21 November 2013

Jangkitan Kuman


baru lepas EL 2 hari.
kaki Ajim kena jangkitan kuman.
alahai cian die..

mula2 kena 1 spot kecik aje. ingatkan luka biasa. die sapu minyak gamat jela sebab memang tak sakit.
tengok macam ade luka kat dalam tu. sebab tu letak gamat.

die still pergi kerja pakai kasut ngan stokin.
kena la pakai. sebab buat kerja kat workshop tu pakai selipar bahaya la. kang tak pasal-pasal kaki kena himpap spana. adesss jangan cari penyakit.

Ajim kerja masa tak menentu. minggu ni pulak ade race. maka tiap-tiap malam ada test kereta kat Cyberjaya. 2-3 malam jugak dia balik awal pagi. 
sebab lama sangat kaki terperap dalam kasit. luka tu jadi bengkak dan keluar air.
lepas tu air tu merebak la kena kulit lain. 
terus kaki beliau bengkak 

balik dari test kereta pagi-pagi buta mengadu kaki sakit.
lepas sapu-sapu minyak die tidur kepenatan.
sekali semalam nak pergi kerja terkejut tengok kaki dan bengkak serupa kayu beluti.
hahahahah apekahh


lepas tu dia cakap tangan pon sakit gak.
tengok-tengok dah jangkit sampai ke tangan dan bengkak.
tapi dia dok fikir kereta customer tak siap setting lagi. minggu ni ade race tak boleh cuti.

hah.. terus la kena bebel ngan perempuan cantik ni. dah macam ni punya keadaan asyik fikir race lagi.

tangan dah naik biji-biji elegik tapi tak gatal

kaki dah lebam

terus I pon cuti sekali bawak dia pergi klinik.
Doc bagi injection sebiji tak bagi pakai kasut selagi tak kering. Then Doc bagitau kalau biarkan boleh berjangkit sampai buah pinggang. boleh rosak buah pinggang.
haaa dan-dan cuak..

Doc check kencing manis sekali. nasib baik normal.
dapat MC 1 hari.

kena rendam air purple ni sehari 2 kali. 

sekarang bengkak dah surut. dekat tangan pon dah tak ada.
so arini I dah boleh pergi kerja.

Ajim pon nak pegi kerja jugak.
I bagi syarat pakai selipar aje.
sila hati-hati.

siap ugut nanti I nak buat video call. hahahah
padahal bini kedekut Bil nak buat video call mahal.
=p

No comments:

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™