03 November 2015

2 years Already


hihihi..
eh 
Assalamualaikum...

semalam dah genap 2 tahun aku kawen ngan Ajim. Alhamdulillah..
2 tahun bukan mudah nak share hidup dengan orang lelaki tau..
dan bukan mudah untuk Ajim yang kahwin instant tros dapat 2 orang anak bujang yang tengah melasak. Baru kahwin ade bini aje dengan baru kahwin ada bini dan dah ada anak ni 2 perkara berbeza tau. sedangkan yang berkahwin dengan cinta pahtu dapat anak sendiri pon belum tentu semenggah pengurusannya *terasa ke?.. ni pulak bujang tiba-tiba jadi bapak dalam sehari.

Selamat ulangtahun ke 2 Incik asben sayang..
semoga Allah terus panjangkan jodoh kita seiring kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan hidup di bawah redha Allah dan ke dua orang tua kita.

Alhamdulillah Allah kirimkan beliau hadir dalam hidup aku..
membimbing aku dan anak-anak inshaAllah ke jalan yang lebih baik.
biar hidup susah tapi hati terisi dengan ilmu akhirat.
inshaAllah bekalan kita di hari depan.

My favorite moment

aku suke sangat gambar ni..
the best bg aku...
lg best dari gambar-gambar outdoor yang aku amek.
hahahhaa

padahal gambar ni snap bila semua orang dah balik.
bila dewan dah siap kemas.
kerusi meja pon dah siap susun.

punyela susah nak dapatkan 2 retiss cilik tu nak amek gambar dengan aku. sabo jelah...
masing2 sibuk nak main ngan sepupu sepapat. Ibu kawen ko yang meriah ye??
tengok masing-masing tak pakai selipar. sebab berdukung naik pelamin. hahahaah
eh orang yang tenok gambar ni semalam cakap.. kurus ko mase tu mi.. wei skang pon aku kurus lagi tau!!!!! tengok niiii.. *jari*. mencii

Family Ajim jenis berlembut dengan budak-budak. buat budak macam kawan. boleh bersembang dan bergurau senda. Aku pulak dari latarbelakang keluarga cap rimau. garang dengan budak-budak. time gurau boleh gurau. tapi arahan ibu no compromise. Maka Nuqmans lebih suka mengadu dan sharing dengan Ajim. Adeeb balik sekolah cerita macam-macam dengan Ajim. dengan aku yang baik-baik aje dia cerita. takut kena telan dengan aku. hahahahaha

Dulu aku risau Nuqmans rasa tersisih ada ayah lain. tapi Alhamdulillah.. Afiq suka bila ada ayah. sebab dari kecik dia tak kenal ape itu Ayah. Adeeb pon seronok. dulu kat sekolah tak boleh bercerita pasal ayah dia. sekarang dia boleh share aktiviti harian dengan kawan-kawan, tak malu lagi sebab dia dah ada Ayah. time Ajim free dia keluar berdua dengan Adeeb pi tengok wayang.. pi makan.. pi ambil barang. 

Nur Fatiha Nuqman. sapa nak tengok Ajim kecik-kecik ni la dia... fotostate okeh..  sebijik sebijan
bulan 1 aritu lahir puteri sulung kami Nur Fatiha Nuqman. sentiasa ku doakan bertambah kebahagiaan keluarga kami. Afiq memang manja.. so dia jeles sikit dengan Fatih. tapi dia sayang.. kejap-kejap dia cium.. kena sambil belek Fatih belek dia jugak. nanti dia jeles dia sekeh Fatih.
tapi si kecik tu tak padan dengan kecik... pantang ada peluang dia buli jugak Afiq. dah 2 kali kaki Afiq berdarah dia gigit. meraung abang tu. Afiq ni kalau bantai orang memang takde kesian. tapi sebab Fatih yang buat dia menjerit ngan menangis aje. nasib baikla abang tak debik ko Fatih. huhuhu Afiq ngan budak kecik dia bersabar aje... kalau abang memang dia jadi rimau. dah berapa kali Adeeb nangis kena bahan dengan Afiq. pitam aku ari-ari bercekau

eh dah menyimpang dah aku neh..
nak cerita pasal 2 tahun kawen aje. tapi masuk perangai anak-anak pulak sekali. tak romantik langsung!!

hahahahaa
memang tak romantik pon...
ahad petang tu kami siap-siap nak keluar  bawak Nuqmans mandi kolam. sekali tengok hujan pulak. maka siap-siap pi makan kat Umai. then nak pi tengok festival LAMPU putrajaya. sekali hujan jugak. Light motion pon tak cantik. budak-budak keboringan. lets balik rumah.. so pukul 10 dah ada kat rumah.

Aku bantai pukul 10.30 dah tido. Ajim pulak busy macam-macam dia buat.
sedar2 aku tengok jam dah 3.30am. aku memang biasa bangun tengah malam. belek-belek henpon tengok ada reminder dari pesbuk.. owh esok anniversary rupanya. so sebab dia tido aku wish dalam Fb jela. hahahahahahaahahahaaaa

 semalam aku halfday ikut Ajim pi Banting amek stok barang bisnes. konon nak cepat-cepat settle buleh pi dating. hurmm takde maknanya.. settle dah pukul 5. terus ambil budak-budak balik sekolah. 
tu jela aktiviti anniversary romatika aku dan ajim.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan Allah sekarang.
belajar dari kesilapan yang dulu untuk perjalanan masa depan.

ok bai. keje weiiii...

*doakan kebahagiaan kami sampai syurga ya*
*aku doakan untuk korang jugak*

4 comments:

Wanie Masduki said... [Reply To Comment]

Rasa macam baru lagi akak kawin..kejap je dah dua tahun..hihi..tahniah akak dan selamat ulangtahun perkahwinan..semoga berbahagia disamping suami dan anak2 hingga syurga.. ;)

Han Hanni said... [Reply To Comment]

Selamat ulang tahun akak dan suami..
Semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah

Unknown said... [Reply To Comment]

@Wanie Masduki amin2 ya rabbal alamin..
maceh yep. akak doakan ko jugak berkekalan bahagia sampai syurga.

Unknown said... [Reply To Comment]

@cik hani
amin2 ya rabbal alamin.. terima kasih hani. akak doakan hani jugak bahagia sampai syurga dengan insan2 tersayang ye..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™