31 July 2012

canvas picture


Weeeeee
Canvas pic I Da  siap. Sonot sgt. Tinggal nak gantung kat wall aje.

Buleh lak setahun lebih dok umah tu sebatang paku pon tak berpaku kat dinding lagi. Hahaha..
Salah satu faktornye adelah kena drill kat dinding. I tak reti nk drill . Kat cni ade service drill hole. Tapi bley tahan harganye. 10 hole aje da rm30. aisehh...

I kumpul sume job dulu la. Pahtu panggil die skali datang wat keje.

Or ade sape2 volunteer nak tolong tak? I blanje makan buke puase udah ler. Hehehh..

Kredit kat incik dreba bawak sampai ke damansara. Kot i pegi sniri mau sesat barat kat damansara tu.
Eh tu pon kalo sampai damansara.
Kalo tidak??
ngeh3
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sifat Melalui Hari Kelahiran

HARI ISNIN : Seorang yang rupawan

Kamu lahir pada hari Isnin? Ciri-ciri mereka yang yang lahir hari Isnin adalah berwajah ceria. Tingkah lakunya, mereka ini seorang yang periang, memiliki rasa humor yang tinggi, suka menyanyi atau berbuat sesuatu yang sedap mata melihat (juga menyenangkan orang lain). Maka orang akan lebih gemar melebelkannya sebagai si ceria.

Ada juga yang menyebutnya sebagai si rupawan, kerana memang memiliki daya penarik yang kuat bila berada di antara kerumunan orang. Wajahnya akan tampak “bercahaya” dalam erti kata lain menonjol, ciri khasnya: Murah senyum, maka wajah sedap mata memandang, meskipun pada saat itu hatinya sedang gundah gelana. Inilah kelebihannya, kerana dia begitu rapi menyimpan segala sesuatu yang ada dalam hatinya. Maka amat layak sebagai simbol ”hari pertama” dalam memasuki harapan baru setelah melalui sekian waktu untuk sekian berikutnya.

HARI SELASA : Seorang yang berkarisma

Mereka yang lahir pada hari Selasa, ciri-ciri khasnya: memiliki karisma, ini yang membuat mereka disegani dan diakui sikap beradapnya. Pada umumnya anak Selasa memang mempunyai bakat sebagai pemimpin, modalnya mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri sangat tinggi, Jika seorang jejaka pada umumnya memiliki penampilan yang tegap. Jika seorang perempuan memancarkan keanggunan yang memiliki daya tarikan tersendiri.

Ada juga yang berbakat tampil sebagai orang panggung misalnya sebagai artis, penampilannya penuh daya memikat, maka tidak heran mereka yang lahir hari Selasa cenderung memilih kerjaya dalam bidang seni (orang panggung). Bila menjadi orang politik mereka berbakat sebagai pemimpin, sebagai ahli perniagaan, mereka cenderung memilih bidang public relations atau promotor. Penampilannya memang berkesan.

HARI RABU : Seorang yang dermawan

Mereka yang lahir pada hari Rabu terkenal sebagai si dermawan, penuh kasih sayang, sumber kasih sayang (cinta) dan punya rasa keprimanusiaan. Kerana itu mereka mudah belas kasihan (kadang berlebihan) ini membuat mereka sentimental, bahkan kadang-kadang kurang tepat tindakannya.

Memberi dan memberi merupakan kebiasaannya, jiwanya memang dipenuhi minat untuk memberi kepada orang lain sesuatu, apa saja yang mereka miliki kerana kebiasaannya memberi membuat banyak orang yang bergantung kepadanya, nampak negatif kerana membuat yang menerima tidak berdikari, bahkan kekadang menjadi pemalas. Kerana hatinya didera penderitaan orang lain. Si anak Rabu memang memiliki rasa empati yang dalam. untuk itu mereka digelar sebagai anak yang penuh kasih sayang.

HARI KHAMIS : Seorang yang kuat bekerja

Kamukah yang termasuk dalam kelompok mereka yang lahir pada hari Khamis? ciri khasnya adalah suka bekerja, baginya bekerja seperti bernafas, maka untuk hidup mereka perlu bekerja dan bekerja. Ertinya ada saja kegiatannya, sehingga seperti tidak bisa duduk diam. Bahkan mereka yang dilahirkan hari Khamis ada sedikit yang hiperaktif.

Walaupun asyik bekerja, si anak Khamis dapat dipastikan hasilnya memuaskan, kerana mereka bekerja dengan penghayatan dan ketulusan. Oleh sebab itu, mereka menikmati hasil usaha sebagai karya seni (sangat menghargai). Ini yang membuatnya mereka selalu membuat semaksima mungkin. Bila mengalami jalan buntu, mereka akan mengatasinya dengan mengerahkan segenap kemampuan dan kreativitinya. Kalau masih buntu mereka akan mencari dalam buku, tanya kepada pakar atau mereka tidak segan mengambil pelajaran tambahan. Faktor ini yang membuat si anak Khamis suka belajar dan belajar untuk mengembangkan karyanya.

HARI JUMAAT : Seorang yang pemurung

Mereka yang lahir pada hari Jumaat disebut sebagai si pemurung, kerana mudah sedih. Ada persoalan sedikit saja dimasukkan dalam hati, yang membuatnya tersiksa kalau ada masalah dipikirkannya dalam-dalam, bahkan sampai mengalirkan air mata. Oleh kerana itu, mereka yang lahir pada hari Jumaat digelar sebagai si pemurung atau mudah sedih.

Kerana terlalu sedih mereka sukar untuk ceria. Ini akan jelas kelihatan pada penampilannya sehari-hari yang dapat kita lihat. Murung dan murung, kekadang ada perkara berkenaan tidak perlu dipikirkan dengan serius, justeru mereka mempersoalkannya. Jadi hidupnya dibelenggu dengan masalah yang remeh.

HARI SABTU : Seorang yang suka melancong

Mereka yang lahir pada hari Sabtu selalu hidup dalam gelak dan keriangan, kerana itu mereka digelar sebagai orang yang suka melancong. Bagi yang melancongnya keterlaluan, jadilah si petualang. Ada saja idenya untuk membolehkannya pergi melancong dan menuntut keberanian.

Si pelancong mempunyai ciri khas: sifat unit tak mudah menyerah kalah, berani bertanya dan jiwanya selalu meronta untuk tahu banyak tentang berbagai hal, khususnya hal-hal baru mengenai gaya hidup. Modalnya mudah bergaul, sporting dan mudah menerima orang siapa sahaja, hanya tersenyum bila mengalami kegagalan.

HARI MINGGU : Seorang yang optimis

Mereka yang lahir hari minggu ciri-cirinya: periang, optimis, selalu merasa tenang kerana ciri-cirinya yang positif itu konon membuat mereka yang lahir pada hari minggu jarang diserang stress, mereka sentiasa nampak tenang dan ceria sekalipun mengalami kegagalan.

Mereka yang lahir pada hari minggu pada umumnya suka menikmati hidup dalam dengan mengisi hari-harinya dengan langkah mantap dan penuh harapan. Bila ada masalah yang menimpa hanya dianggap sebagai buih-buih kecil yang aku berlalu dengan sendiri. Oleh kerana itu, mereka bergelak ketawa setiap saat. Mereka ini digelar sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang selalu ceria.

p/s:
I lahir hari selasa..
tapi macam xde kene mengena aje.
kecuali memiliki keanggunan yang tersendiri.
miahahaha *mengilai tahap kuntilanak*

Afiq lahir hari Isnin
Adeeb plak ari Rabu

uolls ari ape?

Sumber


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Do Call Me!


Territory Area 

Putrajaya
Kajang / Bangi / Sepang
Puchong / Shah Alam
Lembah Klang
Nilai / Seremban / Melaka

Feel free to contact me 

by phone: 
016-6603741
(sms @ whats app @ viber @ wechat @ line )

or  BBM pin: 766CDB67

or email: nuqmans@gmail.com
nuqmans@yahoo.com.my






semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Premium Beautiful



salam uolls..
arini I nak share produk best yang I sendiri dah cuba.
hehehh..

rasenye nama Premium Beautiful ni dah tak payah sebut sambil moncong2 dah. sebab sume orang da knal.
memang terkenal di kalangan wanita la.
korset ni sangat best.
I pakai 3 ari da ade shape ko.. hahah..
pempaham jela kalo orang tak jaga pantang lepas beranak 2 ni kan.. =)



Disebabkan dah rase 'barang baekk' neh tros jatuh centa la
Skang da masuk ahli sebab banyak benefit leh dapat skali ngan jana pendapatan.
Alhamdulillah.. tak menghampakan lagi stakat ni.

Korset ni ade 3 part..







Utusan Malaysia pon dah keluarkan fakta tau




Haa.. ni mase baru seminggu pakai PB..
ecehh.. tetibe tros ladies kan..
kerana diriku begitu berharga. 
tak gitewww??


skang I adelah agent untuk PB ni.
sape2 nak dapatkan Info free bleh je contact I.
jangan memalu..
leh call 016-6603741 
do PM me.. =)

*review lagi tentang Premium Beautiful di Premium Beautiful Info


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

30 July 2012

Mae Nak 2012

Nengok cite hantu di Bulan Pose tak takoot??
kalo dah dasar pengecut tu.. pengecut jugak la.
tetap nengok cite tu sambil terlompat2 terkejut dengan selubung jaket sampai paras dahi bile antu keluar.
hua3.. I rela selubung dari malam tdo mimpi die datang ajak raye kat umah..
uwarkkk
 
Hantu Nak  ni famous la amongs rakyat Thailand.
tapi kalo kite famous ngan Pocong ngan antu Kum Kum.. kan..

kisah sorang pompuan bernama Nak yang mati masa bersalin.
 
Suami die tak tau die dah mati sebab ditugaskan pergi PLKN berperang demi negara. So roh Nak ni tunggu aje kepulangan husband die balik dari berperang kat rumah diorang. masa husband die balik die tetap layan macam biasa macam takde ape2 yang jadi.
Roh Nak ni takmo tinggalkan bumi sebab terlalu cintakan laki die. Dan sapa2 yang ganggu die atau halang niat die tu akan terima padah.

Mase tahun 1999 dulu cite antu Nak ni dah kuar dah. 
 
Tajuk die Nang Nak. sebab nengok cite ni la I tak lena tdo 3 malam sebab takut + sedey pasal antu Nak neh. cerite pon gilos seram. jantung I ni berdebar bkn men laju. kalah orang lari Marathon 1km haha..

Tapi tahun ni tajuk die Mae Nak pulak...
http://3.bp.blogspot.com/-lcvcFqam5Jw/T_vqjkdsRpI/AAAAAAAAVl8/Nr7GE4bYDpk/s1600/MAE+NAK.jpg
versi kali ni ade selit banyak adegan lucu plak. cite takde la terlalu seram macam versi lama. cuma tetap seram untuk orang 'berjiwa kental' macam I neh. hahahhh..
tapi time husband die lepaskan die soh tinggalkan bumi tu memang sadis la..
sedey.. sob..sob..
antu seksi.

sape2 yang minat nak tengok cite antu memang tak rugi nengok cerita ni. tapi kot sape2 yang nak sangat citer horor tu.. akan kecewa sket la sebab babak seram tak terlalu padat. tambah plak antu die santek dan seksi kan.. peewitt!! haha.. sape je tak suke nengok pompuan berkemban.. antu pon kene sebat. haha NGENG!

sebab I rase Nang Nak lagi best dari Mae Nak..
filem ni dapat 3.5 star udah leww..
sape minat antu seksi jangan lupe nengok cite ni.
ngaaa...

adegan peberet dalam cite ni adelah bila sorang mamat neh tersalah tuju minyak dagu(pengasih) kat Kerbau sampai kerbau tu ikut die balik. kah3..  lawak tak hengat!!

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

27 July 2012

new born

Alolo somel bby boy neh.

Petang tadi balik keje rushing g spital. Adik angkat I dh bersalin. Die kena induce sebab air ketuban sket sangat. Takut bby lemas.

Alhamdulillah Allah permudahkan die bersalin. Sakit2 dalam pukul 2lbh. Pkl 3 lebih bby dah kua. Ni ikut mommy die cite la. Hehe.  mase kejadian I kat opis.

Nama bby pon xde lagi. Ikut kate hubbynye plak anis maybe kena quarantine lama sket sebab die ada problem pada injap jantungnya. Baby sehat Alhamdulillah..

I doakan mereka baik2 saja.

Tumpang hepi kat family angkat Nuqmans ni sebab this baby adelah cucu sulong. Tak nengok lagi si mama Nuqmans meroyan macam die lak yang beranak. Ahaha...

P/s: nengok bby somel neh wat I Geram nak ade bby lagikk. Hahahh *mau ibu kene plenkit ngn Afiq kang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

26 July 2012

Bonoss ghayo ha...

Alhamdulillah...
Allah bagi rezeki lebih tahun ni kat I ngan Nuqman.
Bleh la bli baju raye Nuqmans ngan service kuda puteh I tu.
Dapat tak banyak. Tapi ok la dari takde. Tengs kat gomen bagi  bonoss kat staf.
Untong2 ujong tawon dpt lg stgh bulan cam tawon lepas kan? hehehh..
Tak expect pon dapat. Tapi nak bagi mestila bulehh yoo... Hua3
sape2 yg dapat bonus gak tu.. Gunekan rezki uolls secara bermanfaat ye. Zakat jangan lupe. Sedekah jugakkk.. Singgit kite bagi dengan ikhlas. Allah bagi 10 kali ganda. InsyaAllah...
So jangan lupe! sayang Allah ketat2. :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

24 July 2012

Personaliti Dari Tarikh Lahir

info ni I baru je bace.
siyes ketinggalan.
haha
meh nak share ngn orang ketinggalan macam I jugak.
kih3

AMARAN : NI BUKAN TILIK NASIB ERK!!

Contoh Pengiraan

Tarikh Lahir :21/12/1984 (bukan tarikh lahir aku..hahaha)

[2 + 1] + [1 + 2] + [1 + 9 + 8 + 4] = 28
[2 + 8] = 10
[1 + 0] = 1 (Jadi nombor lahirnya adalah 1)

Keterangan:

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.



3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Suka Melancong
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
 


I dapat no 7.
Adeeb mo 1
Afiq no 4.

uolls?? =)



dapat info ni dari Sini


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Nak Bagi ke tak?

Arini ari ke 4 Puase.
camne puase uolls..

I ade masalahproblem sket la.
I dah masuk bulan ke 3 pakai Maid.
ikut deal.. die tado gaji smpai bulan ni (Julai).
bulan depan barulah ado.

tapi..
semalam die luahkan perasaan..
nak mintak pinjam uwang nganter pulang ke endon.
nak bagi anak2 persiapan raye.
pahtu mintak I blikan baju+seluar serta baju raye.

I kan.. cam siyan je dengar anak die xde duit ghaye.
macam dah terdecide dah nk kirim la uwang ke anak2 die.
ceria muke orang tua tu dengar I kate  "ye lahh"
pahtu sblom ni memang la ade niat nak blikan bibik baju ghaye.
hape lak rupenye I pakai baju raye die pakai tshirt ngan seluar paras betis die tu aje di pagi raye.
I ade gak empati lagik.

tapi bile dok bincang ngan my fren..
ramai yang nasehat..
baju rayo tu xpe la..
duit tu..

"antara langkah keselamatan yang perlu majikan amek adelah simpan sekurang-kurangnye 3 bulan gaji maid supaye die pikir panjang jugak nak lari dan sebagainye"

 tambah2 lak baru knal.
bio la die keje dalam 3-4 bulan dulu..

haihh.. I bukannye nak caye sangat.
tapi..
I pon single Mother..
cari duit raye untuk Nuqmans.
mesti la sedey bile Nuqmans raye macam tak raye.
I tak raye takpe lagik. maybe die pon rase macam tu kot.
*tapi mintak I bli baju raye utk die jugak tuu.. hikk*

I rase nak bagi jugak la.
harap2 takde ape la berlaku kan?
tapi kalo berlaku gak I niat sedekah kat anak die dah le..
kalo dapat maid cenggini cemno?? sexosss    wawawa
pahtu fren I tanye..
kos ko amek die 6K tu sedekah gak ke?
GuLP!!

kalo uolls bagi tak??

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

20 July 2012

Ihya Ramadhan =)




Salam Ramadhan Al-Mubarak buat uolls..

I doakan semoga semua kita
Diampunkan segala dosa..
Dipermudahkan segala urusan..
Diberkati segala Amalan..
Ditambahkan Iman di dada..
Dimakbulkan segala Impian
dan Dikurniakan Segala kebaikan..

Jom kite ramai2 BODEK Allah dengan lebih ikhlas dan khusyuk..
untung2 dapat plak menjadi tamu Allah di malam Lailatul Qadar..

Ape2 pon..
Mohon maaf andai sepanjang perkenalan kita secara langsung atau tak
dari segi perbualan, perkataan, penulisan, penyampaian mahupun gambaran 
yang menimbulkan kurang selesa, marah dan kecil hati di kalangan uollss..

Ikhlas hati I dah pon maafkan sesiapa saja yang pernah mengguris hati I secara langsung atau tak.
jom kita Jalani ibadah Puasa dengan tenang dah penuh keikhlasan mengharapkan Redha Allah s.w.t.
InsyaAllah..


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Dark Knight Rises


 Malam tadi gigh tengok Batman.
abes pukul 3am.
otak da ready cite abes lambat.
so akan tdo lambat.
tapi dok dalam Panggung memang panas punggung.
nak kate xde ekon I da menggigil dah.
nak kate kerusi tak empuk, lebih dari selesa dah..
sebab sebenarnye, cite tu lemau.
aih.. tensen lak aih..
cerita 2jam setengah.
action tak sampai sejam kot..
banyak borak dari action.
Teringat Avengers. I kecewa gak.
Avengers ade gak lawak dan keletah si hero yang I nak gelakkan.
aisehh... Batman ni memang tak mendapat tempat kat hati I la.
adegan Action pon kurang menyengat.


tapi leh puji la. ending tak disangka2. yang baik tu la sebenarnye jahat.
pehtu.. Batman da ade kapal torobang suda...
motor pon sanggeh.
suke lak nengok tayar motor die rolling time tukar haluan secara mengejut tu. haha
Tanpa cat women ngan Robin sapelah Batman..
hehe

I bagi 2 bintang jela kat Betmen. tu pon thanks kat Catwomen yang macam lagi hebakk dari Betmen.
rasenye ade Batman n Robin la kot nanti.
awal2 I nak reject la.
bulehh?? =p
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

18 July 2012

Umai Cafe

Tetibe dapat call dari Classmate I study kat POLISAS dulu.
Madan.
die nak ajak I pegi makan..
eh, senggugut ke hape mamat neh.
yang klaka nye die tak makan pon.
rupenye nak merayau ilangkan stress.
kami g Umai cafe je r.
10 menet dari umah I. siap leh lepak tepi tasik lagik.


 Aiseh snap pic lupe tutup flash. tak santek
 Hah.. sape datang cni rugi tak cuba Milo Umai ni.
sodappp
ala milo tabur + cincau je
tapi.. gigih I ratah Milo tu taww
 Madan makan fries je. boleh lak ko kan??
 Grilled Beef Steak. 
Best. tapi ciput untuk orang Pwot beso macam I neh. 
haha
 Snap pkai henpon murah gini la ghupenye
 Masjid Sultan Mizan.
orang Putrajaya sebut Masjid Besi je..



 View waktu siang. *grab dari blog kak Orchid




Okeh.. abes da...
Mekaceh Madan, blanjew haku makan.
Lekali stress datan cni blanje haku makan lagi ye. kih3
madan ajak nengok wayang. tapi I tado Mood.
minggu ni je da 3 kali nengok wayang. hahaha
lebam mata.

**untuk madan
pasrah jela. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk ko. =)

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

ShazWani

 I dapat jemputan g kenduri Shaz pada 1 Julai baru2 ni.
Malangnye 1 Julai tu I ado class nak attend.
So I decide gi 30 Jun la. *awal sebulan I datang =p

I tak pegi sorang sebab Mama Mira ngan Airis pon join.
diorang nek komuter sampai stesen Batang Benar. I Grab diorang kat ctu direct g umah shaz.
dekat sangat. tak sampai setengah jam da sampai. hehe
ade geng ni bleh syer bli adiah mahal sket. haha..

Patutnye Shaz nikah lepas Asar.
tapi lepak ctu sampai dekat pukul 4.30 shaz mekap pon dop lagi.
I ni kena balik awal. so takpat la nak menunggu

 Ni la peranten nye....
 Mira kalo posing leh kredit kat die

 Suke sangat ngan Airis neh.. Ceria
 ha nengok die nak wat peace tak jadik2. haha

 Mule2 Shaz malu2 sebab tak siap lagi. So I wat ayat sedey plus pakse soh snap pic gak.
haha.. jadik le peranten cum bibik
ngeh3
lawa je Shaz.. Dont Worry.. hubby U tak lari punye. haaa

 Kami yang esaited berjumpe ke Airis yang esaited nak tawenn neh??
 Airis gak esaited
 Lastly..
Selamat pengantin baru Shaz..
I doakan kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga U berkekalan sampai Syurga..
InsyaAllah..

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™