Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin. Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.
Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.
"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.
"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.
Berita dari Kosmo online
dari dulu lagi I pelik sebenarnye.
nak kata kawen paksa tapi dah lama bercinta.
tapi kenapa wifey die tinggalkan die masa .....baru lagi...
then siap dakwa bini die Nusyuz sebab tak balik umah dah..
nak kata bini die betul sangat tu tak la.
tak boleh dengar sebelah pihak aje.
tapi, tak payah la mengajo bini dengan penampar..
Baru je 19 ari dah 2 kali kena tampo..
so..skang agak2 sape Nusyuz sape Dayus sebenonye??
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
No comments:
Post a Comment