24 July 2014

Salam Aidilfitri.. *awalnye??

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
hehehehe
awal sungguh bagi ucapan.
bulan ni harap maklong aku kebizian.
saje jugak bagi korang rindu lebih sikit kat aku. wawawaaaa

persiapan raya macam mane?
aku beli 1 family sedondon Biru turqoise.
selebihnya baju ngan kasut Nuqmans.

Ajim tambah koleksi baju dan seluar dia.
aku tambah koleksi baju2 kembang memandangkan baju aku banyak tak muat dah. hahahahaha
baju raya tu jelah satu.
bukan pi mane pon...
raya ni balik rumah Ajim.
Raya ke 3 pulak aku dah koje.
sebab opis dekat, aku berulang jelah nanti

selalunye kitorang tak beraya siang2. malam baru pi serbu rumah orang.
pahtu balik tido kekenyangan.
maka semakin terpisahlah antara aku dan diet.
sobsssss.....

takpee... janji Ajim sayang. *eh?

2 hari lepas Adeeb balik bawak kad raya buat kat sekolah.
cikgu print. diorang kena kaler dan gunting. 

lepas tu kena tulis sendiri
hahahahahaha 


tulisan Adeeb kadang2 macam dinasour kadang2 macam cacing kerawet. 
takpela.. sekolah sok perbaiki lagi ye sayang... 
dia bagi kad tu mase nak tido.
kembang kempis aku dapat kad raya dari anak sendiri.
hehehehee
nak simpan dalam frame. biar dia tengok balik besar sok.

bestnyeeeee.. akhirnya aku dapat jugak kad raya tahun ni.
ko ado???
hahahahahaha
sekali besok pagi2 bangun dari tido  Adeeb mintak balik kad raya tu.
eh kenapa pulak?? da bagi mane boleh mintak balik?
alaaa... Adeeb lupe letak nama ibu ngan Ayah... 
lorr yaka? hahahha

tunggula lepas raya aku apdet cerita lagi ya..
Salam raya dari Ummi, Ajim & Nuqmans.

maafkanla salah silap kami..
terlebih terkurang minta dihalalkan ya.
sayang korang...
raya, raya jugak...
jaga kesihatan, jaga keselamatan, jaga kebahagiaan keluarga..
seronok, seronok jugak..
jangan lupa doa yang baik2 untuk kesejahteraan Negara Kita, kesejahteraan Agama Kita, 
keselamatan dan keamanan saudara kita di Palestin sana..
yang penting,.. keunggulan Islam di mata Dunia.

inshaAllah...

*peace dari Nuqmans*

17 July 2014

Afiq + Eczema + Susu Kambing Bee Pollen

Sape kenal afiq dari kecik.. mesti tau yang dia adelah sorang penghidap eczema.
Beribu duit abeh berubat sana sini. Sebab eczema dia bukan jenis ruam.. tapi timbul2 berair macam ciken pox. Ingatkn sakit tangan kaki mulut tu.. tapi masuk 2bulan x baik2 pergi pakar baru detect die eczema yg agak teruk jugak tapi bukan sampai tahap kronik lagi. Dia just x boleh berpeluh.. xleh makan ayam ngan telor. Pernah pengasuh tersalah bg makan telor ya Allah kesiannya malam2 tak boleh tido kegatalan seluruh badan. Gatal dari dalam darah. So dia xtau nak garu kat mane.. semua tempat diharuknye dengan menangis2. Tak sanggup tengok aku bg mkn ubat selsema dia kasi mgantuk n tido. Iskkkk....


Bila tengok memang x sanggup. 
Tambah2 lagi bila gelembung2 tu dah pecah. Ya Allah.. menggerutu.... nasib baik ank sdri. Kalo x aku pon x sanggup nk pegang. 
Bawak pergi pakar kulit.. tukar2 sabun mandi.. krim.. lotion... guna spirulina.. semua aku buat..
Last2 cuba skbp ni... afiq boleh minum.. x rasa hanyir.. aku pon minum.. hurm sedap.. dia ade bee pollen. Korang boleh gugel sendiri kebaikan susu kambing.. dan kebaikan bee pollen.

SKBP = Susu Kambing Bee Pollen

Ni punca aku amalkn skbp sampai sekarang. Bagi afiq minum tiap2 hari.. sebarang lendir ke ape sume die digest.. 
Miraclenya... parut2 menggerutu pon hilang... imun afiq pon dah makin bagus. Dia susah nak demam. syukur pada Allah sebab izinkan ia serasi dengan Afiq.


Baca info2 anak eczema ni 'kebanyakan'nya berpunca dr amalan pemakanan ibu masa pregnant. 
1. Kurangkan.. malah kalau boleh jauhi soya... ia buat kulit lebih sensitif dan nipis. 
2. Makan banyak2 sayur2an... 
3.bnyak minum air masak.. 
4.banyak makanan berzat. 
5. Elakkan fast food. 
6. Amik suplement yang 'perlu' sahaja untuk pregnancy.

Perghh memang menyesal ler... paling liat dulu nk mkn sayur.. air masak pon payah.. nk yg manis n sejuk2 aje... fast food adelah peberet.. terpengaruh pulak dakyah Yahudi.. minum soya anak kulit putih n gebu.. nauzubillah...

Untuk pengetahuan korang.. susu kambing jugak sangat bagus diamalkan masa pregnancy tau... inshaAllah.. mengelakkan baby kuning..
Kulit baby?? Bak kata org pantai timur.. 'putih sepo'.. hahaha
Yang penting baby sihat.. inshaAllah.. imunnya lebih tinggi dah sukar dijangkiti penyakit juga.


Jangan percaya bulat2 aku cerita nih...
Ce tanya doktor jugak... ni fakta ye.. bukan auta! 


Dah kena kat afiq sorang.. tak sanggup kena kat ank yang lain jugakk...

Tak pregnant pon aku minum aje... susu kambing baik untuk bakar kalori, sumber kalsium dan imunisasi kita juga tau... time puasa ni lagi best.. makan ngan kurma time sahur.. alhamdulillah.. kenyang.. 

Ni amalan aku ngan afiq lepas dia kena eczema 2 tahun lepas. 
Harga pon berpatutan.. yang penting no more ubat n klinik pakar kulit.. lg best parut2 dia pon licin sekali.
Alhamdulillah...
nak tengok Afiq dulu???

ya Allah.. tak sanggup nak tengok lagi.
masa ni doc kat klinik kesihatan ingat sakit HFMD (Hand Foot Mouth Disease)
tapi lepas 2 bulan tak baik2.. bawak pi pakar kulit.



  
ni lepas 6bulan amalkan SKBP setiap hari.
kulit dah makin bersih.
dah boleh main peluh2.. cuma makan berpantang lagi dan parut pun ada lagi.
keluar jugak gelembung tu sikit2 kat celah jari, ketiak, celah kangkang dengan kaki

alhamdulillah sekarang dah sihat sepenuhnya..
makan dah takde pantang. boleh berpeluh2 macam budak normal.
barula boleh melasak sesuka hati.

sape nak cuba??
pm ye..
016-6603741
stok terhad neh.. sebab aku skali minum tiap2 ahri. hahahahahaa




14 July 2014

Tutorial: Centrekan Header Blog


aritu aku try godek2 blog sebab nak tukar header.
lepas godek2 header elok senget sebelah kiri pulak.
pahtu godek2 incik gugel jumpa 1 blog neh 

semalam member tanye pulak camne ko centrekan gambar ko tu?
blog aku ni senget haaa

ok meh I share ilmu daripada bloger Kesuma Angsana. thenks pada ilmu beliau.

Macam mana nak buatkan Header Blog kita betul2 di "Centre " atau ditengah2

Cara nak "centre" kan header 

 Langkah 1:
Pergi kat Dashboard > Design > Template Designer > Advance > Add CSS

Langkah ke- 2:
Masukkan/copy paste code yang ini
#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;}

Langkah ke -3 & terakhir :
Tekan  'apply to blog ' ..

TARA dah siap dah !. Mudah sangat kan......
gud lak Alls!


Pengumumam Hari Raya!!!


hehehehhhh
puasa baru 2 minggu gedik nak raya.
amal ibadat pon xcapai tahap separuh lagi..
banyak lagi kena kejar dalam waktu yang makin singkat ni..
Ramadhan akan datang tak tau lagi Allah perkenankan kita bertemu atau tak..
maka.. bersyukurlah kita hidup lagi untuk jalani Ramadhan pada tahun ni.
subhanallah...
Syukur Alhamdulillah..

lama tak masuk blog tetiba bagi tazkirah pulak ye??
saje je.. korang kan rindu kat aku...
kan?? kan??? kan????
huahuahuaaaa

ni nak bagitau.
kepada customer Nuqmans seluruh Malaysia.
tarikh last order untuk kami post supaya barang sampai SEBELUM hari raya puasa adalah pada...

POS LAJU = 20 Julai 2014 bersamaan hari Ahad ni.
kami akan post pada 21hb pagi.


bagi pos tak laju.. Atau Parcel. = 16hb Julai 2014 bersamaan hari rabu ni.
Kami akan pos pada 17hb pagi.


nak orderselepas dari tarikh di atas pon boleh..
kami tetap pos seperti biasa pada setiap hari bekerja..
tapi jaminan sampai sebelum raya tu TAK ADA.

pengumuman ini dibuat selaras dengan pengumuman oleh pihak POSLAJU Malaysia seperti gambar di atas.

maka....
sangat2 digalakkan tuan2 & puan2 tak payah tunggu tarikh last tu.. yang menjalankan service pos juga adalah manusia. sebarang kesulitan kita tak boleh nak kawal.

kang jangan ade wasap masuk pagi raya LESU sebab kehabisan stok HKCC ya.
malam raya dah tentu tido lewat macam2 nak buat.

ape pun..
salam ukhuwah dari kami di HKCC Team..

**stok sampul salam ukhuwah dan fridge magnet masih lagi diedarkan untuk setiap pembelian.
grab cepat selagi stok masih ada.

~ HKCC Spread LOVE together

sms/whatsapp Nuqmans di 016-6603741 ya..

07 July 2014

Adeeb & puasa


Aku x berapa ajo Adeeb puasa sangat.
dia baru 5 tahun. bulan 12 ni baru nak masuk 6 tahun.
skang lebih galakkan dia ikut kitorang solat terutama waktu subuh.
tu pon ikut mood dia kadang nak bangun kadang kalau letih sangat taknak bangun.

setakat ni dia kompius lagi solat kejap 2 rakaat kejap 3 kejap 4.
setakat ni pergerakan dia tau dah. bacaan lebih kepada Al-fatihah dah berjaya hafal tapi surah2 aje sikit2.
bulan puasa ni dia rajin sangat nak claim yang dia puasa. hahaha

ok jumaat lepas kejut dia bangun sahur. nangis2 takmo makan plus ngantuk. aku pujuk2 sikit.. kata nak puasa.. puasa kena sahur. ok la.. bagi minum air oren. baru makan banyak sikit.
then pesan kat dia tak boleh makan tak boleh minum. jangan lari2 nanti haus. jangan jerit2. kang cakap kat cikgu tau.. Adeeb puasa... okeeeee
semangat pergi sekolah nak bagitu yang dia puasa. 

tengahari balik sekolah Ajim amek.
sampai2 rumah minum air kemain lagi lepas tu makan nasik kemain banyak. hahahahahhaha

yang tak bestnye pengaruh kawan2 tetap ada..
*adeeb puasa setengah hari aje. balik sekolah boleh minum air macam Akif
*Adeeb takmo puasa ari selasa dengan khamis nanti tak boleh main kat taman.
(selasa ngan khamis kena pakai baju sukan. sapa puasa cikgu soh duduk dlm kelas aje.)
*sabtu dengan ahad Adeeb tak puasa sebab cuti.

eh sesuka ko aje nak buat jadual ye????
aku bagi tazkirah kang.. kalah kuliah subuh...
aku cakap kat dia.. puasa kena sepanjang bulan ramadhan.. nanti bila hari raya mesti seronok sebab Adeeb puasa macam orang lain jugak.. 
okeeeee

so sabtu pagi sahur bersama. lepas subuh aku bagi je dia tido sebab dia cakap ngantuk. pahtu dia nak bangun lambat. yelahhhh...
pukul 9 dia bangun tengok Afiq tengah makan kismis.. selamba gaban dia amek dan makan.
Adeeb kan puasa mana buleh makan??
ala Afiq la ni kasi Adeeb tadi. dah kena makan dahhh...
pandaila koooooo

hari ahad die pesan awal2 takmo bangun sahur. nak bangun lambat. haa memang betul, dekat pukul 10 baru dia bangun.

semalam 1 hari tak keluar rumah.
so malam tu ronda Alamanda kejap.
alang2 sampai tu masuk Clarks cari kasut Nuqmans.
kasut cantik dah.. tapi Adeeb lak takde saiz.
kita amek sandal la dulu memandangkan Nuqmans punye selipar sume dah ketat2.

keluar clarks ngam2 Alamanda nak tutup dah. lepak kejap beli air.


kemain hepi bila dapat keluar rumah..
ini doniaaa aku yang punyaaa


 

tuan belog tak mekap tak hape..
mata da kuyu terkuap2 nak titonn
kuning pulak muke haku


kalau tengah baik memang berkepit camni.
time dia bertumbuk tu.. mula nak soh aku jadi tarzan.
haihhhhh 






03 July 2014

Merapu


semalam standby kt opis sampai 9.30. balik rumah dah pukul 10. Nuqmans pon dah tido. Adeeb tengah mamai2 lagi sempat la borak2 kejap den peluk cium selamat malam. Afiq memang pukul 9 dah hanyut. cium pipi jelah.
balik siap2 tukar baju keluar pulak pi tesco puchong.
nasib baik tesco tutup pukul 1 so dapat ler aku beli lauk untuk sahur. sian kat ajim nak buka lauk takde kat rumah. gigih dia ngan anak2 pi pasar ramadhan beli juadah. aku buka puasa kat opis je.

barang2 dapur sume aku shoping dah kat tesco onlice.
tapi tulah kan.. kalo dah menyoping sambil kerja memang kelaut la.. mana yang terlintas aje aku order. pahtu kompiden pilih slot pukul 4 petang. sebelum pi keje semalam tinggal kad bank kat ajim sebab tesco tak amek cash. pesan kat dia ayam ngan ikan tu sampai tolong siang tau.. yang sejuk2 tu tolong masuk peti terus. nanti rosak.

pukul 5pm ajim wasap kata tesco tak sampai lagi. ooo takpela gitu. bulan puasa ni banyak order kot. tak sempat datang. Ajim tunggu sampai pukul 6 terus takde jugak. sebab tu la gigih dia keluar pi carik makanan pukul 6 tu. aku cakap kat ajim. biola tesco tu, malam kang saya balik kita pi puchong.

masa ontheway pi puchong tu ajim tanya.. awak order banyak ke kat tesco tu? apesal tak datang? kang malam ni kita beli2 sekali besok dia datang macam mane??
erkk....
gigih aku bukak emel check balik order tesco. Bhawaahahahaha dasar pompuan lapar.. pi buking slot ari kameh pukul 4-6pm. pahtu ade hati nak tunggu ari rabu. tang mane orang tu nak datang???
huuuuuuuuu maknenye petang ni la sampainye.

tapi dah alang2 sampai tesco beli jela juadah sahur pagi kang.
disebabkan aku dah keletihan. so pagi ni aku buat sup ayam letak kobis. 2 in 1 terus. pahtu aku gorengkan telo dadar. siapppp

Ajim suke je.. sebab dia kena makan makanan yang berkuah. lauk apa2 pon takpe. tapi 1 lauk kena ada kuah. first time aku tengok orang yang makan kalo kering2 ni otomatik dia sedu2. kih3.. laki sapa la neh??
lagi senang sup tu aku masak banyak2 untuk nuqmans makan tengahari nanti. diorang pon suka makan sup. letak je kicap banyak2 dengan nasi tu banjir dengan sup.. berebut masing2.

aku ni dah tintong kot.. tak cukup tido.
tido malam pukul 12tu paling awal. pukul 4.30 dah dok masak.
dulu aku sahur bangun 5.20am. ngam2 minum susu ngan kurma ngan air masak 2 gelas. 
skang dah berlaki kena la masak. Ajim nak sahur nasik jugak. dia kata tak kesah aku takmo makan. tapi die kena nasik. dah tu aku da penat2 masak takkan sengih je tengok die makan. aku kan masak memang sedapppp.. *panggg* tu pun dah mudah dah.. sebab ajim tengok bola so sebelum tido dia masak nasi siap2. aku tinggal bangun sediakan lauk dan senduk nasi je.
tapi memang seksa la.. aku bila sahur makn berat aje, pukul 10am perut aku dah nasyid dah.. pukul 12 dah heavy metal dah.
wuuuuuu... mintak2 cepatla perut aku serasi.
T___________T

sian korang baca ayat merapu aku.. ni masuk keje tengah ngantuk. nak tido tak buleh. sambil2 dok tunggu meeting nak start, korang jela tempat aku meluah perasaan.
mintak2 arini boleh balik awal. mintak2 balik sebelum buka puasa supaya sempat balik masak n makan kat rumah. kalo buleh malam ni nak tido sebelum pukul 10.. nak qada tidoo..

eh....






 malam jumaat la!!!!!!!!!!!!!!



opsss






01 July 2014

Salam Ramadhan!



Salam Ramadhan Al Mubarak Alls..

camne puasa ok tak??
korang dah beso malu ler puasa yangyok lagi kan??

Alhamdulillah.. Allah bagi aku kesihatan yang baik untuk berpuasa tahun ni. =)

minggu ni department aku da start busy.
maka dah kurang la nak buat aktiviti laghaa.. hahahahaha

mesti korang rindu kat aku pahni..
kan..kan..kan????

bwahahahahahahahahahahahaa

jom puasa dengan HKCC..
inshaAllah.. membantu beri tenaga seharian..
sibuk macam mana pon tak rasa badan lembik aje.

HKCC kan adooo!
peace!



Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™