29 November 2013

bagaimana Mencukupkan GAJI

Salam Jumaat Alls...

di hari jumaat ni tak banyak nak dileterkan
memandangkan kerja banyak dan masa jelous kat I *kahhh??
maka I nak share kata-kata nasihat yang memang sepatutnya kita amalkan.

Bagaimana mencukupkan GAJI?

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2.

Moga ada manfaat!

..:: Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif

I salin sharing dari FB aje.
nasihat tu memang ada benar dan logiknya juga.

setiap apa yang kita dapat ada bahagian untuk orang lain.
maka share lah..
sedekah lah.. 
walau seringgit
walau 50 sen
walau 10sen
hatta tak mampu sekalipun share lah senyuman tu.

senyum tu kan sedekah?

setiap dari kita ada amanah yang Allah bagi..
yang paling dekat sekali adalah Parents dan Anak-anak.
jangan kedekut.. jangan berkira.. dan jangan menyesal untuk keluarkan sesuatu kepada mereka.
kasih sayang dan nafkah.

sayangi keluarga umpama sayang diri sendiri.
macam mana kita nak selesa.. macam tu jugak la kite bagi mereka selesa.
besar pahala kita menjaga amanah Allah dengan ikhlas tau..

selalulah bersangka baik..
lakukan kerana Allah s.w.t.

sebab Dia tak pernah kecewakan kita.
tapi kita yang selalu kecewakan Dia.



26 November 2013

Secret


nak apdet blog tapi bizi.
ingat nak buat lunch hour tapi sangkut cerita baru plak..

haihh ni yang malas nak layan drama nih..
nyampahhh


tajuk die Secret.



mamat nih nama die JiSung..
suke time die blakon
esp time wat muka bodoh2 comel die tu.
hahahahaha

kiuttt

ok sambung keje.
bai!

22 November 2013

Dah panjat tak reti Turun


dah macam anak kucing budak tecit nih.
saje I taknak tolong..
awak lelaku. pandai-pandai la berdikari.
hahahaha

padahal panjat kepala katil aje.
kemain cuak nak turun.

menjerit macam tangan tersepit.
bwahahahaha

lepas dia turun tu I gelakkan dia.
punye la dia merajuk. takmo pandang I langsung.
hahahahahahahaha

kiutnyeeeeee




21 November 2013

Syok Sendiri

hari sabtu Ayah pergi kerja.
Ibu dok mengemas kat rumah
Afiq tak boleh jalan2 so buat aktiviti syok sendiri die dalam rumah

budak ni kalau dilayan memang menjadi aje perangai dia. so mari kita buat-buat tak nampak tapi jadi papparazzi




motip betol duduk tepi tingkap pakai spek itam lambai-lambai kereta lalu kat hiway.
hahahahahaah


dah boring sangat dia buang picagari tu keluar tingkap.
mestila kena marah.

teros nanges sedih kononnnnnnnn
piiirahhh





Jangkitan Kuman


baru lepas EL 2 hari.
kaki Ajim kena jangkitan kuman.
alahai cian die..

mula2 kena 1 spot kecik aje. ingatkan luka biasa. die sapu minyak gamat jela sebab memang tak sakit.
tengok macam ade luka kat dalam tu. sebab tu letak gamat.

die still pergi kerja pakai kasut ngan stokin.
kena la pakai. sebab buat kerja kat workshop tu pakai selipar bahaya la. kang tak pasal-pasal kaki kena himpap spana. adesss jangan cari penyakit.

Ajim kerja masa tak menentu. minggu ni pulak ade race. maka tiap-tiap malam ada test kereta kat Cyberjaya. 2-3 malam jugak dia balik awal pagi. 
sebab lama sangat kaki terperap dalam kasit. luka tu jadi bengkak dan keluar air.
lepas tu air tu merebak la kena kulit lain. 
terus kaki beliau bengkak 

balik dari test kereta pagi-pagi buta mengadu kaki sakit.
lepas sapu-sapu minyak die tidur kepenatan.
sekali semalam nak pergi kerja terkejut tengok kaki dan bengkak serupa kayu beluti.
hahahahah apekahh


lepas tu dia cakap tangan pon sakit gak.
tengok-tengok dah jangkit sampai ke tangan dan bengkak.
tapi dia dok fikir kereta customer tak siap setting lagi. minggu ni ade race tak boleh cuti.

hah.. terus la kena bebel ngan perempuan cantik ni. dah macam ni punya keadaan asyik fikir race lagi.

tangan dah naik biji-biji elegik tapi tak gatal

kaki dah lebam

terus I pon cuti sekali bawak dia pergi klinik.
Doc bagi injection sebiji tak bagi pakai kasut selagi tak kering. Then Doc bagitau kalau biarkan boleh berjangkit sampai buah pinggang. boleh rosak buah pinggang.
haaa dan-dan cuak..

Doc check kencing manis sekali. nasib baik normal.
dapat MC 1 hari.

kena rendam air purple ni sehari 2 kali. 

sekarang bengkak dah surut. dekat tangan pon dah tak ada.
so arini I dah boleh pergi kerja.

Ajim pon nak pegi kerja jugak.
I bagi syarat pakai selipar aje.
sila hati-hati.

siap ugut nanti I nak buat video call. hahahah
padahal bini kedekut Bil nak buat video call mahal.
=p

15 November 2013

The Heirs @ Inheritors


Lame dah tak melayan drama korea
seboleh-bolehnya takmo terjebak.

sekali Adeq call semata-mata nak mintak tolong download drama terbaru. The Inheritors.
Lee Min Ho ngan Park Shin Hye berlakon.
alahaiii

realplayer downloader I da lama tak update.
kena Install baru.

takpela.. nanti I tengokkan.
skali 


argghhhh
menyesal tengokkk
terjebak sudahhh


cerita pasal remaja-remaja yang masih di gred 11 sekolah.
kalo kat kite macam budak tingkatan 6 la lebih kurang.
umur 17-18 tahun.

konflik anak-anak orang kaya pewaris takhta keluarga
sekaligus kelam kabut dengan zaman remaja dengan jaga imej dengan cinta 3-4 segi
dengan konflik keluarga, konflik syarikat

hooiiiiihhh stressss *eh?? I plak stress kann??

baru malam tadi tengok start pukul 11pm tros marathon sampai 3am.
kat office rehat 2 jam arini sanggup tak keluar. 
sambung lagi ep 5-6.



adeslaaaa pitammm

malam ni nak marathon lagi.
disebabkan besok cuti. bleh marathon sampai pagi.
Incik Asben ada test kereta malam ni.
semalam pon die balik pukul 3 sebab tu stop. kalau tak mau sampai subuh I menghadap PC tu.
minggu ni dan minggu depan beliau ada Race.
maka I pon nak race jugak.
hahahha

dah alang-alan cerita pasal race beliau.. wish him luck untuk event gokart die 30hb ni ye.
kalau menang dapat race kat Indon pulak.
selalunye die jadi crew aje.
tapi kali ni die yang drive.
jangan tanya I race ape. I tau sengih aje.
tapi yang I tau dekat SIC - Sepang Int. Circuit.

tak sabar nak balik rumah nak layan Nuqmans. pahtu malam ni harap2 Afiq nak tido awal macam aritu.
hahahaha pukul 8.30 da tido sebab kat taska tak tido.
akhirnya terusik jugak unifi kat rumah setelah sekian lama dok melayan FB semata.

aihhh memalut jauh menyimpang neh.
uolls tengok sekali jommmmmmmm

meh kita sama-sama stress sebab fikir konflik cerita ni pulak.


14 November 2013

Adeeb & Jagung

makin hari makin tak best pulak tajuk Entry I kann??
padahal cerita best. *puuiii

Arini Adeeb cuti sebab tabika kemas die ada Convo
die tak join sebab baru 5 tahun.
hahaha cian die 3 tahun sekolah yang sama
cikgu Khaty die dah kenal benar dah ngan mulut Murai die.
celoteh tanpa henti

tahun depan pergi sekolah yang sama lagi.
ada yang tanya kenapa tak masukkan pra sekolah?
I tanya balik belajar ape kat sana?
mereka kata kebanyakannya sama aje..
menulis dan membaca

so I pilih yang paling senang dan selamat untuk Adeeb.
tabika ni bawah rumah aje.
balik sekolah pon cikgu dah tunggu terus bawak balik rumah.
so tak payah la bahayakan die melintas jalan nak pegi pra sekolah tu.

silivers semua sama.
I target tahun depan Adeeb mesti dah pandai membaca 
tak boleh harapkan cikgu aje. kat rumah pon kena amek extra lerning jugakk
**sinsing lengan**

aisehh melalut plak dah.
arini I banyak keje. so bawak die makan nasi ayam je kat Cafe.
makan kenyang2 tau.. pahtu tido bawah meja. 

hahahah ibu kejam


jagung madu dari cameron da sampai.
thanks kat Linda kirim fresh dari sana.
suke3..

lai3... jagung.. jagung...


tak dan sejam abes licin.
nasib baik I dah asingkan siap2 untuk rumah 5 tongkol.

selamatt..

minggu depan ade lagi.
sape mau kirim??

meh PM meh.
**putrajaya aje ye


13 November 2013

Baju Kurung dan Dress


tadi baca isu ni kat 1 blog.

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/pakaian-penjawat-awam-mencolok-mata.html

Alhamdulillah kat Department I ni belom ada lagi yang kategori tak siuman macam tu.
padahal kami tau ramai je yang pakai tudung time kerja aje.
kat luar tudung ilang.

takpela.
at least die tau jaga diri bila bekerja.
kita doakan mereka terbuka hati 'jaga penampilan' di luar pulak.

tap I pulak yang kena tegor..
bila keluar kemain je nak melawa.
bila pegi kerja macam nak pergi pasar beli Ikan.

pakai tudung sarung dengan baju kurung tak sampai 20 pasang tu rotate saban minggu.
hahahahahaha

mahap la ye..
I memang tak banyak koleksi baju kurung..
dan I tak kesah pon minggu lepas dah pakai minggu ni pakai balik.
tudung lagi la rotate tak hengat.

baju kurung biru ada 2 helai. tudung ada 1 aje. so lets pakai aje.
orang akan tengok I pakai isnin tudung tu. jumaat tudung tu lagi.
hahahaha

nak keluar detim or jalan2 baru rajin gosok shawl or tukar fesyen sket.
haaaaaa

pegi keje up to date sangat pon buat ape?
kerja dok terperap dalam bilik ni menghadap paper dari pagi sampai petang.
peluh setitik pon tak keluar.

boleh kira berapa kali I berurusan dengan orang dalam sehari.
selebihnya komputer je yang I hadap.

tak payah la nak peningkan kepala baju ape nak pakai.. cantik ke tidak? seksi ke tidak??
bile last aku pakai baju ni?? aritu sape yang dah nampak aku pakai baju ni?
ohhhh sakit kepala I.

tapi skang tengah nak tambah koleksi dress or jubah.
da kawen ni banyak pulak kenduri kena Attend
mestila nak cari yang simple tapi kemas dan kena dengan majlis.
jaga air muka incik Ajim la jugakk

eh uolls nak cari baju kurung moden cantik2 tak??
tengok kat FB. search nama Putera Paan.
dia ade jual dress cantik2 tau...

harga ok dan barang pon berkualiti.
sesuai pakai pergi dinner or kenduri.
yang penting tak mencolok mata yepppp =)

12 November 2013

Wedding photographer

alamak.. ramai yang emel tanye gambar kawen la.
I tak banyak gambar. sebab tak pegang henpon.
bagi adik I camera gak. tapi die tak dan snap. iyelaaa bizi nak snap sambil jaga Nuqmans. huuuu memang la kelam kabut.
nasib baik ade amek pakej fotographer.
tapi gambar tak siap lagi.
mehla I share hasil tag di Facebook kawan-kawan dulu.


 



gambar kawen baru dapat beberapa keping aje.
tabah menunggu.
hasil keje memang I sangat puas hati.

majlis cuma 1 hari aje so I dapat jimat sket.
pagi nikah. tengahari majlis. petang outdoor.

so dapat amek pakej yang 1 full day reception. sangat murah tak sampai pon 1k.
alhamdulillah... semoga Allah murahkan rezeki anak2 muda ni ye.














cantik kan diorang buat??
harga pon sangat berpatutan.

sape nak amek pakej ngan diorang boleh folo fb diorang >>>  khatarastudio


Lambakan


baru masuk keje
opismate senyum2 wishing tahniah.
thanks alls

sampai kat meja ade 10 paper kena handle.
tiba-tiba pulak semua urgent.
baru nak start menggelabah
roomate cakap..

mie.. arini anta fail meja tau!
hohhh???

nangisss.....



05 November 2013

Alhamdulillah...

Tanggal 2 november 2013 jam 11.00am selamat sudah kami di ijabkabulkan sebagai suami isteri.


Syukur pada Allah sebab permudahkan segala urusan kami. 
Pejam celik pejam celik.. esok da genap seminggu I kawen. 
Cepatnya masa berlalu.

Kepada yang mendoakan kami.. terima kasih banyak2.
Smoga segala yang terbaik buat kami sekeluarga.
Nuqmans nampak hepi sebab adanya 'kawan' lelaki dalam umah. Selama ni dok kena bebel aje ngn ibu. Skang da ade geng lepak2 bertiga tgk tv.
Ibu sebok basuh kain jeling je dari jauh diorg gelak2.
Citttt tak aciiiii...


Arini I tengah cuti lagi. Tapi incik ajim da koje.
Slamat bekerja ye sayammm... 

Patutnye arini I pegi Klang ngan Shah Alam.. skali turun bawah kete xleh start plak. Incik pomen da slamat sampai wokshop. Maka berkurung dalam umah jela.
Arini betul2 jadi surirumah nampaknyeeeee..

Gamba kawen yang lain update kemudian. Sebab photographer kata sebulan. So bertabah jela menunggu. Heheheeh

Gambar yg second tu hasil keje diorg gak. santek kann??? Suke3...
Nanti I suggest diorg punye service.

Ape2 hal pon kena tunggu hasil keje siap dulu baru leh review biz diorang.

Nanti review skali barang2 tempahan masa kawen. Hehehehww....


Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™