31 October 2013

Cutiiiii


arini last keje.
esok da start cuti.
yeayyyy

maka bizi la nak settle sume fail.
diumumkann...
I cuti seminggu yep.. 
hihihhh

nanti kalo free I share sikit2 aktiviti cuti.
semoga semuanya baik2 aje.

mehla Doakan I sekali..

semoga semuanya berjalan lancar..
semoga Allah permudahkan segala urusan.
semoga Allah panjangkan jodoh kami sampai syurga.
semoga Allah tambah Nuqmans untuk keluarga kami.
amin...

*tambah nuqmans???

krik..krik..krikkkk

30 October 2013

Terasa

da nak kawen ni I pegi menjemput kawan2 rapat ngan kawan2 opis aje.
memang takde rasa nak buat besar-besaran pon.
niat dihati cukupla kawan2 rapat ngan masyarakat sekeliling tahu. InshaAllah tak mau la terjadi fitnah.

even majlis ni gabung lelaki dengan perempuan pon.
jemputan dari pihak I hanyalah saudara-mara dan kawan2 rapat aje.
selebihnya I bagi pihak lelaki.
kad jemputan pon Mak I amek dalam 20 keping aje.
untuk yang rapat dan adik beradik semata.
kawan2 I pon bertapis dan jemputan dalam FB tak ramai mane pon.

maaf ye bukan bajet artis.. tapi I memang niatkan majlis ni lebih untuk pihak lelaki.
sebab ini yang pertama buat beliau.
dalam bilangan yang sedikit tu pon muka I agak tebal mengedar kad.
rata2nya ayat mengusik. tanya lepas ni duduk mana. anak lepas ni dengan sape? laki keje ape?

dalam pada tu ada gak yang I memang terasa hati.
soalan favourite mereka masa mula2 dapat kad adalah

*dah berapa lama ko cerai ek?
-dah 3 tahun
**oooo baru lagi la kan?
-aah.. baru 3 tahun. aku patut tunggu dalam 10 tahun la kan??
**hehehe sengih kambing  takpe2... dah jodoh

hahhh tau plak cakap dah jodoh.
pahtu sape yang bagi soalan tak cerdik tu?
ni satu lagi soalan..

*die bujang ke duda ke laki orang??
- bujang
**wahh.. terror la ko..
-ape yang terrornye?
***terror la tu dapat bujang..
-nape? ko berminat nak aku jadi madu ko ke??

syukur sangat2 pada Allah.. Dia takdirkan I bertemu jodoh tanpa mengambil atau mengganggu hak orang lain. tapi soalan macam I ni pi menggatal lebih2 dan hebat sangat dapat orang bujang.
apekah??

I tak pernah impikan berkahwin untuk bercerai tau.
dah jodoh tak panjang. I redha.
dan Alhamdulillah Allah bagi I buka lembaran baru SECEPAT ini.
trauma tu ada. bukan takde.

makin dekat harinya makin diasak persoalan dan debaran
betul ke percaturan yang I buat ni?
bahagia tak I lepas ni?
bila I buat keputusan terima beliau. bererti I buat percaturan baru.

keputusan tu diiringi pertimbangan dari parents, family dan of course Nuqmans.
I besarkan mereka tanpa Ayah.
dengan kudrat sendiri. 
segalanya I tanggung sorang.
3 tahun bukan masa yang singkat untuk galas tanggungjawab besarkan 2 orang anak dengan nafkah zahir dan batin.
3 tahun bukan tempoh yang singkat untuk jawab persoalan mereka apa itu Ayah?

I terima beliau juga demi Nuqmans merasa kasih sayang ayah.
of course la I akan pastikan beliau terima Nuqmans dan Nuqmans boleh rapat dengan beliau.

perkahwinan bukanlah nafsu semata.
bila dah berkahwin tanggungjawab I kembali bertambah.
kena kembali patuh kepada Suami. kena kembali terikat.
dah 3 tahun I bebas. keputusan di tangan sendiri.
pergi ke mane aje. beli ape aje. buat ape aje.
semua I buat sesuka hati.
tapi lepas ni dah terikat.
kena buat tanggungjawab jadi bini.
kena asah balik skill memasak.
dulu boleh beli2 aje sebab makan 3 beranak nasi goreng sebungkus pon cukup.
lepas ni kena masak
T___T

so same aje kan kawen ngan bujang or duda or laki orang.
tapi lagi sakit kawen ngan laki orang kott..

I tak melatah.
tapi memang sedih.
masyarakat kite tak tau la mentaliti kelas ke berapa?
yang bertanya bukannye orang tak belajar.
masing2 kerja hebat.
tapi soalan die macam nenek2 yang terperuk dok kampung tu.
nenek pon tau ajal maut jodoh pertemuan tu Allah yang tentukan.

please la..
single parents bukan 1 word tau
bukan jugak 1 job
tapi tanggungjawab yang bukan kena pikul kat bahu aje,
tapi kena dukung dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa raga, sepenuh hidup.
uolls mampu tak??

kalau tak boleh nak buat orang senang hati orang pon..
jangan la sakitkan hati orang.

doa yang baik2 sudah.
semoga keturunan U takde yang senasib dengan I.
yang nanti tetiba kena menghadap soalan tak cerdik macam ni.

ada erti??
  

24 October 2013

Api Bestday

Macam yang di planning aritu lepas balik keje malam tu nak blanje Nuqmans makan kek.
so lets kite siap
masa nak keluar tu Ajim called kata on the way balik keje.
pahtu I cakap nak g bawak Afiq makan kek die nak join gak.
okes lepak lobby tunggu Uncle kejap.
jimat minyak kereta ibu. hahah
nak snap bertiga si Adeeb dok berlari2 kat Lobby tu main kereta toy car die.
so kite posing 2 orang ajela.



yeayyy.. udah sampeiii
2 slices je cukup la..
kek SR sangat beso. mau seminggu nak perabeh tu...
ade lilin lagi. lepas tu diorang bagi lighter..
start haruuu dahh
luas jugak mulut Afiq neh. hahaha
melalak sebab nak main api.
1 store tu suara die sorang aje.
alahaiii

majokk

hahh.. posing pon nanges lagikk

epi besday sayang ibu..
semoga jadi Anak yang baik dan soleh..
segala yang terbaik ibu doakan untuk Afiq.
amin..

ni Jumaat lepas.
cadar beli through catalog.
nasib baik ade spiderman.
haaaa seronok la si Adeeb. 
dapat2 nak suruh terus pasang. eihhh basuh dulu ye lalinkk
nasib baik cepat kering.
basuh malam tu.. sok tengahari dah kering.
disebabkan malam minggu lets ajar diorang tido bilik sendiri.

ok dah suka langsir tu sebab bila malam bilik tak suram sangat.
then siang pulak bilik jadi biru cair. 
kalau direct matahari kan sakit mata.
langsir ni buat kita tak silau sangat dan bilik tetap terang. huuu best!

Afiq ok aje..
sebab die tido pukul 8.30pm.. I perlu baring2 sebelah die sampai die lelap.
lepas dah lelap boleh tinggal dah. esok pagi2 lepas subuh kena cepat2 datang tido sebelah die. hahaha

Adeeb pulak senang aje.
pukul 10 suruh masuh tido.
sure la die esaited. Laju aje masuk tido.

tapi pukul 2-3am macam tu die terjaga masuk bilik I ajak tido sama.
katanya taknak tido sorang2.
then I cakap, mane ada sorang2. kan Afiq ada tu.
Adeeb takmo. nak tido dengan I kat bilik I.
I oh balik bilik. nanti Afiq nanges tido sorang2. kesian Afiq.
lepas tu die balik bilik.
dalam 4.30 am tu die datang lagi kencing kat bilik air I.
padahal sebelah bilik die tu bilik air I dah siap bukakan lampu.

tapi die datang jugak bilik I yang gelap gelita tu.
I pasang telinga aje tapi buat2 tido.
lepas kencing die datang lagi sekali ajak I pegi bilik die.
I cakap Ibu tido sini dulu.. Adeeb tido dengan Afiq. sebab tu bilik Adeeb.
nanti pagi2 Ibu datang tido dengan Adeeb kejap.
ok.. die balik bilik teros tido.

esok malam nye same things happened.
pujuk jugak lagi.

siang tu I explain kat die.
Adeeb kan lelaki.
dah besar. kena tido sendiri.
cuba tengok Afiq kan tak nangis. malu ka Afiq boleh tido kat bilik sendiri. 
takde pon ajak ibu. *padahal kalo bangun pagi ibu takde die jerit2 sampai ibu datang
ibu dah beli katil Adeeb dengan cadar Spiderman.
Adeeb kan anak ibu yang hebat dan berani. kena la tidur sendiri.
dia kata okla Adeeb tido sendiri la.
Alhamdulillah.. lepas tu die tak datang bilik I dah.
Now dah 5 hari Nuqmans tido bilik sendiri.

Pagi tadi konon nak test tak pergi bilik Nuqmans lepas subuh.
tetibe dengar Afiq menjerit2.
pahtu dengar die keluar bilik. hahaha
saje I tak bangun tunggu dalam bilik.
tengok2 tejengul die kat pintu dengan muka sedih
pintu bilik memang I tak tutup. just rapatkan aje. senang diorang nak masuk.
so ajak die baring sebelah I.

terus naik katil baring n rangkul leher I.
alahaii manje ibu ni.
tak pass ujia lagi neh.
hahahah 

peluk2 dengan Afiq kejap layan sedih die. 
geletek2 gurau2 sket.
tengok die dah boleh gelak ok jom kite siap pegi keje.

21 October 2013

Solat Jamak

seriously I still jahil bab agama.
note ni dapat di Fb.
bila check ade betulnye.
so I share kat sini.
sebab selama ni berkejar untuk melaksanakan solat di akhir waktu terutama masa tengah terlalu sibuk rushing ke sana sini selalunya akan berkesudahan dengan solat yang kurang sempurna. silap2 tak khusyuk.
contohnya terperangkap dalam jammed or perjalanan jauh tapi takde tempat bersesuai untuk berenti. or kereta rosak dsbnya

I tau pasal Jamak Ta'dim dan Jamak Ta'hir tu.
tapi memang tak arif langsung pasal perbezaan Jamak dan Jamak Qasar.
dan memang tak tau pasal boleh Jamak biarpon tak bermusafir.

so I share sini kot2 ade jugak yang tak tau macam I ni.
meh kita sama2 tambah Ilmu.

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.

Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.

Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.

Lihat situasi berikut:

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.

Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

1) Solat Qasar

Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.

(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]

Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.

Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.

Syarat qasar :

1) Jarak perjalanan > 89 km

2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)

3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.

Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

2) Solat jamak

Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.

Perkara yang membolehkan jamak:

Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.

2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

Syarat jamak Taqdim :

1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat jamak Ta’khir :

1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.

Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?

Sangat berbeza kerana,

1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.

2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.

3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.

Lihat situasi berikut :

Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:

"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].

Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.

Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.

“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.

Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.

Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

_________________________________________________________________________________

Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Allah Lebih Mengetahui.

ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433


18 October 2013

Muhammad Afiq Nuqman


hheeeeeeee
teruja...
Alhamdulillah.. Muhammad Afiq Nuqman genap 3 tahun arini.
cepatnye masa berlalu..

budak debab yang terkedek2 berjalan tu dah beso rupenye..
lahirnye Afiq ditengah I dilanda dugaan yang agak hebat jugak.

dugaan berumahtangga
dugaan sebagai Ibu tunggal
Dugaan dengan Afiq menghidap Eczema
Dugaan masalah kewangan
Dugaan die lambat dalam perkembangan normal seorang baby.
Dugaan sampai skang die tak bercakap2 lagi.

Alhamdulillah 
Semua I tempuh dengan Nuqmans sebagai sumber kekuatan

Allah tidak memberi ujian kepada hambanya melainkan dia mampu menanggungnya.
ye.. hidup I dulu penuh adegan airmata.
penuh kelam kabut, caca merba
penuh pilu sampai trauma menghadap orang

Nuqmans sebagai power bank untuk I.
bile sakit, bile lemah, bila takde upaya, bila takde kudrat, bile luka, bila jatuh
diorang la segalanya..

Adeeb Allah berikan sempurna sekali ciptaanNya.
cepat berjalan bercakap dan sihat walafiat. sangat pintar, cepat belajar dan tajam ingatannya. 


Afiq pula Allah pinjamkan sakit kulit dan lambat perkembangan. tetapi tetap sempurna sifatnya, sangat comel manja dan cerdik.

Redha terima amanah Dia. usaha aje selagi terdaya.
selagi boleh I cuba membesarkan Nuqmans sebagai Insan sempurna.

syukur Alhamdulillah..
Afiq dah boleh berjalan masa umur 2tahun 2 bulan aritu.
Afiq dah sembuh dari Eczema masa umur 2 tahun setengah aritu
Alhamdulillah.. Afiq mula bertutur 3 patah perkataan..

aiiee *air
ammakkkk *mak (tapi die tak merujuk pada I)
awah *Allah

then Afiq suka bergumam bila azan.
hehehe comeyy aje.

Ikut pemeriksaan doktor. Afiq sebenarnye normal. die sehat walafiat melainkan masalah ruam keterlaluan (eczema)aje. then die agak slow dari segi perkembangan aje. tumbesaran normal.

membesar depan mata I tengok Afiq bukanla kategori lembap.
tapi die malas.
sebab bila cakap ape2 sume die paham.
letak botol kat sinki
baju letak dalam bakul
or die nak ape2 datang kat I, tepuk peha 2-3 kali then tunjuk ape nak.
tapi bila suruh cakap die takmo. die buat tak dengar aje.
suruh carik selipar tau aje dekat mane nak ambik..
suruh mandi cepat2 nak bukak baju
bila orang cakap dia paham aje tapi suke buat muka blur
hahahahaha

cekgu taska die cerita..
Afiq even tak bercakap pon suke buat lawak.
baby2 kat situ sume suke die..
setiap kali depan baby die buat2 jatuh barang then buat2 muka terkejut.
so baby2 ni gelak mengekek beramai2..
pahtu suke main cak2 dengan baby kat situ.
kire Afiq ni abang peberet diorang la.
hahahahah


padahal kat rumah kemain ko ciwek ye..
tak dapat sket nanges.
tak layan sket merajuk.
ngan Abang Adeeb sket punye garang..
tau nak pukul aje..
drama king betol

hahaha
malam ni nak beli kek 1 slice dah la...
isnin nanti beli kek anta kat taska die.


Selamat ulangtahun ke 3 sayang..
semoga Allah berikan segala yang terbaik buat Afiq.
semoga sepanjang hayat Afiq sentiasa berpegang pada ajaran Islam
semoga Afiq hidup dan mati dalam beriman kepada Allah
semoga Afiq jadi hamba Allah yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan Negara
biar ape pun dugaan buat kita..
ibu nak Afiq tau..
setiap apa yang ibu sediakan.. yang ibu usahakan.. yang ibu dapatkan
semuanya LillahiTaala..

ibu halalkan dunia dan akhirat.
inshaAllah..






17 October 2013

Blood Donation


Masa anak dara berat I dalam 45-46..
setiap kali ujian saringan untuk derma darah tak pernahnye lepas.
dekat 5 kali kalo tak silap.

hemoglobin rendah.
baru baik demam. low BP
baru abes period.
berat tak cukup
kurang zat besi.

alahaii..
bukan senang nak menderma ni tau.
so setiap kali ade kempen lepas tu I memang tak pegi dah.
malas nak menunggu giliran skali result tak ok.


tapi semalam opismate I ade buat tugasan kena buat kempen derma darah kat opis.
so atas sokongan kat die pepagi I dah pegi.
program start pukul 9.
so pukul 9 tu dah turun bagi nama.
selambe trun berlenggang. tau2 kena bawak IC pulak.


lepas naik atas amek IC
die check darah.
Alhamdulillah kali ni lulus. hahahaha
kena jadi orang gemok dulu baru lepas derma darah ye???
skang berat I 55kg.. kalo tak lepas memang terjun bangunan jela. hahah


Darah I jenis O+
hehehe.. tau lame dah =p

sekali da tengah tunggu checkup dengan Doktor I cuak pulak.
berdebar tak tau nak cakap.
hahahah
penakut dah sampai.

ni tempat check darah saringan pertama yang akan tentukan darah kite ok ke tak untuk derma ari ni.

kalau dah ok boleh proceed jumpe doktor kat sebalik tirai ni.
bile I pergi die tanya I da makan belum?
I cakap makan kekacang ngan minum air masak aje.

so die suruh I pergi minum dulu
*kat sini ada sediakan minum pagi sepae yang belum sarapan tu*
ade teh ngan kopi.
I tak minum. so demand dengan Deepan dapat milo sekotak. hahaha


lepas minum boleh terus datang sini derma darah

huuu tengok darah die 1 beg dah.
alamakkkkkk

I bukan cuak tengok darah.
I cuak bile fikir I bakal dicucuk dengan jarum.
uuwaaaaaa
takut wehhh
tapi lepas die cucuk tu dah ok dahhh
siap posing lagi. miahahah

sekjap je darah I dah penuh.
cucuk pukul 9.58 pukul 10.05 dah cabut beg tu.
terror tak I siap set masa lagi??
hahaha sebenarnye I baring tu menghadap jam dinding yang besar gedabak.so hadap jela jam tu. 

 habis derma darah dapat makanan dan air lagi.
yeay.. akhirnya.. umur dah 30 baru berjaya menderma darah.
dapat sekeping sijil penghargaan =)

eh..
ade wishes dari Deepan ngan GF die la. hehehe

u're almost welcome Deepan & Sherina.
may you both successful in their respective careers =)

thanks jugak sebab kalau tak sampai ke hari ni takde pengalaman buat kebajikan macam ni. heheheehehe


14 October 2013

Kasut Pengantin

Lepas frust tak dapat cari kasut kat Alamanda aritu
 balik keje lepas uruskan makan minum Nuqmans sume tros duduk mengadap PC kat rumah searching via online aje.
gigih bertanya dengan incik Gugel cari kasut kawen sume mahal2.
then try plak search profile kat Fb.
then Gugel lagi sekali.
tetibe terlekat 1 profile Fb Kasut Pengantin.
oohoooooiiii
menepati citarasa betul la. hahaha
banyak lagi yang menepati citarasa sebenarnye. tapi mencari biar yang menepati budget ye.
tak mau la berhabis duit untuk sekali tu pahtu tak pakai dah.
so mencari kasut mampu milik yang simple2.
tros meset tuan punya page bagitau saya mencari kasut nak sesuaikan dengan baju I.
tarikh sekian haribulan nak pakai.
bagitau siap2 bajet berapa biar die suggest ikut price.
sebab I memang tak pakai kasut tumit dan nak pakai sekali aje masa kawen.
so I letak budget RM100 aje.
die bagi murah daripada tu dan price siap pos.
Alhamdulillah..
tak payah dak nak meronda kat Alamanda tercari2 kasut kawen tapi yang dapat kasut keje aje. hahaha
ni antara design yang I suka. 
sume simple2.
ade yang lagi santek dan sarat.
tapi i tak minat sarat2 neh


boleh pilih design dan bagitau die kite nak design yang ni, kaler ni..
InshaAllah ada.
yang bestnye akak tu jahit sendiri segala manik2 or kain tu tau.
handmade.
sangat murah untuk kasut yang jahit by hand okehh
sape2 yang cari kasut kawen sila cari beliau ye.
nanti da dapat kasut I apdet post ni kat bawah k. =)
******
update

kasut I dah selamat dipakai masa wedding. 
sangat best sebab I request kasut simple.
nak gabungan dark purple dengan Soft purple.
huhuhuh seriously kena dengan baju.

lupe nak snap pic kasut sahaja.
nanti I share lagi yep..

Bilik Bujang Nuqmans

Salam AidilAdha buat semua..
arini keje macam biasa.
kat sini tak beraya sangat.
so i keje jugak.
arini keje bawak bodyguard.
si Adeeb Nuqman.
petang nanti boleh balik sepang.
sok pagi lepas solat hari raya dah tros lepak2 kat rumah tak buat ape2.
rasanye besok pegi Nilai 3 tukar cadar semalam.
haaa semalam pegi Nilai 3 dah..
ada kedai wat lelong barang.
beli bantal sebijik Rm10. amek 6 bijik Rm50.
hahhh tros saiko lupe diri borong 6 biji bantal skali.
then beli bantal pelok panjang tu.
sebijik Rm15 aje. bantai amek 2.
pahtu tetiba announcement ada lelong set toto. price asal Rm79.90 untuk 1 menet jadi Rm20 sahaja.
gile ramai orang salam 1 menet tu berebut amek set cadar siap toto tu.
hahahaha takdela kualiti sangat2. at least ade basahan kalo tetibe orang datang umah takla malu rumah ada cadar buruk2 aje.
lepas tu beli 2 set cadar untuk nuqmans. Amek yang gambar Batman sebab tengok gambar design macam smart. nak bukak diorang tak  bagi plak.
lepas bayar2 sume pegi beli langsir pulak.
lepas tu tengok kereta dah full. hahaha
pitamm mane nak selit Nuqmans neh..
satu keje menyusun barang plak dulu. hahaha
balik cepat2 tros ke dengkil pergi kedai perabot nak beli set bilik Nuqmans.
hoii mahalnye katil kayu skang..
4 kedai perabot I masuk. last2 sangkut kat kedai pakistan nih...
raya setahun yang lepas i ade datang beli kabinet dapur sekali dengan rak pinggan kat die.
die cam i lagi tau..
huuu sebab dah nak maghrib i datang. pahtu nak amek 2 biji katil skali ngan 1 almari die bagi murah2 sket.
kat kedai lain katil single solid wood paling murah Rm250. mintak kurang sebab nak amek 2 dapat Rm230.
transpot kena caj plak tu.
padahal tak sampai 10km nak menganto.
tapi dengan die dapat katil RM180.
then almari tu die letak price situ RM450. mula2 bagi i RM400.
hoihh takmo.. nak murah lagikk...
last2 tawar punye tawar then I plak nak bagi cash tros dapat RM290.
alalalalalalalalaaaaaaa
total 2 katil 1 almari RM650 aje.
solid wood.
haaaa pueh atiii
balik rumah berkobar2 mengemas sementara tunggu katil sampai pukul 8pm tu.
Adeeb da seronok tau ade katil sendiri dahh..
Afiq cemtu la jugak.. ade katil ke takde ke nak tido bawah ketiak jugakkk. hahaha
pukul 8 katil sampai.
pasang2 siap sume..
weeeeeee



Nuqmans da bujang skang..
da ade bilik sendiri..

korang jangan dok kompromi berdua aje ye.
ape2 hal mesti bagitau Ibu..
kan Anak kesayangan ibu..
ape2 hal mesti kaw team sama2 haaaa!!!
lepas tu start pasang langsir bagai.
masa beli pandang cantik dan ok aje.
skali rupenye langsir jarang.
alahaiiii sadis je tengok 

tapi takpela..
bilik budak bujang tak bleh gelap2. nanti tak bernapas ibu nengok. haaaa

cadar plak nauzubillah.. sakitnye ati i tengok. 
1 set cadar tu rm35 tau,
skali sedihnye dapat macam set rm15.
adoooiii marah betul I.
patutla diorang tak bagi bukak tadi.

sok nak tuka!!!!
tido dalam bengang I malam tadi.


10 October 2013

Kasut dan Kambing


lunch hour pegi Alamanda..
konon2 nak carik kasut pakai masa kawen nanti..

abes sume kedai kasut I masuk.
takde yang menepati kuota.
dasar buta fesyen.
kasut keje ngan kasut kawen pon takbleh nak beza.

beriya snap pic share kat group wasap hkcc tanya
 ni ok tak?
cantik tak??
niii??
yang ni??
ni pulakkk??

last2 kak jijin geram sebab sume design yang I pilih tu sume kasut keje bukan kasut kawen. 
Ilang sabo die degan i.
HahahHaHahaha

dalam tengah mencari2 kat situ..
I masuk vinci..
iskk ade 1 @ design yang rasenye sesuai.
snap gambo share kat group tanye.. ni ok tak?
pahtu snap lagi sekeping design lain.
tetibe promoter tu datang sound I.

kak.. kat sini tak bleh amek gambar tau.
haaa apesal?? saye bukan nak curik design kasut U. saya tengah carik kasut kawen. ni tanya kawan2.
yela.. tapi polisi kat sini memang takbleh amek gamba.
ooo bajet esklusif sangat la design kamu ye?? saye snap kat sembonia.. kat premavera tadi rileks je diorang. okla takpe. skang saya ada alasan kenapa tak perlu beli kasut vinci.

huuuuu seteresssss... tros kua dari store die.
takpela.. jenama lain lagi banyak dan santek.

dalam tengah marah tu menapak sambil chat ngadu I dah kena sound amek gambar tadi. bantai budak2 tu gelak sakan hahaha.
tros tetibe terberhenti depan kenny rogers.
aisehhh lama sungguh tak berkunjung ke sini.
selak2 menu skali jumpe pak kambeng la plak.
haa laju-laju masuk order dan makan.


hooiiiiii gile lembut daging die.
mabelessss...
Rm23.90 sepinggan.
dahla isi die tebal dan banyak...
attached skali 2 side dishes skali potato dengan 1 muffin.

I makan nasi ngan Kambing aje.. potato ngan muffin tu I tapau untuk Nuqmans.

kasut tak dapat..
keni rojes lak dapat. hahahaha

lenkali nak ajak ajim bawak nuqmans datang sini la..
favorite food I dah ade kat sini.
lalalalala

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™