24 October 2011

Update

salam,

sowie uollsss.. sangatlah terkejar2 sekarang..
nk type lame2 pon slalu tak ckop mase.
just nak sharing ngan uollss..
alhamdulillah, Afiq genap setahun 18/10/2011 aritu.

Selamat Ulangtahun buat sayang Ibu, 
Muhammad Afiq Nuqman.
doa restu dari ibu untuk anak ibu,
semoga berkekalan diredhai Allah dari dunia hingga ke Syurga. 
Amin..

then, I buat sket bubur pulut merah+pulut putih untuk sedekah kat orang opis & yang mane2 terjumpe on that day.
huhuhu.. sambil sedekah sambil minta mereka doakan untuk Afiq..
semoga diberi kesihatan berpanjangan...

19/10/2011
bawak Afik g cucuk BCG untuk umo setahun.
huhu, beso dah anak ibu. Nanges pon x lame. kejap aje.

20/10/2011
Afiq dah boleh mengengsot.. kalo org klate cakap Heret Dada..
yang lucunye, orang bergerak tolak pakai kaki, die gerak heret dengan tangan.
kaki die tu die heret2 aje macam takde function. tapi kalo nk tendang orang tau plak die gune kaki.
ekekeeke....

Alhamdulillah, terima Kasih Allah sebab berikan 1 lagi nikmat hidup buat Afiq = Bergerak dengan upaya sendiri.
biarpun lambat, asalkan Afiq sehat, I tak kesah. =)

untuk Uolls yang sudi doakan Afiq.. I sangat2 terima kasih..
Thats the biggest present for him.
sebagai balasan, I cuma mampu doakan semoga Uolls dilimpahi kebahagiaan berkekalan dan dimurahkan rezeki yang halal dari Allah SWT sampai bila2..

thanks a lot...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Love u So Much,
my dear Nuqmans
&
Allah...

=)

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

18 October 2011

Cuta Cuti Sabahan

















semoga segalanya lebih baik dari semalam..

04 October 2011

Kenapa Allah buat begini..???





Kadang-kadang apa yang kita nak,
Allah tak bagi bukan kerana Allah benci
bukan saja-saja Allah tak nak beri
Allah tahu ia akan memudaratkan diri
Allah tak nak kita disakiti di depan hari
lalu Allah jauhkan ia dari sisi
walaupun itulah perkara yang paling kita sayangi

Kadang-kadang apa yg kita tak nak, Allah bagi
kita tak suka, kita rasa ia tak memberi erti
tapi Allah tahu itu yang kita perlu dalam hidup ini
lalu Allah dekatkan ia dengan diri
walaupun kita terasa disakiti

Hati kita tertanya-tanya sendiri
kenapa Allah buat begini
sekarang kita mungkin tak faham perancangan Ilahi
tapi yakinlah Dia takkan menzalimi
Dia lakukan semua ini
kerana Dia lebih mengetahui

esok-esok kita pasti mengerti
kenapa Allah takdirkan semua ni
esok-esok kita akan mensyukuri
kesakitan yang kita pernah alami hari ini
esok-esok kita bisa memahami
mengapa kita perlu lalui semua ini

di sebalik ujian pasti Dia titipkan penyelesaiannya
di sebalik luka pasti Dia selitkan penawarnya
di sebalik persoalan pasti Dia sertakan jawapannya
di sebalik duka pasti ada bahagia yang menunggu kita

jangan pernah berhenti mencuba
jangan pernah berputus asa
sehingga kau temui penyelesaian, penawar, jawapan dan kebahagiaan
yang dijanjikanNya

semoga dirimu dikurnia ketenangan
utk menghadapi kekusutan fikiran
semoga dirimu dianugerah kekuatan
untuk menghadapi getirnya ujian
semoga dirimu dilimpah ketabahan
untuk menghadapi dugaan kehidupan
dan semoga dirimu diberi kesembuhan
akan setiap luka dan kepedihan..

**I salin dari fesbuk note yang member I share. =)
peringatan untuk I pon baik jugak neh.

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

03 October 2011

Ke'Bizi"an MelanDa

argghhh tensen.
agak kelam kabut menghadapi hari2 kerja & personal life yang agak bercampur aduk.
ni sume gara2 kami nak bercuti kat Sabah.

yupp.. kami nak g Sabah dari 6 Oct sampai 11 Oct. 6 hari kat sane uolllsss..
huhuhu..
hari untuk meRerelease tensen yang sekian lama bersawang di kepala ni.
dan gara2 nak g bercuti tu la semua keje kena disiapkan.
muahaha... dah macam lipas kudung dah I ni.

pagi tadi kena Duty kat Parlimen.
jadi pendengar setia.
tengok gelagat pemimpin2 kite berbahas.
aiyokk.. sangat memeningkan.
budak2 taska pon tau time nak bercakap kena angkat tangan dulu.
diorang tak.. main harung aje.
tambah lak dengan sindir menyindir & kutuk mengutuk.
giler gamat dewan jadinye.
huiisshh.. sangatlah malu bile para pemimpin bersikap macam budak2 baru ari pertama daftar taska.
huhuhhh..
I rase sangat buang masa kat cni.
tak tau la plak bleh bawak lappy. kalo tak selambe je I redah bawak report buat kat sane.
ade aku kesah??
tapi sebab tak bawak, tersenguk2 la I menonton drama "setinggan dalam reban ayam". cehh..

balik dari parlimen dah kelam kabut settle claim bagi bulan September, then susun siap2 sume keje yang I nak buat esok & lusa.
sort few file yang perlu I bawak balik.
akhirnya I adelah seorang staff yang cemerlang. kannnn??
*tawon depan tak dapat APC jangan tanye lak tau*

ele, sumenye sebab nak cuti lame. kalo tak sket pon tak rase ape bile sume dokumen2 tu menimbun2 kat depan mata.
sebab tau dah, kot I mati pon cenggitu jugak ghupe diyer..
keh3x

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™