03 August 2012

Taubat

Assalamualaikum uolls..
meh nak share tazkirah Jumaat dalam bulan Ramadhan ni.
semoga kita semua beroleh manfaat darinya.
InsyaAllah..



Kehidupan di dunia sememangnya penuh dengan ujian dan cabaran. Bagi mereka yang beriman, langkah demi langkah dihayun dengan penuh kewaspadaan agar tetap dalam ketaatan. Manakala bagi mereka yang lalai, hasutan syaitan lebih gemar dituruti, lantas menyebabkan diri lena diulit kemaksiatan.

Pun begitu, selagi makhluk itu bernama manusia, ia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan dan keterlanjuran. Dalam menempuh hidup ini, pasti ada saja dosa-dosa yang dilakukan sehari-hari. Jika tiada cetusan keinsafan dalam diri, tunggu sajalah balasan seperti yang dijanjikan Ilahi.

Namun, bagi mereka yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, masih ada waktu untuk mereka memperbaiki diri. Dosa kecil, antara lain boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan berterusan melakukan amal kebaikan. Manakala bagi dosa besar, ia harus dicuci dengan samudera taubat, tulus merintih keampunan daripada-Nya.

Firman Allah:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(An-Nisa’: 17)

Syarat Taubat
 
1. Ikhlas ingin bertaubat
Apa saja amalan, walaupun caranya benar di sisi syariat namun bukan kerana Allah, amalan itu tetap tertolak. Begitu jugalah dengan taubat, Allah tidak akan menerima taubat seseorang melainkan ia dilakukan dengan rasa ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, bukan kerana manusia atau dunia.

2. Meninggalkan segala dosa
Ia bermaksud meninggalkan segala bentuk maksiat sama ada pernah atau tidak pernah dilakukannya. Hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan akar-akar kemaksiatan yang ada dalam hatinya agar kembali bersih dan suci, meninggalkan segala larangan Allah dan melaksanakan apa-apa yang diwajibkan ke atas dirinya.

3. Menyesal atas dosa yang dilakukan
Orang yang bertaubat hendaklah benar-benar menyesal atas segala kejahatan yang pernah dilakukannya pada masa lampau. Dia merasa sedih di hadapan Allah atas dosa-dosanya dan mengakui bahawa kelakuannya itu adalah perbuatan yang salah di sisi agama.

4. Tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat
Orang yang bertaubat hendaklah bertekad untuk tidak lagi mengulangi segala perbuatan maksiat pada masa hadapan. Sesungguhnya taubat yang diselangi dengan pengulangan perbuatan dosa adalah taubat golongan pendusta yang Allah tidak akan ampuni dan memasukkannya ke dalam syurga.

5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Sesuatu taubat itu akan diterima Allah apabila ia dikerjakan sebelum waktu ajalnya, juga sebelum tiba Hari Kiamat. Bila sahaja Malaikat Maut telah datang menjemput, maka taubat pada waktu itu sudah tidak berguna lagi.
 
Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah 
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  •  Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah

sumber: gugel dari pelbagai Blog
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™