29 April 2012

bloging via hp


Assalamualaikum....

Testin2...

huhu... I baru bli gadjet baru.

Samsung galaxy w. Bli under pakej Digi. Guna postpaid+internet. Harga hp jadi rm249 aje.

Mase bli still kena byr rm937. tolak harga hp 249, balance akan masuk dalam bil sebagai advance payment. Dalam rm688 gak la. Bg i ia berbaloi la.

Harga hp pon da rm999. dan selama ni memang i pakai pakej bil+internet yg sMe pon. Just ni baru bli hp nye...

Hehehhe......

Skang i bleh berbloging anytime anywhere...

Lurve it.... Bajet bloger yg rajen. Huu

Published with Blogger-droid v2.0.4

20 April 2012

Pengasuh


Arrggghh..
masalah tradisi kembali menyerang..
anak itik tokwi btol la sape2 yang dengki dan busuk ati neh..

kat Area Putrajaya skang bukan aje virus HFMD yang menyerang..
malah virus ati busuk & berulat tambah ngan dengki khianat, iri hati dan sewaktu dengannye jugak turut merebak..

gara2 manusia cenggini wujud, die bgtau kat BPH (pengurusan kuarters) tentang ade orang wat bisnes jage budak kat umah kuarters.
tros operasi besar2an dibuat.
semua rumah kena ketuk, mane2 orang yang jaga anak orang tu diberikan warning notice supaya tak mengasuh anak orang.
sila hantar kepada pihak yang berlesen untuk menguruskannye.

eh helo..
incik, ingat senang ke nak carik orang berlesen yang boleh sah2 bagus jage anak kami neh.
orang berlesen tu boleh ke menampung keperluan punye la ramai mak bapak yang keje kat putrajaya neh.
kot ye nak kenekan undang2 macam tu, please la..
bukan bukak kedai runcit pon..
pikir la sket anak2 kami neh.
adeh, hangin 1 badan.

arini dapat SMS dari babysitter I kate rumah die pon da kene rush.. da kene notice da.
so arini adelah ari terakhir die jage Nuqmans..

Ya Allah,
dugaan begini pulak yang ku terima.
aku tau kau dah janjikan yang terbaik untuk Nuqmans.
semoga kau berikan aku petunjuk..
amin..

untuk orang2 yang dengki khianat tu..
I bagi lirik lagu Ramlah Ram kat U..
hope U enjoy ye..

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu


 p/s: sok2 bio problem cenggini U dapat plak.
pehtu negok nak maki diri sendiri tak.. hisshhh

** sape tau ade agen pembantu rumah? I nak amek Maid la.. cari online sume tado.. kalo ade pls Inform.. urgent!
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Kagum ngan cik Gaga

Ni petikan dari mStar online.

Lady Gaga Tidak Belanjakan Wang
Lady Gaga.
DENGAN jadual konsert yang padat sudah tentu pendapatan penyanyi berimej pelik, Lady Gaga cukup lumayan.
Namun di sebalik kekayaan yang dimilikinya, penyanyi ini mengakui tidak pernah menggunakan wang miliknya untuk kepentingan peribadi.
Gaga memberitahu dia hanya pernah membeli sarung kaki untuk dirinya dan keadaan itu telah menimbulkan curiga kepada pengurusnya sendiri.
"Saya tidak menyertai bidang nyanyian kerana wang tetapi saya mahu menikmati kehidupan yang indah," katanya.
Hingga saat ini, Gaga masih tinggal di sebuah apartmen kecil yang didiaminya sebelum bergelar artis.

wahh..
I kagum you.. *kalau betul la..
berjimat cermat giteww..

kalau I kan,
blom dapat duit da ade long list..
bayar tu.. bayar ni..
beli tu.. beli ni...
tukar tu.. tukar ni..
oh. Ibu Nuqmans!!
sangatlah boros..

eh, tu kan salah satu terapi stress..
berangan bershoping barang2 mewah pon adelah salah satu terapi stress tau!

tanpa Impian, mimpi takbleh jadi kenyataan.. eh, btol ke ni?
jom kite berangan,
kot kaye macam cik Gaga kite ni ape nak buat ngan duit tu??

p/s: berangan kaye ngn duit mcm die dpt je tau. bukan berangan jadik macam die.. huuuu

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

19 April 2012

Tindak balas emosi yang menyakitkan


Petikan berita kat Harian MEtro ni adelah mengenai penyakit pelik yang buat kita jadi sukar nak jalani hidup sebagai seorang insan biasa.

Penyakit Cataplexy yang menyerang membuatkan pengidapnye perlu hidup tanpa tindak balas emosi seperti marah, sayang, sakit hati, lucu, terkejut dan sebagainya.. alamak, da hampir sama dengan patung dah tu.
even haiwan pon ade tindakbalas emosi.. ni kan pulak sebagai manusia.




KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.
KELLY bersama anak lelakinya, Ronnie. Gambar kanan, Kelly terlelap secara tiba-tiba ketika duduk di sofa.
ASHFORD (Kent): Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya.
Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang.

Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.
Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: “Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan.

“Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi.

“Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam,” katanya. - Harian Metro


Macam2 penyakit kat dunia ni kan??
Syukur Alhamdulillah, Allah beri I kesihatan yang baik.
menjadi seorang yang cukup sempurna sebagai Ibu.
kalau I jadi that lady pon tentula I risau..
menjalani hidup penuh seksa..
pastinya berdoa semoga kita tak turunkan penyakit pelik2 kat anak kita.

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

18 April 2012

Nuqmans & HFMD

Assalamualaikum..
n hai uolls..

adeh da masuk opis 2 ari tapi mood bloging tak sampai2 lagi.
gara2 2 minggu cuti tanpa rekod sebab Nuqmans kena HFMD (Hand Foot Mouth Disease)
aduh kesian nengok diorang.
esp Afiq..
teruk kulit die.
die memang da ade prob ruam kulit yang teruk..
tambah lak kena HFMD.. tros menggerutu 1 badan..
nak pengsan nengoknye..

cian die gatal2 tapi I tak bagi garu..
sapu Calamine Lotion banyak2 sampai kering then jadi berkudis 1 badan.
Nauzubillah... luluh hati tengok rupe anak ibu..
sihat dari HFMD kulit still tak cantik lagik.
naik ruam bintik2 kat badan.
ya Tuhanku..
rushing wat appoinment kat pakar AnNur..
Doc ni tengok2 je Afiq tapi tak sentuh pon..
pehtu list ubat banyak2. kot tak baik anak aku, aku bli diesel bakar klinik.
melayang RM250 duit shopping ubat2 tak penuh pon 1 plastik..
huwaaa... demi Afiq ibu rela..
setakat 2 ari pakai ubat tu, nampak Afiq pon da tak garu2 sangat parut pon nampak surut sket.
tapi wait n see la..
stakat sebelum2 ni, semua ubat bertahan dalam 3 ari je kt Afiq.. pehtu.. berkembang mekar balik macam da tak sapu ubat.
haiihh.. hopefully mujarab la..

uolls nak tengok Afiq punye kulit mase kena disease tu??
hah. nengok la.. jangan muntah suda...








Kalau btol ubat spital Pakar AnNur tu mujarab, nanti I uplod pic kulit Afiq lepas treatment plak ye..

p/s: uolls, doakan Afiq sehat dan tak garu2 lagi macam dulu ye.. =(

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™