13 July 2011

Boys Over Flower

mengantoknye bile kena duty kaunter nih.
nak2 pulak malam tadik layan citer  jepun sampai pukul 5am..
muahahaha,,,,
cerite versi korea da tengok.. (Kgotboda Namja) I ade softcopy.
taiwan pon da tengok... (Meteor Garden) yang ni ade VCD die dan sedang donlod Meteor Garden 2
malam tadi layan jepun plak. (Hana Yori Dango).. still searching 4 softcopy..

Cerita dan idea asal adalah daripada Jepun... Bermula daripada sebuah manga 'Hana Yori Dango' idea asal Yoko Kamio... diterbitkan sejak Oktober 1992 hingga September 2003... Ia adalah siri manga paling banyak terjual di Jepun iaitu sebanyak 54 Juta copies...




Siri 'Hana Yori Dango' atau dalam bahasa inggeris nya ~ Boys Over Flower~,, telah di jadikan drama bersiri buat kali pertama di Taiwan, yang ditukar nama jadi 'Meteor Garden' pada tahun 2001.. Selepas itu Jepun mengambil inisiatif menjadikan siri manga kepada drama bersiri pada tahun 2005.. Tajuk still sama,, 'Hana Yori Dango'... Selepas itu 'Hana Yori Dango' diterbitkan pula dalam drama bersiri Korea Selatan atas permintaan peminat disana.. Versi Korea diberi nama 'Boys over flower' atau dalam bahasa korea 'Kgotboda Namja' pada januari 2009 dan ,, yang terakhir sekali,, mungkin ada yang tak taw,, ia telah diterbitkan dalam drama bersiri China pulak yang namanya 'Li Qi Lai Kan Liu Xing Yu' pada Ogos 2009...

Sinopsis atau cerita untuk keempat-empat versi adalah sama iaitu kisah tentang seorang budak perempuan miskin yang bersekolah di sekolah elit... Cabaran disekolah elit adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada 4 orang lelaki kacak daripada keluarga paling kaya di sekolah itu... Kumpulan ini dikenali sebagai F4... suka membuli pelajar lain sesuka hati... tapi budak perempuan miskin ni jer yang berani lawan balik... tak lama lepas tu ketua kumpula F4 ni jatuh cinta dengan budak perempuan miskin tu... atas sebab darjat keluarga yang jauh berbeza cinta mereka menjadi sukar dan banyak halangan...




Versi Taiwan (Meteor Garden) 2 season

Episod : 20 (season 1) &; 31(season 2)

Tahun : 2001(season 1) &; 2002-2003(season 2)

Tv siaran: CTS

Watak ;

Barbie Hsu sebagai Shan Cai

Jerry Yan sebagai Dao Ming Si

Vic Zhou sebagai Hua Ze Lei

Ken Zhu sebagai Xi Men

Van Ness Wu sebagai Mei Zuo



Versi China (Li Qi Lai Kan Liu Xing Yu)

Episod: 36

Tahun: 2009

Tv siaran: Hunan Tv

Watak;

Zheng Shuang sebagai Chu Yu Xun

Zhang Han sebagai Murong Yun Hai

Yu Hao Ming sebagai Duanmu Lei

Wei Chen sebagai Ye Shuo

Zhu Zi Xiao sebagai Shangguan Rui Qian


Versi Jepun (Hana Yori Dango) dua season

Episod : 9(season 1) &; 11(season 2)

tahun : 2005(season 1) &; 2007(season 2)

Tv siaran: TBS

Inoue Mao sebagai Makino Tsukushi

Matsumoto Jun sebagai Domyoji Tsukasa

Oguri Shun sebagai Hanazawa Rui

Matsuda Shota sebagai Nishikado Sojiro

Abe Tsuyoshi sebagai Mimasaka Akira


Versi Korea Selatan (Kgotboda Namja)

Episod: 25

Tahun: 2009

Tv siaran: KBS2

Watak;

Lee Min Ho sebagai Goo Joon Pyo

Kim Hyun Joong sebagai Yoon Ji Hoo

Kim Bum sebagai So Yi Jung

Kim Joon sebagai Song Woo Bin


yang mane lagi besh?
First,, I suke versi Taiwan. funny, childish & romantic .
Korea punye terlebih romantik. elemen komedi tu agak kurang tapi jalan cerita agak strong.
Jepun punye pon best. Funny & romantic. tapi pendek & simple sangat.


no regrets..
manyakk siyokkk.
erkk.. post pon da mcm org mabuk.
adakah...

:p
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™