.. siyess malu..
Sape2 nak dapatkan set ni jugak bleh dapatkan kat
harganya sangat berpatutan
kalau kite susah payah kejar saham dunia..
takkan kite takleh kejar saham akhirat jugak
kan..
04 October 2011
Kenapa Allah buat begini..???
Kadang-kadang apa yang kita nak,
Allah tak bagi bukan kerana Allah benci
bukan saja-saja Allah tak nak beri
Allah tahu ia akan memudaratkan diri
Allah tak nak kita disakiti di depan hari
lalu Allah jauhkan ia dari sisi
walaupun itulah perkara yang paling kita sayangi
Kadang-kadang apa yg kita tak nak, Allah bagi
kita tak suka, kita rasa ia tak memberi erti
tapi Allah tahu itu yang kita perlu dalam hidup ini
lalu Allah dekatkan ia dengan diri
walaupun kita terasa disakiti
Hati kita tertanya-tanya sendiri
kenapa Allah buat begini
sekarang kita mungkin tak faham perancangan Ilahi
tapi yakinlah Dia takkan menzalimi
Dia lakukan semua ini
kerana Dia lebih mengetahui
esok-esok kita pasti mengerti
kenapa Allah takdirkan semua ni
esok-esok kita akan mensyukuri
kesakitan yang kita pernah alami hari ini
esok-esok kita bisa memahami
mengapa kita perlu lalui semua ini
di sebalik ujian pasti Dia titipkan penyelesaiannya
di sebalik luka pasti Dia selitkan penawarnya
di sebalik persoalan pasti Dia sertakan jawapannya
di sebalik duka pasti ada bahagia yang menunggu kita
jangan pernah berhenti mencuba
jangan pernah berputus asa
sehingga kau temui penyelesaian, penawar, jawapan dan kebahagiaan
yang dijanjikanNya
semoga dirimu dikurnia ketenangan
utk menghadapi kekusutan fikiran
semoga dirimu dianugerah kekuatan
untuk menghadapi getirnya ujian
semoga dirimu dilimpah ketabahan
untuk menghadapi dugaan kehidupan
dan semoga dirimu diberi kesembuhan
akan setiap luka dan kepedihan..
**I salin dari fesbuk note yang member I share. =)
peringatan untuk I pon baik jugak neh.
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)