29 February 2016

Aura dari bos


Assalamualaikum...

rindunyeee nak berceloteh kat sini.
rindu free time berblogging.

**balik2 itu aje ayat aku kan??

tapi tu lah hakikatnya..
memang aku rindu free time nak berblogging.
ni buka PC sebab arini sampai opis pukul 8.15.
hahahah sampai staf aku tanya.. apesal puan datang awal ni?

kahkahkah.. sipott..

tapi aku happy kebizian hidup aku yang tunggang langgang ni.
Allah memberikan aku lebih rezeki bila aku sibuk.
bila seronok banyak-banyakkan sebut Alhamdulillah..
time bawa kereta nyanyi2 zikir ustaz apo namo tu kat Astro oasis.

La ila hailla anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin..

balik-balik aku nyanyi sambil lenggok-lenggok badan lagi.
Adeeb pon tau itu "lagu" favourite ibu.


bila dah dapat time mcm ni aku jadi blur pulak nak tulih apa.
aku ni dah kenapa?? hahahaha

minggu lepas aku kursus 3 hari kat ILKAP Bangi.
punye la rajin berkursus.. baru habis bulan 2 aku dah cukup KPI 7 hari berkursus. Yeay!!
tahun ni aku nak excellent... nak aktif kununnye,,
family day MOF pon aku volunteer jadi urusetia.

nak aktif balik..
miss my busylife.

rasanya hasil pengaruh bos baru aku jugak kot.
Dato' Badri nama dia.

dalam opis dia ada barang-barang seni dan alat muzik tau.
then dia suka tea time dengan staff bawahan.
kalau ada makan-makan dia suka join. siap bagitau lagi.. kalau makan-makan jangan lupa jemput saya. saya suka makan. hahahaha
tapi sebenarnya dia bukanlah kuat makan. aku tengok biasa aje. tapi dia suka bersosial.
siap nasihat lagi.. uolls silalah bergaul dengan semua orang. campur aja apa-apa jenis orang. nanti kat situ kamu akan dapat kembangkan networking kamu. di mana-mana sentiasa up to date dengan info sambil belajar dalam hidup juga.
eh bagus bos neh... ko jangan pelik tiba-tiba dia muncul depan meja kau setakat nak tanya 1 fail. dia suka nak kenal muka staff, bos dulu duduk dalam bilik aje. setahun duduk department ni boleh kira berapa kali aja terserempak. 
Dato; Bad ni siap tanya.. bila family day kita? saya nak tanya info pasal department ni. nak buat kuiz... haa.. pitammm 
aku dah 3 tahun kat sini pon ramai pegawai aku tak kenal lagi. hahahahah
Dato siap suruh cari lagu apa yang bunyi kat mesin punch card tu... nanti dia nak tanya... jangan sibuk kejar punch card nak balik aje.

hahahahahahhaa


tapi aku suka.. dia sempoi..
kerja mesti no 1.
sosial life mesti ada.
jangan amalkan fahaman assabiah tu.. suka nau berpuak-puak...
bergaul lah.. bermasyarakat lah...
sama-sama kita membangun.

sapa nak kursus kat luar apply aja. saya tak ada halangan. kalau yang meningkatkan mutu kerjaya lagi saya sokong. 

haaaaa bos memang ohsem!!


12 February 2016

Picnic Boat

Baru ni cuti Hari Wilayah.
1 Feb 2016

memandangkan seharian duduk rumah aku nak la bawak Nuqmans jalan-jalan.
dan aku tau selalunya Putrajaya Cruise akan buat promo sempena hari wilayah.


so aku tengok Lepa-Lepa Boat dengan Perahu dondang sayang ada offer
dewasa Rm10
kanak-kanak Rm6.

Nuqmans suka naik dondang sayang tu sebab bot tu kecil dan laju. dekat pulak dengan air. so diorang suka la..

tapi petang tu aku sampai sana dalam dekat-dekat pukul 5 petang. nak naik bot offer dia kata Fatih tak boleh naik sebab kecik sangat. kena ada life jacket baru naik.
aku cakap ada saiz baby kan? dia kata ada. tapi anak akak kecik sangat.

ok test dulu boleh muat ke tak.. kalau boleh baru beli tiket.
so ada sorang staff perempuan ni bawa Fatih pi test life jacket.
then dia datang cakap.. ok boleh ada saiz.
tapi perahu takleh nak naik sebab awan sebelah masjid tu dah gelap takut hujan nanti basah.

alahai belum pun hujan lagi kak. baru nak gelap aje.
yela boat attendance kata tak boleh, kami tak boleh buat apa.
then sorang lagi staff indian kata akak try tanya kaunter ya.

aku dah senyap. Ajim pon dah pandang Afiq.
Afiq dah excited nak naik bot. dah tak sabar turun kat jeti.
 Afiq ngan Adeeb dah duduk tepi dataran tu mata tak lepas tengok tasik. aku panggil pon taknak datang dah.
Adeeb takpe lagi boleh slow talk.
Afiq takde kompromi

okla.. bot apa yang boleh naik ye?
picnic boat boleh la kak. sebab dia kat depan ni aje. tak pergi kat belakang.
berapa?
Rm50 1 bot untuk setengah jam.
ha boleh la.. kang anak saya ngamok nak naik bot jugak.

so aku pon pergila kaunter bayar jelah 

masing-masing excited nak naik bot.
ni la picnic boat.
boleh naik maksima 8 orang 1 bot. boleh lepak dan makan-makan atas bot.

tengok awan belakang masjid tu..
yang diorang cakap gelap nak hujan.
tang mana gelap dia tah..
tengok balik gambar ni aku rasa nak marah.








life jacket ni ngam-ngam sendat kat Fatih. dia pakai basah berpeluh-peluh




ni je gambar dapat ambil pada 10 minit pertama. 
lepas tu tak tenteram dah.

sebelum naik bot diorang brief jangan pi jauh-jauh. jangan buka life jacket anak takut emergency ke hape. sebab picnic boat ni pintu dia takde pagar kena jaga sikit takut anak lari pi situ ke ape kan.

mula-mula je masing masing excited dapat naik bot.
lepas tu tak sampai 10minit masing-masing tak tahan dah.

pakai life jacket kan panas.
masing-masing dah basah peluh.
bot tu pulak lumba dengan Fatih merangkak laju lagi Fatih.
sebabkan bot lembap nak mamppp so takdela rasa angin petang ke hape. masing-masing muka dah boring. fatih dah nangis-nangis so aku buka jugak life jacket dia. basah jerut badan.

then Afiq pulak start tantrum dia. dia kepanasan dan boring.
nak lasak-lasak aku tak bagi, sebab takut jatuh dalam air.
nak tengok pemandangan bukan dia reti sangat tengok sebab bot pon tak bergerak sangat so itulah view dia dari tadi dok depan masjid aje.

sudahnya patah balik jelah tak sempat 20 menet pon kitorang dalam bot tu.

then tiba-tiba nampak diorang jalan juga perahu dondang sayang tu dengan penumpang agak penuh jugak. bukan 1 tau.. tapi 2 perahu.
siap ada baby jugak.


eh jilake betul...
sakit pulak ati aku.


aku nak beli tiket dia kata nak hujan la... baby tak de saiz life jacket lah...
bila orang ramai datang tetiba boleh pulak ko jalan.

sampai jeti aku terus tanya. apesal aku nak naik korang cakap nak hujan la.. dah mendung la.. ape la.. cakap jela kena tunggu orang ramai naik sekali penuh bukan aku takleh tunggu pon. tak pasal-pasal aku beli tiket picnic bot yang tak best tu.

dia cakap bukan kak.. akak ada baby takleh naik perahu.
otak ko... mula-mula cakap asalkan muat life jacket. bila anak aku muat ko cakap baby takleh naik perahu. ko ingat aku tak nampak ke bot tadi ada baby jugak?

pahtu budak tu terdiam.
aku tanya sape incharge ni? korang ni penipu la.. taknak buat offer cakap. aku boleh bayar penuh, tapi jangan menipu. anak aku nak naik bot laju pon takleh.

dia kata no fon person in charge ada kat kaunter.

masa nak pi kaunter tengah-tengah marah tu Ajim cakap... dahla yang.. kalau diorang bagi naik perahu pon tak payah. kita balik aje.
dia dah geram kot sambil dukung Fatih dengan pegang tangan Afiq nak naik atas. dia kalau marah camtu la.. diam aje taknak komen.

dah nak sampai kaunter tu aku jumpa lagi staff perempuan dengan lelaki india tu.
aku cakap.. tak patutla camni kak. kitorang naik naik perahu cakap nak hujan la ape la.. tapi tak hujan pon. siap bagi orang lain naik lagi. bukan 1 tapi 2 bot skali jalan.

dia kata kami mintak maaf banyak-banyak.. kami assist aje. kami kena ikut cakap boat attendance. maaf ye puan.

lain kali kalau taknak buat promo cakap. bukan saya tak boleh bayar. harga tiket penuh naik perahu pon baru RM52 untuk 4 orang.
saya bayar Rm50 duduk berpanas dalam bot tu tak sampai pon 20 menet anak dah menangis2.

ya puan, maaf ya. kami tak boleh buat apa. org bot yang cakap tak boleh naik perahu tadi.

eh.. memang jilake punye orang.
banyak kali bawak Nuqmans naik bot.
ni bad experience dengan diorang.

putrajaya cruise nak hire staff jangan yang pemalas.
pandai menipu dan menyusahkan orang.
sian anak aku

mencii..

10 February 2016

moment pekasam. buleh?

Assalamualaikum...
korang buat ape cuti panjang dari sabtu sampai selasa ni? budak-budak pulak cuti sampai ahad kan??
wahhh kemain enjoy.

aku rutin macam biasa bagi peniaga makanan.. bila weekend dan public holiday adalah hari mencari rezeki. buka 2 stall 1 di Nilai 3 malam di Bagan lalang.
alhamdulillah.. Allah perkenankan kudrat yang termampu untuk cari rezeki lebih.

aku banyak sangat cerita. tapi aku tak ter apdet.
arini aku share cerita berdasarkan gambar yang lepas-lepas ye..
bertabahlah korang membaca cerita bloger hangat-hangat taik ayam nih...

orang ada blog aku pon nak ada blog.
orang snap pic aku pon nak snap. orang apdet blog. aku simpan buat pekasam.
so arini aku belanja gambar pekasam.

yeahhh suda satu tawonn

ni gambar masa 21 Jan aritu.
matikla masin pekasam peram lama sangat. hahahahah
Alhamdulillah Nur Fatiha Nuqman genap 1 tahun
takde celebrate ape pon. balik ambil Adeeb mengaji singgah Ayer 8 makan-makan fish n chip kat kedai baru bukak. kedai tu ada tingkap view tasik. so seronok la jugak kami melepak ambil view petang tepi tu. 

Semoga anak ibu jadi Anak yang solehah. menjadi pejuang agama, keluarga, bangsa dan negara. InshaAllah...



ni kat giant aritu.. jalan-jalan cari barang dapor. jumpa stokin ikan paos. yeay... sukaa.... aku suka blue whale ni sejak carrier Fatih kan gambar Paos. aku siap create group telegram tetiba bagi nama Paos Lover. hahahah budak-budak ni melayan ajela..

tak pasal-pasal masing-masing jadi mak Paos. kah kah kahh..

tapi sedey.. rupanya stokin ni ada loceng. mujur bunyi tak kuat, masa beli tu esaited sangat suruh Fatih terus pakai. then pi bayar. takdela terfikir beli stokin kena goncang ke ape kan memandangkan pelik la pulak tetiba ko beli stokin tapi goncang kat tepi telinga. hahahahaha loceng tu pulak kemain tak bunyi langsung waktu tu. aku siap beli 2 pasang. 1 lagi gambar Star.

Fatih geram aje ngan Anak paos tu. dia geram nak gentel ngan gigit la tu.. 



ce teka apa dalam ni???


cakk???

ha ni la keja dia sekarang..
time orang buat kerja.. time orang packing barang dia sibuk menempel.
ko marah-marah tak jalan okeh... dia datang jugak sama-sama berebut.
eh mestila ibu bengang... maka ko masuk dalam tu jangan banyak cakap!



ni pon sama.. orang nak kemas baju balik kampung dia sibuk nak check condition beg tu.
lepas aku keluarkan dia dari beg dia bawa lari beg tu nak try masuk sendiri pulak, tapi masuk kepala dulu. dah bersungkup kepala... aku peraaatiii je budak ni kecik besar kecik besarrr eh nasib baik kecik lagi.. aku buka beg tu dia berpeluh-peluh kat dalam tapi tersengih-sengih ingat aku main ba chakk dengan dia. hepi kemain.

terus tertunda program simpan baju dalam beg. 
bergomol pulak dengan dia.


 bonding dengan si kecik ni memang banyak kelakarnye.. dia ni mulut diam tapi ada aje dia buat. bila peluk automatik isap jari. eiii manjeee...
suke sangat selfie.

ikut perangai sape lah ni Fatih...
*eh?



rambut depan dah panjang sampai masuk mata tapi ayah tak bagi potong. aku ni geram aje rimas..
mak belajar ikat toncet kat dia. nasib baik dia diam aje. dia pon rimas jugak kot.





polis datang, letak bom terus buat muka tak bersalah. kakakaaaa

 ni kat Nilai. balik dari giant aritu pi grand union beli barang kat grand union aje. 
kalau kat tempat korang ada pasaraya grand union pi shoping sana jelah.
putrajaya takde pulak.
nasib baik Nilai dengan Sungai Pelek ada.

harga dekat grand union adalah harga offer barang tesco dan Giant. korang tak payah tunggu offer dah pon sebab harga grand union memang dah sedia murah. dan barang makanan pon selalunya lagi murah dari Mydin. aku kalau terpaksa aje pi masuk mydin or tesco online beli barang.
selain tu aku tunggu time balik Nilai baru beli.

tapi tengokla jugak. ada yang memang bebetul tempat lain lagi murah.

ni set mainan barang2 uniform Swat Rm16.90 tapi ada ape tah setiap barang yang aku beli aritu semua ada diskaun. set ni jadi Rm15.90. ada topi, vest, cota, pump gun, batch, id card, gari, bom apo tah lagi. lengkap la set polis dia. peluru pump gun ibu rampas awal-awal untuk elakkan perang berpanjangan dan keamanan sejagat, Ibu menyokong genjatan senjata. hahahaha
 beli 2 set sebab ada 2 orang laksamana. maka.. dengan Rm30 anak aku dah selamat menjadi anggota SWAT. Kah kah kah..







Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™