15 February 2012

Membentuk Tabiat tidur anak

gambar penambah comel =)

Ramai jugak kawan2 I yang bersengkang mata menghadapi masalah waktu tidur anak pada waktu malam.
Pagi2 datang kerja dengan muka lesu mengadu tak cukup tidur sebab anak tak tidur malam tadi.
Alhamdulillah, sepanjang hampir 4 tahun menjadi ibu kepada 2 orang putera comel tu I takde masalah tak tidur or kurang tidur waktu malam kecuali kalau mereka tak sehat.

I akan pastikan:

- tidur sekurang-kurangnya 1 hari sekali pada waktu siang. (kalau baby kena lebih kerap la)

- ajar mereka dari kecik, bila keadaan dah gelap itu bermaksud semua mesti tidur (Nuqmans takde masalah tidur jam 10 even baru bangun jam 8 asalkan pukul 10 tu lampu ditutup menandakan waktu tidur).
- sebelum tidur pastikan mereka selesa (tak berpeluh2, baju yang bersih, tak panas, perut kenyang, pampers dah siap2 tukar)
- pesan pada mereka apa nak buat esok hari supaya mental mereka bersedia untuk bangun esok hari.
contoh:
Pesan untuk Adeeb = Adeeb tido ye, esok nak sekolah, pakai baju sekolah tu. tengok ibu dah siap gosok untuk Adeeb dah, nanti boleh sama macam kawan2 lain. kat sekolah jangan nakal2 tau. nanti kawan tak suke, cegu pon marah nanti. Lepas tu balik rumah auntie (pengasuh) ye. petang balik keje ibu amek Adeeb dengan Afiq tau.. Anak ibu baik kan??? 
selalunye adeeb liat sikit bangun pagi. tapi akan ok lepas masuk bilik air. I akan hantar adeeb tepi jalan berhampiran sekolah dan perhatikan die sampai masuk dalam kelas. Alhamdulillah, Adeeb tak merengek macam sesetengah budak2 lain yang tamo lepaskan ibu mereka even dah dihantar sampai ke muka pintu kelas. Sebab Adeeb dah tau pagi ni die kena ke sekolah dan ibu pergi kerja. Petang nanti baru boleh jumpe ibu.


Pesan untuk Afiq = Afiq tido tau, besok ibu nak keje. Afiq tinggal dengan auntie ye.  Jangan kuat nanges tau. nanti Auntie tak suke. main dengan kakak (anak pengasuh) ye. jangan nakal2. nanti tengahari abang balik sekolah teman Afiq pulak. petang lepas keje ibu amek. Afiq baik kan???
Afiq tak reti ape2 lagi. Selalunye die akan balas dengan bebelan die tu. Bile anta kat pengasuh die akan nanges sket tamo lepaskan I. tapi lepas pengasuh tutup pintu otometik die diam. I selalunye akan tgu die diam baru beredar dari rumah pengasuh. Means Afiq dah tau, sekarang die duduk dengan Auntie tak boleh ngade2 macam dengan Ibu. Pengasuh pon cakap die ok kecuali mase I hantar aje. Petang bila amek, nampak je muka I tros sambung merengek. huhuhh.. Afiq memang sangat manja. tak kesahla, asalkan bile I takde Afiq boleh jadi budak baik. so I tak risau nak tinggal die waktu kerja.


Perkara2 ni I amalkan untuk Nuqmans setiap malam. sebab dari kecik I nak mereka dah set up minda diorang untuk hadapi hari esok.
Nuqmans pon sangat hargai waktu tidur. sepanjang malam takkan bangun kecuali pampers penuh atau rasa tak selesa. Dan I jugak akan hormat waktu tidur diorang. I akan cuba kosongkan aktiviti pada waktu tidur diorang supaya tak tidur lewat. Sebab kalau keluar rumah, balik lewat, sok pagi masing2 akan liat bangun dan merengek takmo bangun tido. Mase ni jenuh la nak memujuknye. huhuh...

meh nak syer Info dari Harian Metro ni.

Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:




  • Lakukan aktiviti pada siang hari.

    Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.
  • Pantau tidur siang anak anda.

    Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.
  • Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.

    Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.
  • Tidurkan bayi ketika mengantuk.

    Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya.
    Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.
  • Beri masa untuk dia bertenang.

    Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan.
    Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur
    yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.

    Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
  • Pastikan malamnya sentiasa gelap.

    Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya.
    Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
  • Elakkan menonton televisyen

    Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami
  •  
    Dari sudut kesihatan, tidur yang mencukupi akan melepaskan beberapa hormon penting dalam tubuh yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi. Ketika tidur banyak lemak yang tidak diperlukan akan terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak-kanak berkembang sihat dan kurang mengalami masalah kegemukan.

    Bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula, tidak cukup tidur membuatkan mereka cepat marah. Malah di sekolah, mereka berhadapan masalah tumpuan, lemah daya ingatan dan membuat keputusan serta kekurangan tenaga. Mereka mempunyai pencapaian akademik lebih rendah kerana tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah.

    Adalah sesuatu yang normal sekiranya bayi terjaga pada waktu malam. Ibu tidak perlu panik dan terus bangun kerana bayi sebenarnya hanya terjaga untuk seketika dan akan tidur semula dengan sendirinya.

    Kebanyakan bayi akan bangun setiap dua atau tiga jam setiap malam untuk menyusu badan atau apabila lampin basah. Malah keperluan untuk bangun pada waktu malam akan berkurangan selepas usia mereka mencecah enam bulan ke atas.

    Paling penting ibu bapa perlu menerapkan budaya dan rutin tidur yang betul sejak kecil supaya anak-anak mendapat manfaatnya. Ini boleh dilakukan dengan menetapkan waktu tidur anak-anak sebaiknya tidur sebelum jam sembilan malam serta mengasingkan bilik tidur anak-anak sejak bayi lagi.

    “Membiasakan anak-anak tidur bersendirian akan memberikan mereka lebih waktu tidur yang sempurna serta melatih mereka berdisiplin ketika di tempat tidur.
    Ini memastikan mereka masuk ke bilik mengikut waktunya,”  


    **mule2 memang susah nak bentuk, tapi dah lama2 nanti bila dah jadi rutin InsyaAllah mudah.


    semoga segalanya lebih baik dari semalam..

    2 comments:

    Anonymous said... [Reply To Comment]

    ermm..touching la plak bila baca stry yg nig..ari ni jwa lara kut..hehe..

    ank akak yg ke 2 pn sng tido..bilo tdur mlm dg x kacau kita..buleh la umi dia lantak tido..

    satu tips yg bgus dr awak..truskn menulis sbb akak akn trus membaca..hahaha

    Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

    tang mane yang touching tu kak? huhuh..
    budak kalo cukup tido pon siang tak banyak ragam.
    mekaceh tros jadi pembaca setia. =)

    Zikrullah feat Nuqmans

    Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™